Sebut sahaja emas, mak-mak mulalah rambang mata. Tak tahan kepanasan bila melalui kedai emas. Pun begitu ada juga dikalangan kita yang tidak berapa gemar membeli emas. Terpulang kepada citarasa masing-masing.
Namun emas bukan hanya cantik bahkan ada pulangan yang begitu bermanfaat untuk wanita. Lagi-lagi di waktu kecemasan. Ketika inilah emas kita amat membantu. Jadi beli emas memang tak pernah rugi. Pun begitu jangan tersalah langkah. Tak perlu banyak, beli jika ada duit lebih!
Rajin-rajin la membaca ye. Sehari dua hangat di page-page emas dengan harga emas menjunam jatuh.
Bagi su la kan. Emas jatuh atau naik itu bukan laa soalnya. Kalau ada duit lebih beli laa, kalau tak ada duit duduk diam-diam.
Macam su kan, su kejar simpanan gram. Ada bajet su beli, tak ada bajet su duduk diam-diam. Paling penting lambat atau cepat target gram yang kita nak tu tercapai.
Emas ni adalah investment long term, bukan short term. Kalau beli emas hari ni, esok lusa nak jual memang akan rugi teruk.
Ads
Tapi kalau beli untuk simpanan long term akan ada untung, sebab emas tetap bernilai.
Kenapa su paksa diri su untuk beli emas setiap bulan? Su tengok pada tahun ma su mula-mula kahwin, pada tahun 1975 ma su pernah cakap emas ketika tu harga 1gram RM27.3p/gram (persamaan harga kiraan kelantan riay berat RM10 berat)
Dan hari ni 2020 emas 1gram dah melebihi RM200p/gram. So dari sini kita dah faham emas ni adalah long term invesment.
Mindset penyimpan emas kena betul, mana-mana pelaburan pun semua ada risiko. Tapi su pilih pelaburan emas salah satu yang selamat. Why? Sebab waktu darurat nak pakai wang, emas dapat di jual terus tanpa menunggu masa, dapat gadai.
Tapi nasihat su, nak beli emas untuk simpanan jangan pakai duit modal bisness. Dan pastikan saving cash pun ada, saving emas pun ada kalau bajet lebih.
Saving cash sangat penting ye. Kalau tak ada saving cash, tak kan tak ada duit nak jual balik atau gadai emas tu? So dekat situ la yang korang akan rugi. Kecuali emas yang di gadai dan di jual tu anda dah dapat pulangan untung.
Ads
EMAS juga boleh di warisi kepada anak cucu kita. Tambah-tambah su anak gegirl ramai, so sedikit sebanyak dapat warisi pada diaorang.
Sekadar perkongsian dari Su. Maaf kalau pendapat Su lain dari pendepat anda.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakah anda masih makan ulam? Apakah khasiat ulam-ulaman yang anda tahu? Urbanisasi, pilihan gaya hidup tidak sihat, selain genetik, semuanya memainkan peranan dalam pertambahan kadar obesiti di Malaysia.
Dengan faktor risiko yang diteruskan generasi demi generasi, golongan muda dan kanak-kanaklah yang paling terkesan.
Apatah lagi, menurut laporan Euromonitor, kadar pengambilan makanan proses di Malaysia meningkat sebanyak 105% dalam masa 5 tahun.
Malaysia bukan sahaja antara negara dengan kadar obesiti kanak-kanak paling tinggi di dunia, bahkan, menurut kajian, pengambilan serat dalam kalangan remaja Malaysia tidak sampai 10% daripada saranan WHO.
Melihatkan senarai pilihan makanan harian di Malaysia yang kaya karbohidrat dan lemak, mungkin kita akan mudah mengecop budaya makan Malaysia sebagai menggemukkan.
Tetapi jika cara pemakanan tradisional dikaji, pasti kita akan mendapati bahawa budaya makan masyarakat terdahulu sebenarnya sangat seimbang. Rahsianya? Dengan makan ulam sebagai pelengkap hidangan.
Apa itu ulam-ulaman?
Ulam merupakan bahagian tumbuh-tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, distim atau direbus dan dihidangkan bersama hidangan nasi dan lauk-pauk yang lain. Ini termasuklah bahagian pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi atau bunga tanaman.
Di Malaysia, lebih daripada 120 jenis tumbuhan boleh dimakan sebagai ulam-ulaman, daripada tumbuhan herba kecil dan melata, jenis semusim seperti pegaga, sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok-pokok besar jenis saka seperti petai, jering, genuak dan kerdas, yang biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara.
