Uri tertinggal atau tersisa di dalam rahim selepas bersalin boleh menyebabkan rahim ibu tidak boleh kembali kepada saiz asal. Malah ia boleh menjadi toksin dan menyebabkan pendarahan dan risiko jangkitan kuman!
Uri adalah merupakan selaput dan saluran yang berkembang seiring dengan perkembangan si manja. Ia adalah sebagai sokongan kepada bayi yang sedang berada di dalam kandungan. Ia bertugas sebagai tempat menyimpan bahan zat mineral seperti karbohidrat, protein, kalsium dan ferum yang di salurkan kepada bayi melalui aliran darah.
Uri mempunyai pelbagai fungsi kepada janin dalam kandungan. Namun kegagalan mengeluarkan uri selepas kelahiran boleh menyebabkan mudarat kepada ibu, malah lebih teruk lagi boleh menyebabkan kematian.
FAHAMI CARA URI DIKELUARKAN
Apabila tiba waktu untuk bersalin, bayi akan keluar terlebih dahulu dan akan disusuli oleh uri. Uri akan bercerai dari dinding rahim dan bersedia untuk keluar seketika selepas proses kelahiran bayi berlaku.
Ia akan memberikan beberapa petanda iaitu pemanjangan plasenta (lengthening of tyhe cord), aliran darah keluar darah yang lebih deras secara tiba-tiba dari faraj(sudden gushing of blood) dan rahim naik ke atas sedikit dari perut ibu.
Keadaan ini adalah tanda-tanda yang akan diperhatikan dan diambil kira oleh doktor sebelum melakukan controlled cord traction (CCT) yang merupakan prosedur menarik uri dengan cara terkawal menerusi method Brandt Andrew’s.
Ads
Setelah uri dikeluarkan, doktor akan memeriksa keadaan uri sama ada sempurna bentuknya bagi memastikan tiada cebisan uri (membrane of placenta) yang tertinggal.
Uri tidak boleh dikeluarkan tanpa tanda-tanda tersebut kerana ia akan menyebabkan masalah uterine inversion yang akan menyebabkan maut.
BAGAIMANA JIKA URI TIDAK KELUAR?
Ads
Masalah hanya akan timbul apabila tiada tanda-tanda uri akan keluar selepas minit kelahiran. Sekiranya tiada tanda-tanda uri akan keluar selepas 30 minit hingga sejam selepas bayi lahir, doktor akan mengambil langkah untuk mengeluarkannya secara manual menggunakan tangan iaitu menerusi prosedur manual removal placenta (MRP).
Dalam prosedur ini, ibu akan dibius sebelum proses MRP dijalankan untuk mengelakkan trauma atau kesakitan yang teramat sangat. Namun perlu diketahui, MRP yang dijalankan secara manual boleh meningkatkan risiko uri tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya.
RAHIM TIDAK AKAN KECUT KALAU ADA SISA URI
Sekiranya terdapat sisa uri yang masih tertinggal di dala, ibu mempunyai risiko rahim tidak kecut sempurna dan ia menjadi toksin m badan!
Ads
Ibu yang mempunyai uri yang masih bersisa di dalam rahim juga boleh mengalami demam (bentan), infeksi, pendarahan, tidak boleh kencingdan mudah mendapat komplikasi lain.
Seandainya pemeriksaan ke atas uri yang dikeluarkan menunjukkan ia tercebis atau tidak keluar sempurna, maka evacuate retain product of conception (ERPOC)akan dijalankan di mana uri akan disedut keluar menerusi vagina menggunakan alat khas.
Bagi ibu yang melahirkan bayi pra matang, uri yang bersaiz kecil boleh keluar menerusi aliran keluar darah nifas. Doktor akan memantau ibu dan memeriksa sama ada pendarahan yang berlaku serius atau tidak.
URI TERTINGGAL BANYAK TERJADI DALAM KES URI HANCUR
Kes uri tertinggal adalah tinggi pada keadaan seperti uri hancur selepas prosedur MRP, uri yang tidak sihat seperti uri lekang, bayi yang sudah meninggal dunia di dalam kandungan dan kelahiran pra matang yang menyebabkan plasenta terputus (cord snap).
Anak kerap tak sihat mungkin boleh jadi punca daripada pemakanan. Sebab itu bila anak sakit, ibu bapa kena periksa jenis makanan apa yang selalu anak makan.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan, bila anak sakit, terutama yang berkaitan dengan saluran pernafasan, ini sepatutnya ibu bapa kena perhatikan.
Biasanya bila anak sakit, saya akan cuba elak sebolehnya makanan yang akan perbanyakkan kahak.
Bila anak batuk atau selsema, saya suka buat sup atau singgang, yang mana kuantiti bawang putih dan halia saya lebihkan dari biasa.
Jika ada ibu ayah yang bawa anak mereka ke klinik, juga saya akan berikan maklumat makanan apa yang perlu dihentikan sementara dan makanan apa yang perlu diperbanyakkan untuk proses penyembuhan dengan lebih cepat.
Ada juga yang datang ke klinik, hanya dengan sebab berkahak tapi tiada batuk mahupun selsema. Bila diambil sejarah pemakanan secara ringkas, mereka memang ambil makanan penggalak kahak secara harian.
Tidak lupa juga untuk saya ingatkan ibu ayah yang ada anak yang diuji dengan asma, elakkan terus makanan penggalak kahak jika mampu. InsyaAllah asma akan jarang-jarang sekali nak dekat dengan anak.
