Untungnya Isteri Ebit Lew Dapat Iphone 11, Hadiah Uruskan Keluarga & Anak-anak Dengan Baik

Share

Untungnya badan bila suami begitu memahami dan suka menghargai. Kadang isteri tak minta pun diberikan hadiah atau ganjaran yang hebat, cukup hanya perhatian dan faham dengan tugas isteri yang tak pernah habis di rumah. Kalau yang bekerja lagilah, macam-macam nak kena fikir, bukan sahaja kerja di pejabat, urusan di rumah juga perlu beres.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew, bagi menghargai isterinya yang sudah penat lelah menguruskan keluarga dan anak-anak, beliau melakukan kejutan dengan menghadiahkan isterinya sebuah telefon bimbit yang menjadi dambaan semua orang pada masa kini, Iphone 11 Pro Max!

Melalui perkongsian itu juga rupanya isteri Ustaz Ebit Lew itu sudah lama tidak mempunyai telefon bimbit dan sukar untuk mereka berhubung setiap kali beliau ke luar kota untuk berdakwah.

Dalam kapsyennya itu, Ustaz Ebit Lew menyatakan bahawa pendakwah sebenar adalah ibu bapanya dan juga isterinya sendiri.  Beliau berterima kasih dan penuh kesyukuran dikurniakan isteri seperti bidadarinya. Isterinyalah yang menguruskan anak, ajar anak Fatihah, buat Talim dengan anak, memasak dan sebagainya.

Kata-kata yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew menerusi laman Facebook miliknya.

Dekat Penang. Tak dapat nak call bidadari. Telefon takde. Terus belikan bidadari saya phone baru. Dah lama gak takde phone. Nak buat surprise buat bidadari tercinta. Kasihan hari-hari penat uruskan keluarga dan anak-anak. Tak dapat nak balas jasamu bidadariku

Orang jumpa saya selalu cakap terima kaseh. Puji saya. Ada kata saya pendakwah. Pendakwah sebenar ialah ibu bapa saya. Pendakwah sebenar bidadari saya. Bidadari saya yang urus anak ke sekolah. Ajar anak fatihah. Teman anak belajar setiap hari. Sebelum tidur siap iron baju anak-anak. Buat Talim dengan anak. Cerita kisah sahabat rhum dan bimbing anak baca doa tidur

Bangun pagi awal masak untuk anak-anak. Siapakan mandikan anak semua setiap hari. Hantar anak pergi sekolah. Allahu

Subhanallah begitu kuatnya diriku duhai isteri. Duhai bidadariku. Begitulah ramai wanita diluar sana. Wahai anakku hargai dan sayangilah ibumu. Jagalah dirinya. Ya Allah betapa diriku cinta dan sayang padanya. Cintai dan jagalah dirinya. Rindunya pada bidadari dan anak-anak. Ya Allah rahmatilah isteri,bidadari, wanita yang kau beri cinta dalam hati mereka buat suami dan anak-anak-ebitlew

Sumber/gambar: Ebit Lew

 

Published by
SAHR