Bila anak batuk non stop ni, selalunya selain makan ubat, urut atau picit di point tertentu pun boleh legakan batuk.

Bagi Puan Yatie Eimra yang juga seorang ibu, teknik urutan ketika anaknya batuk antara alternatif yang dibuat selain makan ubat dan kesannya pun sangat cepat.

Macam yang pernah saya beritahu sebelum ni, saya belajar sikit-sikit dari tukang urut/reflexologist, pembacaan buku & online untuk kegunaan masa terdesak. Selama ni saya hanya urut diri sendiri, anak & suami serta famili terdekat. Tapi 2 hari sebelum raya tahun lepas, saya berkesempatan urut mak mertua yang asyik batuk non stop. Syukur alhamdulillah batuk beliau beransur reda setiap kali diurut.

Sebenarnya kesan urutan acupressure/refleksologi ni lebih cepat nampak pada bayi & anak kecil berbanding pada orang dewasa. Jadi tak salah jika mak-mak yang ada anak kecil ni belajar. Lebih²-lebih lagi anak bawah umur 2 tahun tak boleh diberikan ubat batuk.

Urutan Di Dada, Belakang Badan Dan Tapak Tangan Boleh Kurangkan Batuk Anak Yang Lama
Posisi jari masa picit. Tak semestinya guna ibu jari ye. Boleh guna mana² jari ikut keselesaan

Jadi selain gunakan teknik tepuk percussion, daun herba, boleh juga gunakan urutan refleksologi/acupressure sebagai salah satu kaedah alternatif. Dulu reflexologist pernah beritahu, setakat nak urut diri sendiri/anak kita tak perlu jadi betul-betul mahir. Walaupun point yang diurut tu tak berapa tepat (kena sikit-sikit je) tapi simptom tetap boleh reda kalau lakukan dengan konsisten.

Tip Mengurut 

?Kalau boleh, mak² cari setiap point yang saya tunjukkan ni pada diri sendiri dahulu supaya lebih mudah faham. Bila dah tahu kedudukan setiap point, lebih mudah nak urut/picit anak nanti.

?Sebelum urut, sebaik²nya sapukan minyak pada kawasan nak diurut untuk memudahkan proses urutan. Biasanya saya sapukan minyak bawang putih atau boleh juga gunakan vicks (boleh gunakan vicks baby balsam jika anak bawah 2 tahun).

?Jika anak baring, kedudukan kepala perlu ditinggikan sikit supaya saluran pernafasan tak terganggu/tersekat.

?Bayi setahun ke bawah, memadailah urut pada tapak kaki & tapak tangan je.

?Jika urut anak kecil/warga emas, JANGAN TEKAN/PICIT DENGAN TERLALU KUAT. Urut point gunakan hujung jari dimulai dengan perlahan & tambahkan sikit tekanan (sederhana kuat).

?Urut membulat selama 2-3 minit, kemudian tekan/picit je (tekan kuat sikit) dalam 3-5 saat lagi untuk rangsang refleks dalam tubuh badan.

?Perlu urut kedua² belah tapak tangan/kaki untuk organ yang mempunyai dua bahagian (contohnya paru² kanan & kiri)

IKLAN

?Buat urutan dengan kerap sekurang²nya 2-3x sehari untuk dapatkan kesan terbaik.

?Sebaik²nya lepas urut galakkan anak minum air untuk singkirkan toksin yang terhasil dalam badan

Point Untuk Redakan Batuk 

Ada banyak point yang saya tunjukkan kat sini, tapi mak² tak perlu urut semua sekali. Urut pada bahagian yang paling senang/bahagian yang dapat dicapai. Macam saya, bila anak baring selalunya saya akan urut bahagian dada & tapak kaki. Tapi kekadang masa kat luar atau dalam kereta, bila susah nak urut bahagian dada, saya urut bahagian belakang & juga tapak tangan.

Sebenarnya banyak lagi refleks point lain, tapi saya cuma tunjukkan point yang senang nak ingat & point yang selalu saya gunakan je.

Point di Bahagian Dada

Urutan Di Dada, Belakang Badan Dan Tapak Tangan Boleh Kurangkan Batuk Anak Yang Lama
Mak² cuba cari point pada diri sendiri dahulu. Selalunya point A ni akan terasa sakit sikit (ouch spot) jika dipicit.

? Point A
• Urut point ni untuk hentikan batuk secara beransur²
• Melegakan batuk, sesak nafas, sakit tekak, bronchitis & pedih hulu hati.

Urutan Di Dada, Belakang Badan Dan Tapak Tangan Boleh Kurangkan Batuk Anak Yang Lama
Picit point A untuk hentikan batuk secara tiba²/non stop

? Point B
• Kuatkan sistem imun, meredakan batuk serta masalah berkaitan pernafasan yang lain (sakit tekak, kahak, asthma, dll)

IKLAN

Urutan Di Dada, Belakang Badan Dan Tapak Tangan Boleh Kurangkan Batuk Anak Yang Lama

? Point C
• Merupakan refleks point yang penting untuk penyakit berkaitan paru-paru
• Meredakan batuk, bunyi wheezing, asthma serta sakit dada.

Urutan Di Dada, Belakang Badan Dan Tapak Tangan Boleh Kurangkan Batuk Anak Yang Lama
Gambaran lebih details untuk point C

Point di Bahagian Belakang

? Point D
• Kedudukannya pada tulang belakang, berdekatan hujung tulang belikat.
• Meredakan batuk, asthma, sakit di bahu dan belakang.

Urutan Di Dada, Belakang Badan Dan Tapak Tangan Boleh Kurangkan Batuk Anak Yang Lama

? Point E
• Melegakan batuk & sesak nafas

Point di Tapak Tangan

IKLAN

? Urut secara membulat pada refleks point untuk “paru-paru” bagi meredakan/menghentikan batuk

Urutan Di Dada, Belakang Badan Dan Tapak Tangan Boleh Kurangkan Batuk Anak Yang Lama
Boleh juga picit refleks point “paru-paru” di tapak tangan untuk hentikan batuk secara tiba²/non stop

Optional:
? Picit refleks point “pituitary” pada ibu jari untuk merangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan.

Point di Tapak Kaki

? Urut secara membulat pada refleks point untuk “paru-paru” bagi meredakan/menghentikan batuk

Urutan Di Dada, Belakang Badan Dan Tapak Tangan Boleh Kurangkan Batuk Anak Yang Lama
Boleh juga picit refleks point “paru-paru” di tapak kaki untuk hentikan batuk secara tiba²/non stop

Optional:
? Picit refleks point “pituitary” pada ibu jari kaki untuk merangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan.

Urutan Di Dada, Belakang Badan Dan Tapak Tangan Boleh Kurangkan Batuk Anak Yang Lama
Kedudukan kelenjar pituitari pada ibu jari tangan & ibu jari kaki.
  • Perlu diingatkan ye, urutan refleksologi/acupressure ni BUKAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT tapi sekadar kaedah alternatif untuk MENGURANGKAN SIMPTOM. Pastikan dapatkan rawatan doktor sekiranya perlu.
  • Selalunya batuk jadi makin teruk pada waktu malam disebabkan keadaan cuaca yang sejuk. Kalau mak² perasan, masa batuk teruk ni dada anak pun akan terasa sejuk je bila disentuh. Sapukan minyak bawang putih/vicks/minyak hangat sebelum anak tidur untuk kurangkan batuk.
  • Batuk gak jadi teruk tiap kali bila bangun tidur. Ini disebabkan mucus yang terkumpul dalam dada & saluran pernafasan masa tidur tu.

*Dalam video saya tunjukkan cara cari point berdasarkan kedudukan tulang selangka (collar bone). Anak yang berbadan kurus, senang nampak tulang selangka tapi anak yang berbadan agak berisi/chubby, kena cari kedudukan tulang selangka dulu. Step ni saya tunjuk untuk mudahkan mak² cari kedudukan setiap point. Sok² dah tau kedudukan point, tak perlu la cari kedudukan tulang selangka ni tiap kali nak picit.

Urut refleks point untuk paru-paru secara membulat dengan tekanan konsisten selama 2-3 minit ye. Kemudian tekan kuat sikit selama 3-5 saat. Refleks point untuk pituitari pada ibu jari tu optional je. Tapi saya suka picit kawasan ni masa anak nampak lemah/letih sebab batuk supaya anak lebih relaks

*Boleh rujuk makanan kurangkan mukus dalam album menu anak tak sihat
*Untuk info tentang teknik percussion & daun sirih, boleh klik link post lame ye

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1940673562627551&id=100000547782708

Sumber: Yatie Eimra

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI