Kes kedudukan uri pada bahagian bawah adalah sesuatu yang sering berlaku di kalangan ibu mengandung. Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen, tenaga dan nutrisi daripada ibu melalui tali pusat. Bahan-bahan kumuhan bayi pula akan disalurkan semula ke uri. Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital menjelaskan tentang hal ini.
Kedudukan uri semasa kehamilan merupakan satu proses yang spontan dan rawak. Pada peringkat awal kehamilan, kebanyakan uri akan mengelilingi kawasan karung kehamilan. Rupa bentuknya seperti bulatan berwarna cerah dalam imej ultrasound. Kedudukan sebegini dinamakan sebagai circumferential.
Apabila kandungan semakin membesar, rahim akan mengembang dan kedudukan uri akan dilihat dengan lebih jelas dan terperinci. Kedudukan uri boleh dibahagikan kepada bahagian depan (anterior), belakang (posterior) atau di sisi rahim (lateral). Ultrasound perlu dilakukan, lebih-lebih lagi pada pertengahan trimester (dalam 16 minggu) untuk menentukan kedudukan uri.
Mengikut RCOG Guideline 2018, uri yang menutupi bahagian dalam pangkal rahim dikenali sebagai placenta praevia. Walau bagaimanapun, sekiranya ultrasound dilakukan pada awal kandungan dalam 16 minggu, istilah uri rendah atau uri bawah (low lying placenta) lebih biasa digunakan kerana ada kebarangkalian uri tersebut akan ditarik naik pada 32 minggu. Jarak uri yang terlampau dekat dengan pangkal rahim turut dinamakan uri bawah atau uri rendah. Selalunya jarak yang digunakan adalah kurang 2cm.
Ultrasound lanjutan perlu dilakukan pada 32 minggu untuk menentukan bahawa uri kekal di bawah (placenta praevia) atau tidak. Kadang kala ultrasound dari bawah melalui faraj (trans-vaginal scan) perlu dilakukan untuk melihat dan mengukur dengan lebih tepat kedudukan uri. Jangan risau, trans-vaginal scan adalah selamat semasa mengandung!
Kes-kes placenta praevia dikategorikan sebagai tahap satu, dua, tiga atau empat, bergantung kepada keputusan ultrasound yang doktor lakukan ke atas kehamilan. Ada juga doktor gemar membahagikan placenta praevia kepada 2 kumpulan iaitu placenta praevia major dan minor.
Ads
Sekiranya minor, ibu berpeluang untuk mencuba melahirkan anak secara normal. Ibu yang mengalami keadaan ini perlu mendapatkan penjelasan daripada doktor tentang keadaan dirinya.
Risiko kes placenta praevia adalah ia boleh mengakibatkan pendarahan. Keadaan ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja selepas 32 minggu. Ini adalah kerana ibu akan mengalami braxton hicks dan kemudian tanda-tanda bersalin yang mengakibatkan pembukaan pangkal rahim di mana letaknya kedudukan uri. Kadang-kala tanpa tanda-tanda bersalin, ibu mengalami pendarahan dengan tiba-tiba.
Pendarahan yang berterusan membahayakan nyawa ibu dan bayi yang dikandung. Oleh sebab itu, kebanyakan kes placenta praevia major, si ibu dikehendaki mendaftar masuk hospital sehingga tarikh pembedahan. Ini adalah kerana sekiranya berlaku pendarahan semasa berada di hospital, ibu dan bayi mempunyai peluang yang cerah untuk selamat. Pembedahan akan dilakukan segera dengan darah yang telah tersedia jika perlu untuk pembedahan.
Doktor akan berusaha mengeluarkan bayi dan uri; dan pada masa yang sama memberhentikan pendarahan secepat mungkin. Hanya beberapa minit ibu boleh kehilangan banyak darah. Pada keadaan kritikal ini, doktor sakit puan akan bekerjasama dengan doktor bius untuk memastikan keadaan ibu stabil.
Disebabkan oleh itu, ibu tidak dibenarkan untuk mengurut cara tradisional atau bukan tradisional kerana takut berlaku pendarahan. Nyawa ibu boleh terancam dan bayi dalam kandungan boleh maut bila pendarahan berlaku. Sekiranya ibu kurang faham atau kurang percaya, dapatkan pendapat dari beberapa doktor yang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu hamil perlu tahu apa yang perlu dimakan untuk memastikan kesihatan dan kandungan sentiasa baik. Pengambilan makanan yang sihat dalam diet harian amat penting agar dapat menjamin kesihatan diri anda sendiri dan perkembangan positif kandungan.
Empat superfood ini mampu tingkatkan kesihatan ibu hamil dan kandungan.
Ikan
Pengambilan ikan ketika hamil selalu menjadi pertikaian kerana ada yang bimbang tentang kandungan merkuri yang tinggi. Biasanya ikan yang hidup di dalam lautan dalam mempunyai risiko sebegini.
