Lain orang lain gayanya. Ada yang mengidam suka bau sabun dan sebagainya namun lain pula kisahnya dengan isteri pelakon, Harris Anuar yang mengidam pelik-pelik.
Selepas suka dengan bau simen, isteri kesayangan Harris, Asha Merican kini mengidam main lato-lato pula.
Menerusi dua perkongsian di laman Instagram, Harris berkongsi kisah isterinya itu yang begitu teringin untuk bermain permainan kegemaran anak-anak itu.
Harris pada mulanya bertanyakan kepada pengikut mengenai lokasi untuk mencari permainan itu sebelum berjaya membeli dari sebuah kedai di Damansara, Selangor.
“Untuk awak apa pun boleh, ok dah boleh join tournament nanti! Thanks kepada semua yang menolong ibu mengidam nak main lato lato ni! Peninggggggggggg,” tulis Harris.
Harris yang juga anak kepada kepada usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau Kak Ton berusaha mencari permainan itu demi isteri tersayang.
Rasa pelik teringin nak main lato-lato
Berkongsi kisah lato-lato itu kata Asha, dia sudah tiga hari teringin untuk bermain permainan itu.
Menarik: Jantina Anak Pun Kami Dah Tahu, Umum Isteri Hamil, Harris Anuar Bakal Bergelar Bapa!
“Sebenarnya rasa pelik juga sebab ini kali pertama saya rasa begini. Sebelum ini saya tak pernah rasa nak main benda-benda macam ini.
“Mulanya dia ingat saya main-main. Keinginan timbul apabila saya tengok satu video lato-lato di TikTok. Jadi saya telefon suami suruh beli juga.
“Dia segera cari di kedai berdekatan rumah tapi tak jumpa. Namun, akhirnya dia berjaya beli dengan bantuan pengikut Instagramnya. Apabila dah dapat main lato-lato rasa puas itu memang lain macam,” kongsi Asha lagi.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 11 Jun tahun lalu dan sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata sulung.
Menarik: Kena Masuk OT, Ramai Sedih Tengok Aafiyah Menangis Sambil Dipujuk Ibu Sebelum Masuk OT!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma