Mak-mak dah bersedia bila anak mula mengalami teething?Teething ialah proses gigi nak tumbuh keluar. Gigi susu pertama akan mula tumbuh lebih kurang umur baby 6 bulan.
Tanda-tanda yang biasa dapat dilihat ialah:
1. Anak kuat merengek, disebabkan sakit dan tidak selesa.
2. Suka menggigit. Tindakan si anak untuk kurangkan sakit pada gusinya.
3. Air liur meleleh. Baby tak tutup mulut sebab tak selesa gigi nak keluar.
4. Demam dalam sesetengah kes.
Persoalannya, perlu ke ubat tahan sakit seperti dalam bentuk gel, untuk masalah teething?
Bergantung. Sakit ini bergantung pada masing-masing. Ada baby kuat, ada baby tak tahan. Kalau hendak guna, adalah lebih baik dapatkan nasihat doktor dulu.
Ini beberapa tips untuk atasi sakit teething pada anak kita:
1. Urutkan gusi anak kita pada tempat gigi nak tumbuh. Gunakan kain bersih yang dilembapkan dengan air sejuk, kemudian urut-urut di sekitar gusi.
2. Gunakan teether. Banyak dijual. Tips gunakan teether, masukkan dalam peti sejuk beku (freezer) dulu. Sudah jadi ais, baru bagi anak gigit.
3. Bagi kain bersih untuk dia gigit.
4. Lapkan juga air liur yang meleleh. Kalau dibiarkan nanti boleh menjadi ruam.
5. Sabar. Anak mungkin akan kuat menggigit ketika menyusu badan. Ini memang menguji kesabaran.
6. Bawa anak ke klinik sekiranya mengalami demam.
7. Sebarang ubat-ubatan, perlulah dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu lebih-lebih lagi untuk baby yang berumur kurang daripada 2 tahun.
Bila anak dah mula tumbuh gigi, datang satu lagi tanggungjawab, iaitu kita nak pastikan gigi susu itu dijaga dengan baik.
Elakkan mereka tidur dengan botol susu dan bantu mereka bersihkan gigi setiap hari. Boleh kan?
Sumber: Dr.Iqbal Rosali,Pegawai Pergigian
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Keluar Ikut ‘Pintu’ Atau ‘Tingkap’, Bukan Ukuran Hebatnya Seorang Ibu Waktu Bersalin
Dikurniakan anak sudah tentu menjadi idaman setiap wanita berkahwin. Jika tiada sebarang komplikasi, kelahiran secara normal amat digalakkan. Melahirkan melalui pembedahan biasanya dibuat jika ibu mempunyai masalah dengan kehamilannya.
Terdapat perbezaan dalam prosedur kedua-dua jenis kelahiran ini. Ada pendapat yang mengatakan kelahiran normal lebih baik berbanding pembedahan, tetapi setiap ibu yang bertarung nyawa untuk bersalin harus diberikan penghargaan.
Artikel Menarik: [Sakit Kontraksi Memang Tak Boleh Kongsi, Tapi Rajin-Rajinlah Manjakan Isteri. Mudahkan Dia Bersalin]
Kenali dua jenis kelahiran ini dengan lebih dekat agar anda dapat memahami konsepnya. Pa&Ma mendapatkan penerangan lanjut tentang kelahiran normal dan pembedahan ini daripada Dr. Khamsiah Muda, Pengasas dan Pakar Obstetrik & Ginekologi di Andorra Women and Children Hospital.
KELAHIRAN NORMAL
Kelahiran anak secara normal adalah proses pada akhir kehamilan, iaitu janin keluar dari rahim ibu melalui vagina tanpa menggunakan bantuan peralatan seperti vakum atau forcep. Proses kelahiran normal boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.
Fasa Pertama
Kelahiran bermula dengan mulanya fasa pertama proses kelahiran. Pada waktu ini, Rahim akan mengecut setiap 10-30 minit pada awalnya dan ia berlaku untuk jangka masa 40 saat. Kemudian, kadar pengecutan rahim akan meningkat perlahan-lahan setiap dua minit. Setiap kali Rahim mengecut, pangkal rahim akan membuka sehingga mencapai kelebaran 10sm.
Situasi inilah yang kita panggil kontraksi. Pada waktu inilah para ibu akan merasa sakit sementara menunggu pintu rahim terbuka sehingga 10sm agar bayi dapat melalui pintu vagina untuk menjayakan kelahiran normal. Biasanya pangkal rahim diselaputi lapisan mukus yang menolong mencegah jangkitan. Lapisan ini akan dikeluarkan sebelum proses kelahiran bermula. Selepas itu, proses seterusnya adalah kepecahan air ketuban.
Fasa Kedua
Dalam fasa kedua kelahiran, bayi dikeluarkan dari rahim melalui vagina. Ia akan berlaku apabila otot rahim dan abdomen mengecut dengan kuat. Dalam kes kelahiran normal yang biasa, kepala bayi akan dikeluarkan terlebih dahulu.
Sekiranya bayi berkedudukan songsang, bahagian punggung akan dileuarkan terlebih dahulu. Dalam keadaan ini, kaki bayi terlipat ke atas. Jika ini kes ibu yang pertama kali melahirkan, bayi berkemungkinan harus dikeluarkan melalui pembedahan caesarean. Selepas dilahirkan, tali pusat bayi yang menghubungkan bayi kepada uri akan dikapit dan di potong.
Fasa Ketiga
Fasa ketiga kelahiran berlaku lebih kurang ¼ – ½ jam selepas bayi dilahirkan. Kemudian uri akan dikeluarkan. Uri bersambung kepada bayi melalui tali pusat yang terdiri daripada saluran darah dan tisu kolektif.
PEMBEDAHAN CAESAREAN
Pembedahan caesarean adalah pembedahan di mana pakar obstetrik membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. Pembedahan untuk melahirkan anak merupakan pembedahan besar yang paling biasa dalam kalangan wanita.
Artikel Menarik: [Waktu Scan Anak Pertama, Nampak ‘Bird’. Berkemungkinan Mama Bersalin Lambat Dari EDD]
Kelahiran melalui pembedahan akan dsyorkan oleh doktor jika kelahiran secara normal didapati berisiko tinggi. Namun demikian, prosedur ini juga boleh dijalankan dia atas permintaan si ibu.
Bila Proses Bersalin Caesarean Bermula?
Setelah usia kehamilan mencapai 38 minggu Bayi akan dikeluarkan melalui belahan di perut ibu dan bukan dari faraj. Sebelum pembedahan dimulakan, doktor akan menjalankan pembiusan epidural sehingga kawasan perut ke kaki (half body bius) supaya si ibu berasa kebas.
Semasa proses pembedahan, para ibu berada dalam keadaan sedar. Hanya dalam kes tertentu, pembiusan penuh akan dilakukan. Bagi mengelakkan iu berasa panik, doktor kebiasaannya akan mmberi ubat penenang supaya mereka lebih santai ketika proses pembedahan dijalankan.
Mengapa Perlu Dibedah?
Terdapat beberapa kes kehamilan yang memerlukan ibu menjalani kelahiran melalui pembedahan:
- Plasenta Previa
Semasa mengandung, rahim mengembang dan plasenta (uri) yang normal akan melebar menjauhi serviks. Plasenta previa adalah keadaan di mana uri tetap berada di bahagian bawah rahim atau dekat dengan serviks sehingga menutup pintu laluan kelahiran.
- Plasenta Luruh (Abruption)
Keadaan ini apabila plasenta terpisah dari dinding rahim seblum tarikh kelahiran. Apabila ia berlaku dikhuatiri bayi akan terputus bekalan nutrisi dan oksigen. Dalam sesetengah kes, jika ini terjadi bayi akan dilahirkan pra matang.
- Kehamilan songsang
- Tali pusat jatuh (Cord Prolapse)
Jarang berlaku. Tetapi jika terjadi, pembedahan segera perlu dibuat kerana tali pusat terkeluar melalui serviks dan vagina sebelum bayi dilahirkan.
- Bayi lemas (Fetal Distress)
Bayi lemas apabila kekurangan bekalan oksigen ketika dalam kandungan. Ia dikesan melalui tanda denyutan jantung bayi yang menjadi perlahan berbanding kadar normal.
- Bukaan lambat
Jika bukaan rahim terlalu lambat, tidak terbuka pada kadar sekurang-kurangnya 0.5sm setiap jam dalam tempoh empat jam, pasti ada masalah.
- Pembedahan ulangan
- Ibu mengalami masalah darah tinggi atau kencing manis semasa hamil
- Masalah tumbesaran bayi
Jika tumbesaran bayi terbantut, bayi mudah lemas semasa proses kelahiran.
- Bayi kembar
Bayi kembar boleh dilahirkan melalui kelahiran normal, tetapi sesetengah kes ibu terpaksa dibedah bergantung kepada posisi bayi, berat badan mereka serta usia dalam kandungan.
