Pernah tak terdetik di hati sesekali kita membandingkan pasangan kita dengan orang lain. Jika ya kita kena faham pasangan kita tu mungkin tak sama macam pasangan orang lain. Tapi itu tak bermakna dia tidak boleh menjadi yang terbaik untuk diri kita.
Tak perlu cuba membandingkan seseorang yang mencintai, menyayangi dan mengasihi diri kita dengan yang lain. Dalam hidup ini, jangan terlalu cuba sangat untuk mengejar kesempurnaan kerana kesempurnaan itu tiada pada manusia.
Berikut perkongsian dari Firdaus Shakirin yang berkongsikan tip kebahagiaan rumah tangga dan keibubapaan.
1. Cari persamaan 2. Raikan dan hormatilah perbezaan
Mungkin ada yang kata, pasangan kita ini cerminan kepada diri kita. Jika benar seperti yang dikata, maka jika pasangan tidak solat, maka anda pun tidak solat. Jika pasangannya panas baran, maka anda pun panas baran.
Ads
Cermin sifatnya memantul. Apa yang ada pada diri kita, ianya tetap sama di dalam cermin yang kita lihat namun realitinya berbeza.
Ada yang memiliki pasangan tidak solat, tapi dia solat. Dia sentiasa menegur pasangannya untuk solat. Ada yang memiliki pasangan panas baran, tapi dia jenis bersabar…dia sentiasa cuba bersabar bila pasangannya hilang kawalan.
JODOH ITU SEBENARNYA BERSIFAT MELENGKAPI. KEKURANGAN PASANGAN DILENGKAPI DAN DIISI DENGAN KELEBIHAN YANG ADA PADA DIRI KITA SENDIRI. JUSTERU ITU, LENGKAPILAH SESIAPA PUN YANG JADI PASANGAN KITA PADA HARI INI DENGAN SIFAT-SIFAT SERTA SIKAP-SIKAP YANG KITA MILIKI PADA DIRI KITA SENDIRI SUPAYA PERHUBUNGAN ITU MAMPU DITERUSKAN DAN DIKEKALKAN HINGGA KE SYURGA ALLAH SWT.
Ingat pasangan yang sempurna hadir apabila kita memberi, bukan mencari.
Memilik zuriat dan cahaya mata merupakan salah satu nikmat terindah dalam kehidupan setiap pasangan manusia. Anak yang dipelihara sejak kecil ini bukan sahaja dapat menyerikan kehidupan sesebuah rumah tangga, malah menjadi kunci rezeki kepada keluarga.
Justeru itu, tidak hairan jika ada golongan selebriti turut mengambil peluang memelihara anak angkat sejak kecil dan memberikan mereka kasih sayang secukupnya.
Malah, ada juga yang masih bujang dan belum berkahwin turut memiliki anak angkat.
7 selebriti yang mempunyai anak angkat!
1. Hael Husaini
Penyanyi Hael Husaini mengambil anak angkat perempuan diberi nama Halena Hael yang kini berusia tiga tahun.
Hael berkata dia mahu Halena membesar seperti kanak-kanak lain dan menasihati orang ramai yang mempunyai hasrat untuk mengambil anak angkat tidak ragu-ragu meneruskan niat mereka itu.
Kasih sayang yang ditunjukkan Hael terhadap anak angkatnya itu boleh disaksikan oleh peminat menerusi Instagram khas yang diwujudkan untuk Halena.
2. Achey
Pasangan pelawak Achey dan isteri Nor Hasanah mengambil anak angkat yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah pada Mei 2018.
Achey pernah berkata kehadiran bayi perempuan yang kini berusia dua tahun itu merupakan hadiah terindah daripada Allah.
Pasangan ini juga dilihat begitu menyayangi Tiara dan mereka kerap berkongsi foto dan video anaknya itu di laman Instagram.
Memang berubah kehidupan Achey dan isteri! Semakin bahagia dengan adanya Tiara.
3. Datin Seri Umie Aida
Pada Julai tahun lalu, Datin Seri Umie Aida berkongsi berita gembira tentang kehadiran seorang bayi perempuan comel menjadi anak angkatnya.
Bintang filem Dukun itu telah berkongsi foto pertama bayi tersebut yang diberi nama Aisya Humaira.
Kehadiran bayi itu dianggap rezeki tidak ternilai daripada Allah SWT, sekali gus menjadikan usia 10 tahun perkahwinan Umie dan suami lebih bermakna.
Sebelum ini, Umie sudah memiliki dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhelmy, 25, yang berada di bawah jagaannya semenjak kedua-duanya masih kecil.