Walaupun begitu, anda perlu maklum bahawa ikan sangat kaya dengan sumber protein. Ia juga memiliki kandungan Omega-3 yang tinggi. Oleh yang demikian, ikan sangat diperlukan untuk membolehkan anak dalam kandungan mempunyai sumber yang baik untuk mengembangkan keampunan otaknya.
Sayur-sayuran Berdaun Hijau
Ramai yang sedia maklum bahawa sayur-sayuran adalah sangat penting untuk menjamin tahap kesihatan berterusan. Oleh sebab itulah, adalah penting untuk anda mengambil jumlah hidangan sayur-sayuran yang mencukupi dalam menu harian.
Anda digalakkan untuk lebihkan sayur-sayuran berdaun hijau. Sayur bayam adalah sayur yang paling disyorkan kerana ia tinggi dengan kandungan asid folik.
Asid folik adalah sumber yang bagus untuk perkembangan saraf tunjang anak di dalam kandungan.
Brokoli
Selain dari sayur-sayuran berdaun hijau, anda juga perlu memberi perhatian kepada satu lagi sayur yang mempunyai warna hijau iaitu brokoli.
Memasukkan brokoli sebagai salah satu makanan bagi memenuhi keperluan pengambilan sayur harian memastikan anda memperoleh beberapa nutrien makanan penting. Anda secara tak langsung mengambil potassium. Potassium dapat membantu proses pertumbuhan tulang bayi di dalam kandungan.
Produk Tenusu
Mengambil kandungan kalsium yang cukup ketika hamil adalah sangat penting. Selain menguatkan tulang dan gigi anda, kalsium juga membantu menguatkan tulang dan pertumbuhan tubuh anak dalam kandungan.
Pastikan anda minum satu hingga dua gelas susu, anda boleh gantikannya dengan melebihkan pengambilan produk tenusu yang lain juga. Contohnya keju dan yogurt.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui banyak perbezaan ketara dialami ketika kehamilan kedua ini berbanding hamil anak pertama.
Ayda yang kini hamil lima bulan mengakui dia kini lebih aktif berbanding hamil anak sulung.
Malah kongsi Ayda lagi, dia terkejut kerana badannya masih mampu bekerja jika dibandingkan sebelum ini dia tidak mahu bekerja sehingga tidak boleh bangun.
“Saya terima tawaran berlakon ini sebaik saya tahu yang saya hamil. Saya rasa badan saya boleh terima untuk melakukan kerja ini.
“Masa hamil anak pertama dulu, saya memang tak boleh bangun, balas mesej dan tak mahu bekerja langsung. Kali ini saya sangat aktif,” luahnya berkongsi.
Akui ibu kepada si comel Ana Nayla ini lagi, dia juga tidak mengalami alahan pelik untuk kehamilan kali ini namun agak sedih tidak dapat minum minuman kesukaannya iaitu Milo kerana pasti akan muntah.
“Saya tak mengidam pelik-pelik.
“Namun, ada benda yang saya sangat suka tapi saya tak boleh nak amalkan ketika ini dan ia membuatkan saya sedih hampir setiap hari iaitu minum Milo.
“Saya sendiri tak tahu kenapa? Bila saya minum, saya akan muntah. Saya ni boleh dikatakan sudah sebati dengan Milo. Hari-hari kena minum Milo.
“Saya cuba minum sejak dari awal kehamilan, memang tak boleh. Hari berikutnya pun sama. Saya cuba lagi selepas trimester pertama harapkan hal tersebut berubah tapi sama juga,” katanya.
Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata, pendakwah selebriti, Dai’ Syed Iqmal berkongsi perkhabaran duka keguguran isterinya, Hana Ismail.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, usia kandungan isteriny, Hana mencecah 10 minggu namun tiada rezeki keduanya untuk menimang zuriat sulung mereka.
“Berat hati ini ingin khabarkan, semua pasangan suami & isteri inginkan cahaya mata.
“Sejujurnya, isteri saya memang pregnant. Tetapi Allah hanya memberi pinjaman ini hanya 10 minggu sahaja.
“Hari ini , isteri saya akan menjalani proses DNC di Hospital KPJ, mohon doakan untuk beliau,” tulisnya.
Menerusi entri terbarunya, Dai’ Syed juga memuat naik video ketika proses DNC yang dijalankan ke atas isteri. Malah bersyukur kerana segala proses berjalan dengan baik dan lancar.
“Jam 8.15 tadi, isteri saya memulakan operasi DNC.
“Mohon doakan semoga urusan kami dipermudahkan oleh Allah swt. Terima kasih semua yang mendoakan dan mengambil berat tentang isteri saya,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Dai’ Syed dan isteri akan dikurniakan zuriat selepas ini.
Terdahulu, Dai’ Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2022.
KPM umum tarikh sebenar SPM 2024, ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan.