Urus Anak Seperti Hero, Ucapan Puteri Sarah Undang Sebak Ramai! “Bukan Senang Besarkan Anak Tanpa Suami” -Netizen

Share

Bersempena dengan Hari Ibu yang diraikan di Malaysia, Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin telah memuat naik video kehidupannya bersama anak-anak iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Dalam perkongsian yang dibuat, Puteri Sarah mengucapkan terima kasih kerana menjadikannya seorang ibu yang cukup kuat dalam membesarkan anak-anak.

Dia juga berterima kasih peranan ‘ibu’ menjadikannya manusia lebih baik dan mempunyai tujuan yang lebih besar dalam kehidupan terutamanya kepada anak-anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada selebriti berkenaan.

Mereka juga menyatakan bahawa Puteri Sarah merupakan salah seorang contoh wanita kuat yang berjuang demi kebahagiaan diri dan anak-anak sehingga ramai yang terinspirasi dengan ketegasannya.

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
NuFa