
Bersempena dengan Hari Ibu yang diraikan di Malaysia, Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin telah memuat naik video kehidupannya bersama anak-anak iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Dalam perkongsian yang dibuat, Puteri Sarah mengucapkan terima kasih kerana menjadikannya seorang ibu yang cukup kuat dalam membesarkan anak-anak.
Dia juga berterima kasih peranan ‘ibu’ menjadikannya manusia lebih baik dan mempunyai tujuan yang lebih besar dalam kehidupan terutamanya kepada anak-anaknya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada selebriti berkenaan.
Mereka juga menyatakan bahawa Puteri Sarah merupakan salah seorang contoh wanita kuat yang berjuang demi kebahagiaan diri dan anak-anak sehingga ramai yang terinspirasi dengan ketegasannya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hanya Terlantar & Minum Susu Melalui Tiub”. Isteri Koma Selepas Sebulan Bersalin

Kebahagiaan bersama tiga anak seolah-olah direntap sekelip mata apabila isteri yang baru sebulan melahirkan anak koma. Apa yang menyedihkan, ibu yang sebelum ini tempat anak-anak menumpang kasih sayang kini umpama seperti anak kecil.
Berkongsi lebih lanjut, Hussain Muddasar, 34, suami kepada Marihah Husin, 35, yang tinggal di Taman Sri Manir, Kuala Terengganu buntu memikirkan cara untuk menguruskan kehidupan setelah isterinya koma selepas sebulan melahirkan cahaya mata ketiga.
Tak boleh kerja kerana tiada siapa jaga isteri
Katanya lagi, kini telah masuk tiga bulan Marihah koma dan pernah dirawat selama dua bulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
“Ketika dua bulan isteri saya di hospital, saya ada masa untuk keluar berniaga nasi briyani di tepi jalan bagi mencari sumber rezeki.
“Kini sudah hampir sebulan selepas dia dibenarkan pulang ke rumah, saya tidak boleh ke mana-mana kerana perlu menjaganya setiap masa,” katanya kepada Sinar Harian.
Hussain berkata, dia perlu menukarkan lampin pakai buang isterinya bagi memastikan sentiasa dalam keadaan bersih serta memberinya susu setiap empat jam sekali melalui tiub yang dipasang pada rongga hidung.
“Sekarang isteri saya hanya diberi minum susu melalui tiub yang dipasang pada saluran hidung manakala bahagian leher pula ditebuk untuk saluran pernafasan.
“Semuanya saya uruskan termasuk menguruskan anak-anak yang masih kecil memandangkan kami tiada siapa-siapa,” katanya.
Menurut Hussain, dia juga buntu memikirkan untuk mencari sumber kewangan malah sewa rumah yang didiaminya dengan kadar bayaran RM450 sebulan juga pernah tertunggak sehingga tiga bulan.
Rebah di dapur ketika sediakan susu
Menceritakan keadaan isterinya sebelum koma, Hussain berkata, isterinya rebah di dapur ketika ingin menyediakan susu untuk anak mereka pada November tahun lalu.
“Sekitar jam 3 pagi saya dengar bayi kami yang ketika itu berusia hampir sebulan menangis. Saya segera ke bilik dan melihat bayi keseorangan. Saya bergegas mencari isteri di bahagian dapur dan mendapati dia sudah tidak sedarkan diri. Ketika di hospital, doktor memberitahu bahagian sebelah kanan badan isteri saya lumpuh manakala terdapat urat pada bahagian kepalanya yang pecah.
“Isteri saya ketika itu ada mengalami penyakit darah tinggi dan kencing manis. Ketika itu bacaan tekanan darah tingginya melebihi 200,” katanya.
Tambah Hussain, sebelum ini dia pernah memohon bantuan namun hampa memandangkan dia bukan warganegara manakala isterinya pula pemegang kad pengenalan Malaysia bagi kategori pemastautin tetap (warga Kemboja).
“Isteri saya dilahirkan di sini (Malaysia) di mana ibunya berketurunan Melayu manakala bapanya orang Kemboja. Kedua orang tuanya sudah meninggal dunia. Saya pula bukan warganegara dan telah 12 tahun menetap di sini,” katanya.
Hasil perkongsian hidup Hussain bersama Marihah sejak 15 Mac 2014 dikurniakan tiga cahaya mata berusia lima tahun, tiga tahun dan empat bulan.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Hussain di talian 011-37494285 atau melalui akaun Bank Islam (12-289-02-00688-33) atas nama Marihah Husin.
Sumber: Sinar Harian
ARTIKEL MENARIK [Daftar Kelahiran Bayi Di JPN, Hanya Buat Secara Online. Ikut Step Ni, Mudah Sangat!]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Nampak Tanda Putih Kekuningan, Mesti Extra Jaga Gigi Anak. Kalau Tak Habis Rosak!]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pukul Berkali-Kali Di Bahagian Muka” Viral Kanak-Kanak Di Dera Dengan Batang Penyapu

Rakaman klip video berdurasi kurang 3 minit memaparkan seorang wanita berambut merah jambu sedang memarahi dan memukul kanak-kanak di sebuah rumah menjadi tular di media sosial sejak awal pagi Jumaat, hari ini.
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Menerusi perkongsian daripada portal Gempak, video yang dikongsikan di TikTok dan Instagram oleh selebriti media sosial menunjukan seorang wanita memukul kanak-kanak malang dengan menggunakan batang pada bahagian penyapu.
Kanak-kanak itu menangis sambil dipaksa makan dan dipukul berkali-kali di bahagian muka.
Aksi wanita yang sedang memukul kanak-kanak berkenaan turut disaksikan seorang lagi wanita yang duduk di meja makan.
“Tolong gunakan kuasa viral netizen bantu Aqil,” demikian tulis selebriti media sosial itu menerusi video yang dimuatnaik di Instagramnya bersama tanda pagar #justiceforalia.
Selebriti media sosial terbabit turut memaklumkan video itu telah dirakamkannya sendiri sebagai bahan bukti untuk laporan polis.
“I yang rakam video tu sendiri untuk bahan bukti report polis, Alhamdulilah polis bagi kerjasama dengan baik untuk pihak Alia.
“I akan jelaskan lebih terperinci lepas semua reda sebab sekarang I dekat balai dan masuk dalam siasatan. I harap sokongan dan kalian berdoa untuk kami,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Stories
Sementara itu, menerusi video lain yang tular di TikTok, pengguna yang memuatnaik hantaran berkenaan turut berkongsi keadaan terkini Alia yang cedera dipukul di beberapa anggota badan.
Malah, laporan polis turut dibuat yang diwakili oleh AJK Pemuda UMNO Hulu Langat lewat malam Khamis.
Tujuan laporan ini dibuat bagi meminta pihak polis bertindak dan membuat siasatan daripada segi undang-undang terhadap penderaan budak perempuan berusia tiga tahun.
“Dengan ini kami akan berkongsi perkembangan lanjut, kes ini sangat baru, berlaku petang semalam.
Kami akan meneliti kes ini dalam masa ke semasa.
“Kami akan bertindak sekali untuk membantu beberapa mangsa yang ada bersama kami ketika ini” maklumnya.
Kredit: Gempak
Jom join Workshop Pa&Ma untuk mama papa yang baru bersalin, mama papa yang ada anak kecil, daftar di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mulanya Nak Ke Tandas Tapi Ibu Dan Bayi Dijumpai Maut Jatuh Tingkat 6 Hospital

Seorang ibu dan bayinya berusia lima bulan dijumpai meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat enam Hospital Lahad Datu, semalam.
Dalam kejadian itu, ibu muda berumur 16 tahun, dan bayi perempuannya ditemui terbaring setelah terjatuh dari ketinggian kira-kira 60 meter oleh seorang pengawal keselamatan bahagian bawah hospital jam 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebelum insiden itu seorang doktor wanita telah mengarahkan oksigen pernafasan anak mangsa ditanggalkan kerana keadaan pernafasan sudah normal.
Menurutnya, mangsa kemudian kelihatan mendukung anaknya dan berlegar-legar di kawasan wad sebelum meminta izin kepada pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu itu untuk masuk ke tandas.
“Lebih kurang jam 7.30 pagi, pengawal keselamatan di bahagian bawah hospital memaklumkan ada pesakit terjatuh bersama anaknya.
“Manakala pemeriksaan pengawal keselamatan di tandas pula memaklumkan mangsa telah terjatuh bersama anaknya dari tingkat enam.
“Ambulans kemudiannya telah bergegas ke tempat kejadian namun kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan bahagian badan, kepala dan kaki,” katanya.
Bayi dirawat di hospital kerana jangkitan kuman paru-paru
Menurut Nasri, siasatan awal mendapati anak mangsa telah dirawat dalam wad akibat jangkitan kuman di paru-paru selama 11 hari.
Katanya, siasatan menunjukkan mangsa telah masuk ke tandas bersama anaknya namun disyaki terjatuh melalui tingkap tandas.
Siasatan lanjut diteruskan untuk mengetahui punca mangsa jatuh bersama dengan anaknya.
Sumber: Utusan Borneo
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI