Bila sudah bergelar ibu kepada empat orang anak termasuk pasangan bayi kembar barulah Datin Zizie Izette faham cabaran ibu yang uruskan anak kembar Aadam dan Aaleph dan anak kecil yang berderet.
Sebagai ibu anak kembar, Zizie Izette akui tak mudah menguruskan keperluan anak-anak yang masih kecil tanpa pembantu. Walaubagaimanapun Zizie mengakui biarpun ada ramai pembantu namun jika anak kembarnya menangis nak susu serentak dia akan kelam kabut juga.
Justeru dia sangat memahami perasaan ibu-ibu yang menguruskan anak kembar dan anak-anak yang masih kecil usianya serentak.
Menariknya dalam posting baru-baru ini di instagram beliau, Zizie sangat memahami luahan hati pengikutnya yang juga seorang ibu kepada anak kembar.
Ibu cantik ini mengakui tugas ibu kepada anak kembar memang sangat mencabar bila anak-anak menangis serentak hendak susu.
Sebagai tanda sokongan, pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini memberikan kata-kata semangat kepada semua ibu anak kembar supaya bertahan menghadapi situasi sukar menguruskan mereka kerana bila semakin besar semuanaya akan menjadi satu kenangan yang indah.
Majikan Yang Penyayang
Kakak kepada pelakon popular Shaheizy Sam ini dikenali sebagai seorang majikan yang sangat penyayang dan menghargai setiap pembantu dan staf yang menguruskan anak-anaknya.
Alahai seronok betul tengok gelagat anak-anak pelakon cantik Zizie Izette. Setiap kali keluar pasti ibu mereka akan memakaikan pakaian yang sedondon untuk empat orang anaknya termasuk pasangan kembar.
Bahkan setiap kali keluar juga dia akan membawa pembantu dan stafnya bersama dan menariknya semua turut memakai pakaian dalam tema pakaian yang sama dengannya dan anak-anak.
Ramai netizen menyatakan kekaguman mereka dan memuji tindakan Zizie yang sangat menghargai pembantu dan staf yang banyak meringankan bebannya menguruskan anak-anak.
Selain baru melahirkan bayi kembar, Zizie sebelum ini menjaga dua orang anak angkat Naila Nur Jenna dan Aaric Zayn.
Sumber: Instagram Zizie Izette