4. Stacy
Semua orang sudah mengetahui penyanyi Stacy Anam memiliki seorang anak angkat yang dipelihara sejak kecil iaitu Bella Valentina atau gelaran manjanya Beya.
Kanak-kanak itu kini berusia lapan tahun dan sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
Malah, Stacy dan suami Akim Ahmad memberikan kasih sayang secukupnya terhadap Beya dan keluarga ini bertambah bahagia dengan kehadiran Eshaal.
5. Erma Fatima
Penerbit serta pelakon Erma Fatima mempunyai lima orang anak angkat yang dipelihara sejak kecil.
Lima orang anak angkatnya itu ialah Syamil Ikhwan, 25, Ahmad Arir, 23, Ahmad Aifin, 21, Citra, 17 dan Nurain, 12.
Menerusi Instagram, Erma sering berkongsi aktiviti bersama mereka dan kerap menerima pujian peminat yang mengagumi cara Erma melayan keluarga.
6. Abby Abadi
Tidak sampai sebulan mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh, pelakon Abby Abadi mendedahkan dia menerima pula bayi perempuan.
Abby memberitahu bayi comel itu diberi nama Maisara Dayana Fathia dan menyifatkan ia sebagai rezeki daripada Allah.
Abby dan suami Faizal Zakaria menerima kehadiran dua orang anak angkat pada tahun 2018.
Meskipun sudah memiliki tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu dengan aktor Norman Hakim.
Namun, Abby tetap memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada dua orang anak angkat mereka ini.
7. Misha Omar
Penyanyi popular Misha Omar juga turut mengambil anak angkat lelaki pada tahun 2007 yang diberi nama Mohd Adam Emir.
Selepas itu, Misha mengambil seorang lagi anak angkat perempuan bernama Humaira Lateefa.
Setelah berkahwin dengan seorang juruterbang, Misha dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Idris Ezzwa.
Multi-fokus yang melelahkan! Biasa tak jadi macam ni. Sambil masak, sambil basuh kain, sambil bagi anak makan, sambil dengar audio, sambil jawab soalan anak, sambil macam-macam. Haa….ada yang kata para wanita ni memang itulah kelebihannya, MULTI-TASKING.
Ingat sehebat-hebat wanita pun bila dipaksa buat macam-macam dalam satu masa, akan ada satu ‘letupan’ dalam diri. Jika keadaan ini tak dikawal, tak mustahil ramai golongan wanita akan rasa stres sepanjang masa dan akhirnya memberi impak tak baik untuk terus menjadi hero dalam keluarga.
Perkongsian Ibu Rose yang banyak menulis mengenai ilmu keibubapaan dan rumah tangga sangat membantu dan dapat mengembalikan semula semangat wanita yang bergelar isteri dan ibu.
Badan akan rasa teramat penat
Tapi, perasan tak, bila dah multi banyak sangat, akhirnya apa jadi pada mak ni adalah kepenatan yang teramat sangat. Penat mental, fizikal dan emosi. Habis drain tenaga.
Apa yang lebih mengharukan adalah, hasil kelelahan itu semua tiada sempurna. Banyak kekurangannya, banyak yang tidak selesai. Paling utama, sang ibu menjadi sangat tidak produktif dihujung hati. Hati rasa tak happy dan mudah meledak dek kerana kepenatan itu.
“Tapi Ibu, saya tak ada pilihan. Anak saya ramai. Saya bekerja. Bila balik, semua nak kena hadap. Nak tak nak tetap kena uruskan. Kalau nak harapkan suami..emm..lagi saya sakit hati.”
Sayang..tau tak apa silap mu. KESEMPURNAAN.
Baju, perlu disidai begini, kain perlu dilipat begini, rumah mesti berkeadaan begini, anak-anak mesti selesaikan tugasan begini-begini, aktiviti mesti dilakukan begini-begini, nak hasil jadi begini-begini.
Bila tak tercapai ‘expectations’ itu, apa yang terhasil adalah STRESS, TERTEKAN, BENGANG. Akhirnya, menyalahkan diri sendiri atas ‘kegagalan’ yang tidak diingini.
Kita bukan ROBOT
Sayang, sedarilah sesungguhnya anda bukanlah ROBOT. Anda adalah manusia yang perlu waktu rehat, yang perlu belaian kasih, yang perlu masa ketenangan.
“Ibu..tak boleh. Anak saya kecik-kecik. Tak boleh ‘deligate’ kerja. Bila suami dah tolong tengokkan anak-anak, saya dah syukur sangat. Tapi, betullah kata Ibu, saya masih ada satu perasaan ‘kekosongan’ dalam jiwa. Terkadang penat ini semua buat saya hampir menghamburkan air mata. Nak tak nak, tetap kena buat, tetap kena hadap.”
Sebenarnya kan sayang, yang buat kita penat bukan MULTI-TASKING tu, tapi sebab MULTI-FOKUS. Memang penat, bila dalam pemikiran tu banyak perkara yang diFOKUSkan dalam satu masa. Tengah masak, dalam fikiran ingat anak belum dimandikan. Sambil lipat kain, teringat wasap boss yang belum di ‘reply’. Sedang makan bersama suami teringat kain yang belum disidai. Hakikatnya, MULTI-FOKUS itu sangat tidak produktif, sangat tidak bagus. Jadi apa nak buat?
Kembali FOKUS. Lakukan satu persatu dengan hati yang tenang.
Suka Ibu kongsikan tips yang mudah buat sayang semua yang perlu MULTI-TASKING ni.
Mungkin sayang boleh cuba amalkan apa yang Ibu nak kongsikan ini.
1. Mulakan hari dengan TAHAJJUD.
Pada permulaan hari, SERAHKAN MASA,URUSAN dan TENAGA kepada MAHA PENCIPTA SEGALA. Peruntukan masa khas berkhalwat bersama Allah Taala. Luahkan segala apa yang terpendam. Mohon kekuatan kepadaNya. Zikir, selawat, baca Al-Quran dan berdoalah sebelum subuh. Ketika itu, Allah sedang turun ke langit dunia. Allah mahu mengampunkan sesiapa yang minta ampun dan mahu mengabulkan apa saja yang dimohon oleh hambaNya. Dengan menyediakan masa untuk Allah pada permulaan hari, InsyaAllah hari itu akan menjadi lebih efektif. Bahasa mudahnya hari menjadi lebih berkat. Banyak urusan selesai, dipermudahkan, hati rasa lapang dan sebagainya.
2. JADUAL
Adakan jadual yang realistik untuk aktiviti sepanjang hari. Pentingnya jadual ini, adalah supaya seluruh ahli keluarga tahu apakah aktiviti seharian. Maka rutin yang positif boleh dicipta. Apabila anak tahu apa yang harus dilakukan sepanjang hari, maka ini akan bina rasa selamat pada diri anak itu sendiri. Para ibu bapa juga boleh kurang ‘membebel’ kerana anak sedar apa yang patut dilakukan.
3. Bahagikan tempoh 24jam atau sistem MENGKHUSUSKAN -Definition of Space.
Cuba lihat dapur kita, semua ada lokasi khusus. Di mana pisau disimpan, kuali disangkutkan, rempah ratus disusun, tidak caca-marba. Maka, bila kita mahu masak dan masuk ke dapur, semua jadi mudah dan terurus. Begitulah dengan masa. Khususkan masa untuk ALLAH, SUAMI, ANAK-ANAK, URUSAN RUMAH, ME-TIME dan lain-lain.
Begitulah 3 tips mudah yang mungkin sayang boleh amalkan dalam kehidupan harian. Tak kisahlah sama anda perlu bekerja di luar atau WFH. Sungguh, bila mulakan hari dengan Allah, InsyaAllah, banyak perkara akan selesai dan dipermudahkan. Usahlah jadi wanita yang MULTI-FOKUS yang akhirnya akan memenatkan dan melelahkan. Malahan hasil yang tercita sangat minimum.
Cili kisar memang menjadi keperluan wajib bagi kita di rumah. Selain menjimatkan masa memasak, cili kisar tersedia lebih memudahkan mak-mak memasak di dapur. Pun begitu jika disimpan lama, cili kisar menjadi tidak segar dan berbau sedikit masam.
Macam mana nak pastikan cili kisar tahan lebih lama? Perkongsian pengguna Tik Tok, @mohdzulfadhli91 ini mak-mak kena cuba. Memang tahan lama sampai enam bulan. Kena cuba!
Rahsia cili kisar tahan lama sampai 5-6 bulan. Ini langkahnya.
Kisar kering cili terlebih dahulu. Lepas tu asingkan sekejap untuk buang bijinya.
Lepas dah asingkan bijinya, alirkan pada air sekejap.
Kemudian rebus sekejap.
Toskan.
Masuk air dalam blender dengan air dan sedikit minyak.
Kisar sampai halus.
Kemudian masak sekejap dengan sedikit minyak.
Biarkan masak sekejap dan masukkan cuka.
Masak sampai kering dan simpan dalam peti ais. Tahan sampai 5 hingga 6 bulan.
Saat sibuk membeli-belah baju raya, pasti ada juga yang sibuk menyediakan biskut raya. Ada yang memilih untuk membeli, tetapi tak kurang juga yang teruja...