Makanan, tidak dipanggil ubat. Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebiasaannya ibu-ibu bila anak ada masalah sembelit mesti akan terfikir kena cairkan daripada sukatan biasa. Sebabnya menganggap susulah punca anak sampai meneran dan merah muka nak membuang. Tapi persoalannya adakah ia betul?
Jika diikutkan tindakan ibu mencairkan sukatan susu formula tanpa nasihat doktor atau pakar pemakanan akan memberi kesan pada anak. Ini kerana setiap susu formula dah ada nisbah air dan susu yang perlu dibancuh supaya khasiat itu dapat diperoleh sebaiknya.
Jadi jangan pandai-pandai kita membancuh susu formula sama ada nak dicairkan atau dipekatkan atas alasan tersendiri.
Berikut perkongsian Pakar Dietetik (Paediatrik) Universiti Sains Malaysia, Ruqayyah Muhd di FB beliau.
Pagi tadi ada seorang doktor sarjana Pediatrik datang berjumpa saya. Beliau ingin dapatkan penjelasan mengenai pemberian susu pada anak.
“Mak patient kata, anaknya sembelit. Jadi dia cairkan sikit susu anak. Boleh ke macam tu Puan Qay?” tanya beliau.
“Kalau susu dicairkan terlalu banyak tak boleh sebenarnya. Nanti berat badan anak tak naik dengan elok.” jelas saya.
“Kebiasaannya susu formula ada satu oz 30ml, perlu masukkan 1 sudu susu. Ada juga susu 60ml dan satu sudu sahaja. Biasanya saiz sudunya lebih besar. Kena tengok balik sukatan yang ada pada paket susu. Sebetulnya bancuhan kena betul. Baru anak dapat kalori yang cukup.”
“Jika ibu cairkan susu, contohnya 60ml, satu sudu susu, anak hanya akan dapat 22kcal berbanding 44kcal yang sepatutnya. Jika setiap hidangan susu begitu, pasti akan dah dapat kurang separuh pengambilan kalorinya. Memang takkan membantu kenaikan berat badan anak. Jadi kena tengok balik berapa oz anak minum dan cara bancuhannya. Baru boleh tahu jumlah kalori sehari dan bandingkan dengan berat badan anak.” terang saya.
“Kalau anak sembelit macamana pula puan? Tak boleh cairkan susu ke?” tanya doktor lagi.
“Jika anak belum mula makan, sembelit mungkin kerana bancuhan susu tak betul, terlalu pekat atau susu tak sesuai dengan anak. Kalau sembelit boleh cari susu yang ada fiber untuk lawaskan susu anak. Atau boleh juga cari susu yang ada probiotik yang boleh juga bantu penghadaman anak.”
“Kalau dah mula makan, biasa anak akan sembelit juga jika lepas makan tak beri air kosong. Bila anak mula makan, biasanya susu anak pun akan kurang sedikit dari biasa. Jadi air yang diambil anak dah kurang. Kena tambah air sedikit lepas makan.”
“Satu lagi, tengok juga pengambilan sayur dan buah. Jika sedikit sangat sayur dan buah dalam diet pun tak membantu anak juga. Kena tambah serat dalam diet, kena tambah air juga lepas makan.” panjang lebar saya ceritakan.
“Senang lagi bagi susu badan kan?Tak gaduh sembelit anak, nak tukar susulah.” seloroh rakan saya itu.
“Sungguhlah. Senang lagi bagi susu ibu.” balas saya.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak yang sedang membesar suka meneroka apa yang ada di sekelilingnya. Kadang tu sampai cederakan diri. Seperti sekeping gambar yang dikongsikan oleh Adam Corrie Lee tentang anaknya Adam Fateh Lee.
Dalam gambar tersebut kelihatan anak Corrie, Adam Fateh luka di bahagian mata. Menurut posting di Instagram Corrie, anaknya itu aktif dan dalam proses membesar.
Dia mendoakan anaknya itu cepat sembuh dan membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat.
Tambah Corrie lagi, kita hendaklah selalu senyum dan bersangka baik, insyaAllah hati akan tenang.
anak abah kuat.. nak membesar kan 💪🏼💪🏼💪🏼 kisah semalam. . siapa kata anak abah nakal? anak abah tak nakal la.. anak abah aktif dan anak abah dalam proses membesar akan lalui pelbagai pengalaman. .
semoga anak abah cepat sembuh dan membesar dengan sihat, dan berjaya di dunia & akhirat.
senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang
Sementara itu, di Instagram milik anaknya Adam Fateh Lee yang mempunyai pengikut hampir 100,000 orang, menerangkan keadaan sebenar apa yang terjadi kepada Fateh yang kini berusia 1 tahun sembilan bulan.
Tengahari tadi Fateh jatuh terkena tepi meja.
kelopak mata Fateh terkoyak.
pergi hospital doktor gam bahagian yang terkoyak.
Semoga mata Fateh cepat sembuh dan dapat bermain aktif kembali. Untuk makluman Adam Corrie Lee berkahwin dengan Fazima Fuad pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Adam Fateh Lee.
Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang ke 10 tahun, penceramah bebas, PU Salman berkongsi cara Nabi Muhammad SAW menghargai isteri dan ini yang disarankan untuk para suami terhadap isteri mereka.