Sayur-sayuran biasa seperti timun, kubis dan terung juga boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Dalam erti kata lain, ulam-ulaman ini sama sahaja seperti salad dalam diet barat.
Berikut merupakan beberapa jenis ulam-ulaman yang popular:
1. Ulam Raja
Ulam raja, atau nama saintifiknya Cosmos Caudatus didapati mempunyai kesan antioksidan, antidiabetes, antihipertensi, antikeradangan, antimikrob dan antikulat.
Menariknya dibandingkan dengan buah-buahan seperti strawberi, plum, oren, epal dan tomato, ulam raja mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi. Maka layaklah tumbuhan ini dikenali dengan nama ulam raja.
Ulam raja juga mempunyai kesan melindungi tulang yang dapat mengurangkan risiko osteoporosis, terutamanya bagi wanita menopaus.
2. Sambung Nyawa
Sambung nyawa atau dalam bahasa saintifiknya Gynura Procumbens didapati berpotensi mengawal tekanan darah, kandungan gula dalam darah, menggalakkan kesuburan, selain mempunyai kesan antikanser, antimikrob, antioksidan dan antikeradangan.
Menariknya, kajian dalam haiwan menunjukkan ulam-ulaman ini mempunyai khasiat untuk menurunkan gula dalam darah pada haiwan yang diabetes, dan tidak pada haiwan yang normal.
3. Daun Selom
Daun selom atau nama saintifiknya Oenanthe javanica mempunyai kesan antidiabetik, antioksidan, antiradang, selain kesan melindungi hati dan memori.
Sayuran ini dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan, lauk ikan sungai dan ikan kering. Ulam ini juga sesuai dibuat ‘urap’ iaitu campuran kelapa parut, cili api, gara, belacan yang ditumbuk halus dan digaul dengan daun selom.
4. Cekur
Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia Galanga Linn mempunyai kesan antiradang, tahan sakit, anticacing, antioksidan, antimikrob dan antihipertensi.
Selain di makan sebagai ulam, daun cekur turut digunakan untuk merawat bengkak, pening kepala, sakit perut, sakit gigi dan reumatisme (radang dan sakit pada otot dan sendi).
5. Pegaga
Pegaga atau nama saintifiknya Cantella Asiatica merupakan tumbuhan yang sering dikaitkan dengan rahsia keremajaan dan awet muda.
Bukti saintifik juga telah menunjukkan bahawa ulam-ulaman ini mempunyai khasiat yang memudahkan pertumbuhan tisu penghubung seperti elastin dan kolagen, yang penting untuk penyembuhan luka.
Maka tidak hairanlah kini ekstrak pegaga digunakan dalam produk krim muka, dikenali sebagai cica cream yang boleh didapati daripada jenama-jenama produk terkenal.
6. Daun Kaduk
Daun kaduk atau nama saintifiknya Piper Sarmentosum, agak menyerupai daun sireh tetapi tumbuhan ini tidak tumbuh memanjat sebaliknya tumbuh di atas tanah.
Makan ulam kaduk yang mempunyai rasa agak payau dan sedikit pahit ini dikatakan mempunyai manfaat untuk masalah sembelit, sakit gigi, demam malaria, lemah dan sakit-sakit dalam tulang.
7. Petai
Petai merupakan ulam yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Petai didapati mempunyai kesan antidiabetes, antimikrob, antioksidan, antihipertensi dan berpotensi menurunkan kandungan gula dalam darah.
Kandungan antioksidan yang tinggi dalam petai didapati pada bahagian biji dan pod tumbuhan ini.
Dalam perubatan tradisional Melayu, buah petai dipercayai berkesan dalam merawat penyakit jantung dan kencing manis selain membersihkan buah pinggang.
Digabungkan dengan serat, petai memberikan rangsangan tenaga yang cepat, berterusan dan mencukupi. Penyelidikan telah membuktikan bahawa dengan hanya dua hidangan petai menyediakan tenaga yang mencukupi untuk latihan berintensiti tinggi selama 90 minit.
Salah satu kesan sampingan utama ketika makan ulam petai adalah ia memberikan nafas yang agak berbau dan gas perut yang berbau. Ia mengandungi asid amino tertentu yang memberikan bau yang kuat kepada air kencing seseorang, kesan yang dapat dilihat sehingga dua hari selepas pengambilan dalam pemakanan.
