Selepas bersalin, Uqasha Senrose mengakui dia kini semakin aktif dalam bersukan khususnya dalam aktiviti badminton.
Semuanya bagi mengembalikan semula berat badannya sebelum bersalin serta berat badan semakin bertambah selepas bersalin.
Tambah Uqasha lagi, selepas bersalin dia mula sedar badannya semakin bertambah besar dan membuatkan dia mula mengambil Langkah untuk menjaga kesihatan dengan lebih serius.
“Bayangkan masa mengandung sembilan bulan, saya hanya makan sahaja dan tak buat apa-apa.
Ads
“Lepas itu saya bersalin caeser, makin lama saya rasa diri saya makin besar. Selepas empat lima bulan barulah saya mula bersenam dan barulah rasa sihat,” ujarnya berkongsi.
Ads
Akui Uqasha lagi, dia tidak hanya ditemani ahli keluarga bermain badminton tetapi turut ditemani suaminya, Kamal Adli jika ada kelapangan.
Terdahulu, Uqasha mendirikan rumah tangga bersama Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira.
Pasti ramai ibu bapa yang tahu mengenai ubat paracetamol. Paracetamol merupakan ubat tahan sakit yang paling popular di Malaysia. Ubat ini digunakan untuk mengurangkan rasa sakit dan bertujuan menurunkan suhu badan ke suhu normal semasa demam. Namun jika diambil dalam kadar yang berlebihan boleh mengundang bahaya.
Tahukah anda bahaya paracetamol jika dimakan lebih daripada dos yang ditetapkan?
Kebiasaannya paracetamol untuk kanak-kanak dalam bentuk cecair atau sirap. Pastikan anda membaca label pada botol persediaan sebelum memberikannya kepada anak anda. Label pada botol persediaan biasanya akan menerangkan dos yang sesuai untuk kumpulan umur kanak-kanak yang tertentu.
Kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa adalah memberi dos ubat mengikut umur anak. Selain itu juga terdapat, Tapi sebenarnya pemberian dos ubat sepatutnya mengikut berat badan anak.
Tak boleh macamni! Kanak-kanak tidak boleh makan ubat dewasa. Sebab badan kanak-kanak belum matang lagi tidak boleh menerima dos ubat yang berlebihan boleh membawa kesan sampingan yang bahaya kepada badan kanak-kanak.
Tonton video ini:
Menurut Dr Kong Sik Lian, penggunaan ubat yang sesuai di dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat penting kerana bukan semua ubat yang selamat digunakan oleh orang dewasa boleh digunakan untuk kanak-kanak dan dos ubat yang sesuai untuk kanak-kanak adalah mengikut berat badan dan jenis penyakit kanak-kanak.
Seperti yang dinyatakan dalam portal rasmi KKM Antara kesan sampingan dos berlebihan adalah :
Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting, terutama dalam aspek kesedaran dan pengetahuan berkaitan penggunaan ubat yang betul dan selamat untuk kanak-kanak.
Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain. Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi berumur enam bulan kerana susu ibu sahaja sudah cukup untuk membekalkan tenaga dan kesemua nutrien yang diperlukan oleh bayi.
Di samping itu, penyusuan susu ibu secara eksklusif juga dapat mengurangkan kematian bayi yang disebabkan oleh penyakit-penyakit yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak seperti cirit-birit atau diarea dan radang paru-paru. Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga boleh mempercepat proses penyembuhan semasa kanak-kanak sakit dan membantu ibu menjarakkan kehamilan.
Sejak dari lahir sehingga berumur enam bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak memerlukan air tambahan, walaupun ketika cuaca panas.
Mengapa pemberian air bahaya kepada bayi berumur di bawah enam bulan yang menyusu susu ibu?
Memberi air kepada bayi berumur di bawah enam bulan yang menyusu susu ibu boleh membawa kemudaratan kepada mereka.
Air mengenyangkan bayi tanpa membekalkan sebarang kalori dan boleh menyebabkan bayi mengalami penurunan berat badan atau berat badan tidak meningkat dengan mencukupi. Pengambilan air atau minuman lain, walaupun sedikit, boleh memenuhkan perut bayi dan mengurangkan selera bayi untuk menyusu susu ibu yang padat dengan nutrien.
Pengambilan air boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Ini kerana, bayi yang diberi air akan kurang berminat untuk menyusu. Jika bayi tidak disusukan dengan kerap, susu ibu akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihasilkan dan ini boleh melambatkan atau mencegah pengaliran susu. Selain itu, sekiranya bayi diberi air menggunakan botol dan puting susu, bayi akan menjadi keliru dan berkemungkinan tidak mahu menyusu terus daripada payu dara ibu.
Air meningkatkan risiko penyakit kerana ia boleh menjadi pembawa kuman. Bayi yang diberi air lebih mudah terdedah kepada organisme yang menyebabkan cirit-birit, terutama dalam persekitaran yang kurang bersih.
Air dikaitkan dengan peningkatan paras bilirubin dan keseriusan jaundis di kalangan bayi baru lahir. Bayi yang menyusu susu ibu dengan baik kurang menghadapi masalah jaundis.
Air boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil oral water intoxication. Di kalangan bayi yang berumur kurang dari lima minggu, air yang berlebihan boleh mencairkan natrium di dalam darah dan ini menyumbang kepada simptom-simptom seperti suhu badan yang rendah, kembung dan kekejangan.
Bagaimana bayi yang menyusu susu ibu mendapat air yang secukupnya?
Susu ibu mengandungi 88% air dan berupaya membekalkan kesemua cecair yang diperlukan oleh bayi yang menyusu susu ibu. Bayi yang sihat dilahirkan dengan cukup air dan keadaan ini akan terus kekal jika bayi disusukan dengan susu ibu secara eksklusif, siang dan malam, dengan kerap dan tanpa had. Pada beberapa hari pertama selepas dilahirkan, kolostrum sahaja sudah mencukupi untuk membekalkan air kepada bayi.
Bagaimana dengan bayi yang tinggal di dalam iklim yang panas dan kering?
Beberapa kajian yang dijalankan di pelbagai lokasi (lembap dan kering) pada julat suhu antara 22°C – 41°C (71.6°F – 105.8°F) dan kelembapan relatif antara 9% – 96%, mengesahkan bahawa bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif tidak memerlukan air tambahan. Bayi akan mendapat semua cecair yang diperlukan melalui susu ibu, sekiranya dibenarkan menyusu susu ibu mengikut keperluannya.
Haruskah bayi yang mengalami cirit-birit atau diarea diberi air?
Dalam keadaan cirit-birit atau diarea yang tidak teruk, adalah dicadangkan supaya ibu-ibu meningkatkan kekerapan penyusuan susu ibu. Walau bagaimanapun, bagi cirit-birit atau diarea yang sederhana atau teruk, ibu-ibu perlu membawa bayi berjumpa doktor dengan serta – merta, di samping meneruskan penyusuan susu ibu seperti biasa.
Haruskah air diberi kepada bayi yang berumur enam bulan ke atas?
Pada umur enam bulan, selain daripada susu ibu, bayi harus diberi makanan pelengkap. Ini penting untuk memenuhi keperluan nutrien bayi yang semakin meningkat.
Jenis makanan yang dimakan oleh bayi mempengaruhi keperluan airnya. Secara amnya, keperluan air bagi bayi yang berumur 6 hingga 11 bulan boleh dipenuhi melalui susu ibu. Walau bagaimanapun, air yang telah dimasak boleh diberi kepada bayi selepas makan. Perlu diingatkan bahawa memberi air kosong kepada bayi adalah lebih baik berbanding jus buah-buahan. Ini kerana air kosong adalah minuman yang terbaik untuk menghilangkan dahaga dan tidak mengandungi gula, sebagaimana jus buah-buahan. Bayi juga patut diberi air menggunakan cawan dan bukannya botol. Ini kerana pemberian air menggunakan botol mendorong bayi untuk minum air secara berlebihan yang melebihi keperluannya.
Apabila memberi bayi air atau sebarang cecair lain, pastikan yang ia tidak menggantikan susu ibu. Air yang ditambah ke dalam makanan pelengkap juga boleh menggantikan atau mencairkan kandungan di dalam nutrien makanan tersebut. Oleh itu, kurangkan penambahan air ke dalam makanan pelengkap seperti bubur dan sup untuk meningkatkan kepekatan nutrien dalam makanan tersebut, yang seterusnya akan membantu meningkatkan status pemakanan bayi.
Rujukan
Almroth S, Bidinger PD. No need for water supplementation for exclusively breast-fed infants under hot and arid conditions. Trans R Soc Trop Med Hyg. 1990;84:602-604.
American Academy of Pediatrics Section on Breastfeeding. Breastfeeding and the Use of Human Milk. Pediatrics. 2005 Feb;115(2):496-506.
Exclusive Breastfeeding: The Only Water Source Young Infants Need
FAQ Sheet No. 5 from the Linkages Project
Penyanyi Lan Solo memberitahu anak keempatnya, Nur Amna Quxandra perlu menjalani pemeriksaan berjadual di hospital sehingga dia berusia 18 tahun.
Lan, 33, berkata pemeriksaan itu perlu bagi memastikan jahitan pada bibir anaknya itu berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah Xandra dah sepenuhnya sihat cuma belum pergi pemeriksaan selanjutnya sebab nak check bahagian atas lelangit bimbang jahitan terbuka atau merekah.
“Buat masa ini setiap bulan dia akan menjalani pemeriksaan doktor sehinggalah dia berusia 18 tahun,” katanya kepada mStar Online.
Xandra dilahirkan pada 24 Februari lalu dan selamat menjalani pembedahan masalah sumbing di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 31 Mei lalu.
Sementara itu, Lan berkata dia agak bimbang jika terdapat rekahan pada jahitan tersebut kerana ia berkemungkinan menyebabkan anaknya itu perlu dibedah buat kali kedua
“Kalau ada rekahan dan kesan jahitan naik, dia perlu menjalani pembedahan lain. Saya takut sebab dia sudah membesar, sekarang dah agak lasak dan bimbang jahitan itu tertarik.
“Kulit dia pun dah semakin menegang, tapi doktor beritahu kalau rekahan jahitan itu menganggu hidung memang kena operate lagi.