Sepanjang melalui fasa kehamilan kemungkinan berhadapan dengan beberapa situasi hingga menimbulkan rasa tidak selesa dan kerisauan sememangnya ada. Antaranya ialah masalah uri atau placenta di bawah. Ini yang berlaku pada Puan Jalina. Pa&Ma ajukan persoalan ini kepada Pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Norintan Zainal Shah untuk memberikan penjelasan.
Saya kini hamil tujuh bulan dan ini adalah bayi sulung saya. Ketika membuat pemeriksaan kandungan, doktor menyatakan keadaan uri saya, bawah dan menutup ruang untuk bayi keluar. Adakah keadaan uri ini akan berubah? Perlu kah saya dapatkan rawatan tradisional seperti berurut untuk menaikkan uri kembali?
Jalina – Presint 8, Putrajaya
Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat. Bahan-bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh darah yang mengalir daripada bayi ke uri.
Kedudukan uri di dalam sesuatu kehamilan merupakan satu fenomena yang spontan dan rawak. Uri pada peringkat awalnya mengelilingi kawasan karung kehamilan. Rupa bentuknya seperti bulatan berwarna putih dalam imej ultrasound. Bentuk sebegini dinamakan sebagai circumferential.
Ads
Apabila kandungan semakin membesar, uri tersebut akan tertumpu kepada satu-satu bahagian. Ia adalah anterior (hadapan), posterior (belakang), lateral (sisi, sama ada kanan atau kiri), low lying (uri berada di kawasan bawah rahim dan 90% akan naik ke atas apabila kandungan berusia 28 minggu) dan fundal (uri duduk di kawasan atas rahim). Ketika hamil, setiap 13 minggu bersamaan dengan tiga bulan. Ini bererti 26 minggu (enam bulan). Jika kandungan puan berusia tujuh bulan, ini bererti janin berusia 30 minggu.
Jika uri masih berada di bawah dan menutup ruang untuk bayi keluar, puan dikategorikan sebagai kes placenta praevia. Uri yang menutup ruang untuk bayi keluar, ia dikenali sebagai placenta praevia major. Kalau uri berdekatan dengan ruang untuk bayi keluar (tetapi tidak menutupnya), ia digelar placenta praevia minor.
Ads
Kes-kes placenta praevia dikategorikan sebagai tahap satu, dua, tiga atau empat tetapi bergantung kepada keputusan ultrasound yang doktor lakukan ke atas kehamilan. Puan bolehlah bertanya doktor mengenai tahap placenta praevia yang puan dialami.
Risiko kes placenta praevia adalah pendarahan. Ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja selepas 28 minggu. Pendarahan yang diakibatkan olehnya membahayakan ibu dan kandungan. Oleh itu, puan dikehendaki mendaftar masuk hospital sehingga bersalin. Jika berlakunya pendarahan semasa berada di hospital, puan mempunyai peluang untuk selamat daripada masalah ini. Puan akan ditolak ke bilik bedah untuk melahirkan bayi dan seterusnya, doktor akan mengeluarkan uri. Selepas uri dikeluarkan, barulah pendarahan ini berhenti. Apabila pendarahan berhenti, nyawa ibu akan terselamat.
Ads
Jika mengurut cara tradisional atau bukan tradisional, risikonya adalah pendarahan juga. Nyawa bayi dalam kandungan boleh melayang bila pendarahan berlaku. Sekiranya kurang faham atau kurang percaya, pergilah kepada doktor yang kedua atau ketiga, dapatkan pendapat mereka. Jika semuanya menasihatkan perkara yang sama, saya pasti puan dan suami tidak akan berlengah lagi untuk masuk ke hospital.
Ibu hamil dan mempunyai masalah placenta praevia tidak akan merasai kesakitan atau kurang sihat sehinggalah pendarahan berlaku. Darah yang keluar mengalir dari faraj turun ke paha dan kaki, membasahi kain atau baju berlaku secara senyap dan tiba-tiba. Hanya yang sudah sedia ada di wad boleh menerima rawatan yang segera.
Kesimpulannya, kes placenta praevia adalah kes yang boleh meragut nyawa. Untuk keselamatan diri puan terutamanya, daftarlah ke hospital yang berdekatan dan akurlah dengan nasihat doktor. Saya doakan keselamatan puan dan bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas mendirikan rumah tangga dua bulan lalu, pelakon Bollywood, Alia Bhatt dan suaminya, Ranbir Kapoor mengumumkan berita gembira bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Melalui Instagramnya, Alia berkongsi perkhabaran gembira itu kepada seluruh pengikutnya di Instagram.
“Anak kami, akan datang,” tulisnya ringkas.
Alia turut memuat naik gambarnya bersama suami yang sedang melakukan imbasan ultrasound bayi sambil tersenyum manis memandang di skrin. Nampak kebahagiaan pasangan ini untuk menimang cahaya mata sulung mereka.
Melewati media sosial pasangan ini turut dipenuhi dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti dan seluruh peminat pasangan ini diseluruh dunia.
Terdahulu, Alia Bhatt dan suaminya, Ranbir Kapoor mendirikan rumah tangga pada April lalu dan kini pasangan ini sedang meniti detik bahagia untuk menempuh kehamilannya dan melengkapkan dirinya menjadi seorang ibu tidak lama lagi.
Ketika hamil memang banyak perubahan dan adakalanya komplikasi pada kehamilan yang akan dilalui oleh wanita. Salah satunya adalah air ketuban yang banyak. Perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai permasalahan ini akan dapat membantu ibu hamil memahami keadaan sebenar kenapa keadaan ini boleh berlaku.
AIR KETUBAN BANYAK
Dalam istilah perubatan, air ketuban banyak dipanggil sebagai Polyhydroamnios. Masalah ini boleh disebabkan penyakit yang berlaku pada ibu ataupun bayi tersebut.
Sebanyak 1% orang yang mengandung akan mengalami masalah air ketuban banyak. Manakala, sebanyak 20% daripada mereka yang mengalami masalah ini mungkin akan mempunyai bayi yang mengalami kecacatan semasa masih lagi dalam kandungan. Oleh itu, pesakit yang mengalami masalah ini selalunya akan dirujuk kepada hospital untuk mencari punca kepada masalah tersebut.
Cecair amniotik merupakan istilah saintifik bagi air ketuban dan ia merupakan cecair yang terkumpul di dalam rahim dan mengelilingi bayi di dalam kandungan. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi untuk kebaikan bayi yang dikandung iaitu bertindak untuk perkembangan bayu dan untuk melindungi bayi daripada hentakan/ atau trauma.
Selain daripada masalah ini, wanita hamil juga boleh mengalami masalah air ketuban kurang iaitu oligohydroamnios.
PUNCA KEPADA MASALAH AIR KETUBAN BANYAK
Punca kepada masalah ini selalunya sangat mudah untuk dikenalpasti. Tetapi ada juga pesakit yang tidak diketahui punca kepada bagaimana air ketuban itu menjadi banyak.
Beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini adalah:
1. Mengandung bayi kembar
Organ yang tidak sempurna pada bayi: Saluran permakanan yang mempunyai masalah ataupun tidak terbentuk dengan normal menyebabkan bayi tidak mampu menelan air ketuban tersebut. Perkara ini selalu terjadi pada saluran esofagus(esophageal atresia) dan saluran usus kecil(duodenal atresia).
Masalah saraf yang menyebabkan bayi tidak mampu menelan
Jantung bayi yang bermasalah
Ibu mengalami kencing manis
KOMPLIKASI
Pesakit boleh mengalami beberapa jenis komplikasi jika menghadapi masalah ini. Komplikasi tersebut adalah:
1. Kelahiran pra-matang (bayi lahir tidak cukup bulan)
2. Risiko untuk menjalani pembedahan akan semakin meningkat.
3. Kedudukan bayi boleh menjadi songsang
4. Pendarahan yang teruk selepas melahirkan anak
Simptom yang menunjukkan air ketuban banyak ialah pesakit akan merasakan bahawa perutnya lebih besar daripada yang sepatutnya. Perasaan ini selalunya dirasakan bagi mereka yang pernah mengandung sebelum ini. Pemeriksaan fizikal juga akan menunjukkan pesakit mempunyai ukuran rahim yang lebih besar daripada biasa.
Cara untuk mengesahkan seseorang ibu hamil mengalami masalah ini adalah dengan melakukan ultrasound scan. Jika air ketuban melebihi daripada bacaan yang sepatutnya, maka pesakit akan disahkan mengalami masalah air ketuban banyak. Kemudian, doktor juga akan memeriksa struktur tubuh bayi melalui ujian ultrasound tersebut untuk melihat sama ada pesakit mempunyai sebarang kecacatan ataupun tidak. Disamping itu, pesakit juga akan diminta untuk melakukan ujian kencing manis. Ini kerana masalah kencing manis juga boleh menyebabkan kandungan air ketuban menjadi banyak.
RAWATAN
Tiada ubat yang spesifik digunakan untuk merawat masalah ini. Tetapi ada beberapa perkara yang akan dilakukan oleh doktor untuk menghadapi masalah ini. Antaranya ialah pantauan dari doktor. Ibu yang menghadapi masalah ini selalunya akan dipantau dengan lebih kerap oleh doktor. Ini untuk memastikan bahawa kandungan tidak menghadapi apa-apa masalah. Kandungan tersebut akan diberi masa hingga cukup bulan untuk dilahirkan seperti biasa.
Selain itu ialah kelahiran yang tidak cukup bulan. Pesakit yang mengalami masalah ini akan mempunyai risiko untuk kelahiran pra-matang. Ini disebabkan saiz rahim yang semakin membesar akan merangsang proses kelahiran walaupun pada ketika itu bayi masih lagi tidak cukup bulan.
Jika proses bersalin telah bermula walaupun bayi masih tidak cukup bulan, pesakit perlulah menerima suntikan steroid untuk memastikan paru-paru bayi menjadi matang dan boleh bernafas seperti biasa apabila dilahirkan.
Jika bayi tersebut menunjukkan simptom yang bermasalah seperti bacaan denyutan jantung yang tidak normal, pesakit perlulah menjalani pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi secepat mungkin.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Sikap terlalu percaya kata-kata rakan, nyawa bayi dalam kandungan hampir melayang apabila bayi mengalami fetal stres.
Perkongsian daripada doktor ini boleh dijadikan batas sejauh mana boleh meneka keadaan bayi dalam kandungan. Ibu yang mengalami pergerakan bayi yang perlahan percaya ia berpunca daripada ruang rahim semakin sempit sepertimana pendapat rakannya.
Pergerakan bayi seharusnya perlu dititikberatkan, kepekaan ibu dan kepantasan bertindak boleh menyelamatkan nyawa si kecil.
Dalam kes tengah malam, selepas jam 12 seorang ibu mengadu bayi dalam kandungan kurang bergerak.
Bayi tersebut ialah dari kandungan terlebih hari (postmatang). Bayi kurang bergerak & ibu tiada tanda bersalin. Tapi graf CTG menunjukkan bayi sedang stres (fetal distress).
Bila rahim dibuka, air ketuban hijau tanda bayi buang air besar. Tali pusat melilit ketat pada leher sebanyak 3 kali. Apa jadi kalau ibu ini terlewat datang!
“Kawan kata bayi cukup bulan kurang bergerak sebab ruang sempit…”. Ini yang jadi bila lebih percaya kata kawan daripada nasihat profesional.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.