8. Makan ulam jering
Selain petai, ulam lain dengan bau yang kuat ialah jering. Jering mempunyai kandungan asid amino yang unik, asid djenkolic yang mempunyai kesan antidiabetes.
Kajian dalam haiwan mendapati kesan positif pada kandungan gula dalam darah, selera makan dan berat badan haiwan yang diabetes dan normal.
Tetapi, dalam masa yang sama, pengambilan jering boleh menyebabkan masalah jantung, buah pinggang, hati, paru-paru dan pankreas pada haiwan normal. Oleh itu, pengambilan jering hendaklah secara terkawal.
Terdapat banyak lagi ulam-ulaman yang popular seperti rebung buluh, pucuk betik, kacang botol dan peria katak. Semuanya mempunyai pelbagai rasa yang berbeza untuk anda terokai.
Mengapa anda patut makan ulam?
Tahukah anda, sehingga kini, kebanyakan ulam-ulaman tidak ditanam secara komersial?
Ini bererti pelengkap hidangan ini kebanyakannya merupakan tumbuhan liar yang dipetik sendiri oleh penjual atau ditanam sendiri oleh pengguna tempatan.
Jadi, bayangkan sahaja khasiat makan ulam yang tumbuh dalam persekitaran semula jadinya, tanpa menggunakan racun serangga.
Ini juga bermakna kebanyakan tumbuh ini dapat bertahan daripada serangga perosak. Tanaman selom, contohnya, didapati tidak mempunyai sebarang penyakit dan serangga perosak yang direkodkan.
Selain itu, mengamalkan pengambilan ulam juga mencipta permintaan pasaran kepada hidangan yang kian ditelan zaman ini.
Apatah lagi, sesetengahnya merupakan spesis tumbuhan yang kian berkurang sepertimana dalam rekod International Union for Conservation of Nature.
Permintaan pasaran akan menggalakkan usaha penanam semula oleh petani tempatan walaupun sekadar kecil-kecilan.
Makan ulam juga selalu digandingkan dengan pencicah juga meningkatkan manfaat amalan pemakanan ini.
Pencicah seperti cincalok, budu, sambal belacan dan tempoyak semuanya dihasilkan melalui proses fermentasi, menghasilkan produk kaya dengan probiotik atau bakteria baik yang membantu sistem penghadaman badan.
Mungkin, bagi sesetengah ahli masyarakat, makan ulam dan pencicahnya dilihat sebagai kolot dan ketinggalan zaman. Sementara pemakanan salad yang dipopularkan kulinari barat kelihatan lebih hipster dan moden.
Hidangan salad walaupun sihat, kadangkala ditambah sos dressing komersial siap yang penuh pengawet. Kebanyakan dressing salad dalam botol siap adalah tinggi dengan lemak tepu, garam dan gula tambahan.
Sedangkan ulam-ulaman bukan sahaja lebih segar kerana hasil tempatan, bahkan kebanyakan pencicahnya kaya dengan probiotik.
Oleh itu, mengapa anda perlu mencari sayuran yang diimport daripada luar dengan harga yang mahal, kandungan nutrien yang tidak setanding khasiat ulam-ulaman tempatan?
Jadi, mulakan inisiatif makan ulam ini daripada dapur rumah anda sendiri. Rajin-rajinlah mendapatkan bekalan ulam-ulaman yang penuh khasiat ini daripada pasar tani setempat.
Walaupun anda tidak biasa makan ulam, cubalah dahulu. Kerana dari mulut, pasti turun ke hati!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kontroversi sebelum ini mengenai pernikahan kedua Ashraf Muslim sedikit memberi tamparan hebat padanya namun dia sesekali tak cepat melatah dan menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya.
Semua itu dianggap satu ujian dan akhirnya kemanisan yang dikecapi kini dah pun mula mewarnai kehidupan keluarga ini.
Bagi Ashraf yang bergelar ayah kepada empat orang anak iaitu dua perempuan dan dua lelaki, Allah adalah sebaik-baik perancang untuk mereka.
Syukur dengan kehidupan hari ini kerana dikelilingi anak-anak yang sedang membesar. Sekejap je masa berlalu, mereka pun dah semakin besar.
Bila orang cakap ada anak ramai agak besar cabarannya tapi bagi Ashraf dia begitu seronok. Anak-anaklah penghibur hati waktu kita tengah serabut atau stres.
“Percayalah bila kita tengah stres, anak-anak sebenarnya ubat terapi bagi kita bergelar ibu bapa. Insya-Allah boleh kurangkan stres tengok gelagat mereka dan fikirlah yang baik-baik,” katanya.
Anak membesar sama-sama
Tanggungjawab sebagai suami, ayah dan juga public figure sama sekali tak membataskan masa Ashraf Muslim untuk ahli keluarga.
Terasa bahagia tengok anak-anak saling sayang menyayangi dan membesar sama-sama.
Ashraf dalam instagram turut menyatakan selagi diberi peluang, ayah akan sayang dan hargai anak-anak ayah.
“Kita sebagai ibu bapa sentiasalah doa kebaikan mereka sepanjang masa. Semoga Allah menjadikan anak-anak kita, anak yang soleh dan solehah.
“Apa yang membuatkan ayah terlalu gembira, kehadiran Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah anugerah yang begitu besar nilainya untuk ayah, mama dan ibu,” kongsinya.
Sumber: ig Ashraf Muslim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang meriah jika kita mempunyai anak yang ramai tapi boleh jadi juga sangat meletihkan jika hanya kita sahaja yang menguruskan anak tanpa bantuan pasangan. Selepas melahirkan anak, kebanyakan doktor akan bertanya sama ada kita ingin merancang ataupun tidak dan kebiasaanya ibu-ibu akan dinasihatkan supaya merancang agar dapat berehat untuk beberapa tahun.
Mungkin ada yang merancang, tapi Tuhan yang menentukan rezeki tiap-tiap hambanya. Jika anda mempunyai anak yang ramai, sama-samalah bantu pasangan untuk menjaga anak-anak. Penglibatan kedua-dua ibu bapa sangat penting untuk emosi anak-anak. Emosi pasangan pun akan berada dalam keadaan yang baik jika ada penglibatan pasangan dalam rumah tangga.
Seorang sahabat, anaknya rapat-rapat. Kagum juga sebab beliau berniaga, jadi tanyakan kalau boleh ambil ibrah untuk amalkan. Tapi, dia balas penuh rendah diri.
“Kita tak hebat langsung la awak, suami yang banyak sangat bantu. Sediakan keperluan anak-anak, bantu uruskan keperluan saya juga.
Suami selalu buat lauk frozen, siap tampal sticker tarikh. Apa yang saya teringat nak makan, saya ambil panaskan.”
Ya Allah.
Kadang kita nampak kecil sangat tapi sebenarnya bantuan pasangan sangat besar maknanya.
Ada ibu seronok anak rapat-rapat sebab pasangan yang sangat mengambil peranan untuk sama-sama uruskan anak.
Bila anak berak langsung tak segan cebokkan. Bila anak mengamuk tak tumpang mengamuk. Bila anak sakit sama-sama berjaga malam. Bila anak lapar tolong uruskan. Sama-sama.
Tak cerewet bila rumah bersepah, asalkan bukan kotor. Ada beza sepah dan kotor.
Tapi, ada juga isteri yang diuji anak ramai jarak dekat tanpa bantuan pasangan dalam masa yang sama ‘haramkan’ untuk ambil perancangan keluarga kerana menyekat rezeki Tuhan katanya.
Dalam dia duk mentazkirah isteri pasal sekat rezeki, dia tak peduli pun berak kencing anak, solat dan mengaji anak-anak entah ke mana, bila anak sakit elok saja berdengkur macam tak ada apa.
Sungguhlah,
Perkahwinan bukan sahaja berkenaan apa hak kita dari pasangan tetapi perlu ingat apa tanggungjawab kita pada pasangan, dalam pada kita menunaikan hak dan tanggungjawab perlu ada ihsan dan belas kasihan.
Kenapa masa bercinta seronok sangat tapi dah berumahtangga rasa pudar cinta, jadi menyampah?
Sebab… perkahwinan ada tanggungjawab yang perlu dibuat, ada hak yang perlu dilunasi, ada nyawa manusia lain untuk disantuni dan kesemuanya itu memerlukan pengorbanan dan hati yang empati.
Sepertimana dosa pasangan yang belum bernikah, sebesar itu jugalah pahala buat mereka berumahtangga.
Beri senyum dan membuat orang senyum juga boleh jadi ibadah.
Semoga, sama-sama saling membantu bina Syurga dunia sebelum Syurga yang dijanjikan Nya bagi orang bertakwa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.