Artikel Menarik: [Takut Sakit Terlalu Lama, Doktor Kongsi Makanan Ini Percepatkan Proses Kelahiran]
Biar apa pun jenis kelahiran seorang ibu, ia merupakan pengorbanan terbesar seorang wanita. Kedua-dua jenis kelahiran sama hebat dan sama sakitnya. Selepas melahirkan bayi, jagalah kesihatan dan ikutlah saranan doktor agar segera sembuh. Jika ada ibu yang mahu bersalin secara pembedahan walaupun tiada sebarang komplikasi ketika hamil, itu bergantung kepada pilihan masing-masing. Setiap kelahiran mempunyai risiko tersendiri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Geram Sangat Dengan Mak Ayah Yang “Selfish” Bawa Anak Jalan-Jalan Walaupun Anak Sakit. Penyakit Mudah Berjangkit
Sebagai ibu bapa, jika anak-anak tidak sihat atau terkena penyakit yang boleh berjangkit kebiasaanya akan dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk banyakkan berehat di rumah. Penyakit berjangkit boleh merebak dan menyerang kanak-kanak lain terutama bayi yang mana imunisasi tubuh bayi masih belum kuat.
Tapi masih ada yang berdegil dan membawa anak yang tidak sihat ke tempat terbuka seperti taman permainan ataupun pusat membeli belah. Dietitian Fizah Sobr berkongsi pengalaman beliau berhadapan dengan situasi ini dan beliau menasihati supaya ibu bapa menjaga pemakanan anak-anak supaya dapat pulihkan tenaga anak yang sedang sakit.
Seorang ayah tengah mendukung anak di tengah tengah tempat membeli belah
Anaknya kelihatan lemah,longlai, dan tidak bertenaga..Tetapi yang menarik perhatian saya kepada pasangan ayah anak ini adalah kulit anaknya. PENUH DENGAN BINTIK MERAH YANG BERNANAH. Aku sangat geram, mak pak yang selfish.
‘Maaf Encik, kenapa dengan anak encik ye..’
” Kena chickenpox”
‘ Kenapa bawa jalan jalan encik…bahaya…boleh jangkit orang lain’
” Alaa bosan duduk rumah…”
Tarik nafas dalam dalam sebelum nak membebel
Mommy, daddy mak, ayah, papa, mama sekalian
Tahukah anda dengan membawa anak keluar quarantine waktu tengah sakit yang senang berjangkit bukan sahaja membahayakan orang lain tetapi MEMBAHAYAKAN NYAWA ANAK ANDA JUGA !!!
Apabila anak tengah sakit IMUN SISTEM DOWN
Pada asalnya badan anak boleh lawan penyakit lain seperti demam, selsema dan lain lain
Tapi kalau dalam keadaan ini bawa keluar..orang lain bersin sikit.. terus akan berjangkit dekat anak
Senang sangat nak kena jangkitan lain ..
mungkin tindakan si ayah bawa anak keluar ini anak dah terkena jangkitan lain seperti HFMD, atau Rotavirus
Jika bergabung banyak banyak penyakit ini boleh MEMBAWA MAUT !!!
Apa yang boleh diberi untuk bantu pulihkan tenaga anak nak melawan penyakit ni?
1. Pastikan hidrasi cukup
– minum air yang berkhasiat seperti air kosong, fresh juice, susu…bukan sahaja ada air tetapi juga ada zat yang boleh menggantikan zat yang hilang melalui muntah/cirit birit
2. Bagi makanan sejuk dan senang ditelan
– makanan sejuk seperti pudding (custard,creme caramel,dlll), ice cream (boleh buat di rumah menggunakan susu), smoothie buah (buah campuran ice cream/full cream milk)
– senang ditelan dan tidak pedas..boleh ubah dari nasi biasa ke bubur, meehoon/kuehteow/mee soup/ladna/tomyam putih, kentang lenyek dan lain lain
3. Elakkan makanan berlemak dan berminyak
– ini boleh meningkatkan rasa loya dan keberangkalian anak muntah
Tolong quarantine di rumah…ada sebab kerajaan memberi cuti quarantine..
Nak bagi mak ayah teman anak mereka yang sakit DI RUMAH sehingga sembuh betul betul..
Rasanya patut ketua jabatan buat surprise call atau mintak whatsapp LIVE location..baru tahu betul betul ke anak buah tengah cuti kuarantin ke tengah merayau rayau
Kalau bukan di rumah cuti kuarantin tolak dari cuti rehat
Terlalu ramai menyalahgunakan kemudahan yang diberi
Sumber: Dietitian Fizah Sobr
www.nasihatdiet.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baru Usia 5 Tahun, Hanif Disahkan Menghidap Penyakit Buah Pinggang. Jalani Dialisis Air 10 Jam Semalam
Siapa sangka anak yang baru berusia 5 tahun, aktif dan lasak tiba-tiba disahkan menghidap penyakit buah pinggang. Akibatnya, tatkala anak-anak lain seusianya bermain gembira, lain pula dengan Muhammad Hanif yang perlu menjalani Dialisis Peritoneal Automatik (APD).
Menurut Norhayani Nayan, 39 dan suami, Ahmad Hafiez Garigis, 41 penyakit yang dihidapi oleh anak keempatnya itu tidak dapat dikesan daripada awal. Bermula dengan demam, Hanif seterusnya dikesan mempunyai masalah dengan buah pinggang.
Lasak & Aktif
Menurut Norhayani atau mesra dipanggil Yani, penyakit Hanif itu tidak dapat dikesan daripada awal.
“ Hanif atau kami panggil Anip, seorang anak yang lasak dan aktif walau pun sejak kecil dia menghidap asma, tapi terkawal. Cuma, dalam tempoh dua ke tiga bulan sebelum disahkan sakit buah pinggang, dia kerap jatuh sakit.
“ Pada satu hari, dia demam dan saya dan suami bawa dia ke hospital Alor Gajah. Doktor ambil ujian darah dan didapati HB dia rendah iaitu 5. Doktor kemudian pindahkan Anip ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut. Di sana, sekali lagi dia menjalani ujian darah dan kali ini keputusannya lebih mengejutkan.
“ Doktor beritahu kami, kretinen dan ureanya tinggi dan keesokan hari Anip menjalani ujian ultrasound dan doktor sahkan dia ada masalah buah pinggang.
Terdapat cyst di dalam buah pinggang kiri, iaitu polycystic left kidney. Cyst sudah penuh dalam buah pinggang kiri dia tapi buah pinggang kanan masih ok. Memandangkan Hospital Melaka tak ada pakar nefrologi kanak-kanak, doktor cadangkan Anip dihantar ke Hospital Tunku Jaafar, Seremban atau HKL. Akhirnya saya memilih Hospital Tunku Jaafar kerana lebih dekat dengan tempat tinggal saya di Melaka,” ujar Yani memulakan bicaranya.
Yani juga mengalami masalah batu di luar buah pinggang namun keadaannya tidak serius. Manakala suami dan anak-anak yang lain sihat. Empat lagi anaknya ialah Nurul Liyana, 14, Hafizul Rahman, 13, Mohammad Afiq Fitri, 7, Nordiyana Hani, 3.
Dialisis waktu tidur
Dialisis Peritoneal Automatik (APD) ialah mesin dialisis waktu tidur, 10 jam sepanjang malam. Di sini, pertukaran atau kitaran larutan dialisis dilakukan oleh mesin semasa tidur. Sebelum tidur, kateter akan disambungkan kepada mesin APD yang diletakkan berhampiran katil. Menurut Yani, kesihatan Anip semakin baik selepas menjalani rawatan ini.
Yani bersyukur kerana semua kos ditanggung oleh Hospital Tunku Jaafar Seremban. Anip bertuah kerana doktor nefrologi buah pinggang kanak-kanak iaitu Dr. Caroline dan Dr. Lee mencadangkan Anip untuk menggunakan mesin APD.
Mulanya Sukar Tapi Kini Reda
Yani mengakui, agak sukar pada mulanya untuk terima keadaan Anip.
“ Tak ada ibu bapa yang boleh terima anak mereka menghidap penyakit kronik secara tiba-tiba. Tapi lama-kelamaan saya reda dengan keadaan Anip. Apabila lihat dia di dalam wad berseorangan, luluh hati saya. Hospital bagaikan rumah kedua, anak-anak lain ditinggalkan di rumah kerana saya perlu menjaga Anip di wad. Mujur ada mak dan ayah serta ahli keluarga yang lain yang jaga anak-anak lain di rumah.
“ Setelah menjalani rawatan APD, Anip jadi lebih sihat dan aktif serta menjalani hidup seperti biasa. Cuma dia kena elakkan yang berkaitan air, contohnya mandi kolam. Kawasan yang dipasang dengan tiub di perut tak boleh terkena air untuk menggelakkan risiko jangkitan.
Lebih Sensitif Sejak Sakit
Menurut Yani, emosi Anip lebih sensitif sejak dia sakit. Disebabkan dia seorang yang aktif, Yani juga perlu mengawasi Anip supaya adik beradik yg lain tidak tersentuh kawasan perut ketika bermain. Kebersihan tempat rawatan juga perlu dititikberatkan supaya mengurangkan risiko jangkitan.
“ Selain daripada itu, saya kena memantau ubat-ubatan yang perlu diambil, juga pengambilan jumlah air harian iaitu 700ml. Banyak juga yang Anip perlu pantang terutama makanan bergaram dan yang tinggi fosfat.
“ Dengan melihat orang yang lebih susah daripada saya, telah memotivasikan diri supaya lebih tabah dan kuat supaya Anip lebih sihat serta boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain,” akhiri Yani menutup perbualan.
sumber: Mingguan Wanita
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI