Ads
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Beri Ruang Untuk Anak Serlahkan Potensi Diri. Perkongsian Ini Jelaskan Untuk Anak...

Beri Ruang Untuk Anak Serlahkan Potensi Diri. Perkongsian Ini Jelaskan Untuk Anak Tunjuk Kehebatan

Ads

Jangan risau jika anak masih belum serlah potensi diri kerana anak memerlukan masa untuk menunjukkan kehebatannya. Pendidik Ilmu Keibubapaan yang aktif mendidik kanak-kanak membaca dan menulis, Puan Noor Hayati Abdul Hamid  ini berpendapat bahawa setiap kanakk-kanak mempunyai kehebatan tersendiri. Ibu ayah baca sehingga habis kupasan ini supaya anda akan mengetahui bahawa ibu bapa itu perlu sabar dalam mendidik anak-anak untuk membantu anak mengenali dirinya sendiri. Ketahuilah bahawa enam tahun pertama adalah tahun kritikal untuk anak melakukan perkembangan dirinya secara positif. Jangan terlalu memaksa anak untuk lulus EXAM di tadika sedangkan mereka masih dalam proses belajar. Ikuti pendirian Puan Noor Hayati ini.

Siapa cipta konsep SEKOLAH ini ya?Konsep dan sistem sekolah yang dipraktikkan di seluruh dunia ?Masih relevan kah kini? Albert Einstein, Bill Gates dll yg tersohor adalah pelajar tercicir…..dan sgt berjaya outside the school system.
Apakah tujuan sekolah2 ini dibina pada mulanya? Adakah untuk menyeragamkan fikiran dan keupayaan pelajar mereka dan yang tak meet the standard dikira gagal?

Semakin maju sains dan teknologi semakin mundur nilai keHIDUPAN.Bergegas kesana kemari, sehingga terlupa apa yg diburu sebenarnya dalam hidup?Semakin ramai yang sakit walaupun wang berbukit.Dan tak kurang juga yang hidup terhimpit dalam masyarakat yang berduit.
Hidup di zaman siber tetapi perasaan dendam kesumat ,hasad dengki masih lagi berleluasa seolah kita berada di zaman gua. KESEIMBANGAN ilmu dan amalan dimana dia?

Sistem yang berjaya adalah sistem yang mampu membuat anak berhubung dengan kehebatan dan kelemahan diri mereka dan diberi peluang,ruang dan masa untuk perubahan dan pembelajaran berlaku langkah demi langkah dalam tahap dan kekangan persekitaran yg wujud. Berupaya akhirnya membina insan yang berani mengambil langkah perubahan untuk masyarakatnya.Sistem yang menghargai idea,kesungguhan,keunikan insan dan bertanggungjawab.Insan yang tidak senang menyerah kalah kepada situasi yang mngekangnya….

Ads

Beri Ruang Untuk Anak Serlahkan Potensi Diri. Perkongsian Ini Jelaskan Untuk Anak Tunjuk Kehebatan

SETIAP ANAK MEMPUNYAI KEHEBATANNYA

SETIAP insan ada kehebatannya tersendiri…..
Dalam budaya kita di malaysia yang suka membanding2kan anak kita dengan anak org lain, telah menghakis keseronokan anak meneroka, mencari-cari jawapan dan mengejar kecemerlangan dalam pembelajaran mereka. Ujian demi ujian telah membuat anak kaitkan belajar dengan tekanan dan hilang rasa seronok belajar.

Ads

Sekiranya anak KENALi diri mereka ,mereka akn menerima kehebatan mereka serta akur dengan kelemahan yang wujud pada diri masing2.Mereka akan berani mengambil langkah utuk majukan diri..dan berdisiplin cekal…sebaliknya anak yang mendapat straight As pun kalau tidak tahu mengurus diri,tidak tahu mana yang utama , mereka akan rasa songsang dan gagal dalam mengurus persekitaran dan kehidupan mereka .
Mengenali diri kita…kita akan memgenali Sang Pencipta kita yang Maha Agung.

Beri Ruang Untuk Anak Serlahkan Potensi Diri. Perkongsian Ini Jelaskan Untuk Anak Tunjuk Kehebatan

Ads

ANAK PERLU MASA BINA KEHEBATAN DIRI

Beri masa untuk anak kita bina kehebatan .Jangan terlalu mendesak sehingga ank kita rasa sesak dan sebak dengan kita.
Bantu anak dengan memberi harapan dan cara komunikasi kasih sayang dan tegas.Dalam dunia serba pantas anak harus connect dan tenteram menjadi diri mereka sendiri yang hebat…bukan menjadi orang lain yang hebat.

BERINTERAKSI dengan alam anak-anak akan berinteraksi dengan kuasaNya yang dapat dirasai melalui pemerhatian alam tumbuhan dan seumpamanya.Sekolah kini harus membawa kesan implikasi dalam kehidupan anak yang sebenar.
Learning is about LIFE not EXAMS..

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI