Memang ramai yang terpanggil untuk menyumbang tidak kira dari segi wang ringgit dan juga tenaga dalam membantu membendung penularan wabak Covid-19 yang melanda negara kita. Bukan sahaja dari golongan yang berkemampuan, malah anak yatim, asnaf dan OKU dari Rumah Pengasih Warga Prihatin turut melancarkan projek Pelangi iaitu menghasilkan pakaian kelengkapan PPE untuk petugas barisan hadapan yang sedang merawat pesakit Covid-19 ketika ini.
Dalam perkongsian Lufya di Instagram miliknya, Lufya menyatakan kalau dirinya ada kebolehan menjahit, pasti dia juga turut serta dalam usaha Rumah Pengasih untuk menjadih PPE buat frontliners. Namun disebabkan dia tiada kepandaian tersebut, apa yang boleh dilakukan adalah menyeru orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada mereka bagi menjayakan projek Pelangi yang dilancarkan.
Pada yang berminat untuk menghulurkan bantuan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek ini, boleh melayari www.projekpelangi.com atau terus membuat sumbangan melalaui Bank Rakyat di nombor akaun 110801001568 Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin
Kalau sister boleh jahit dah lama sis datang tolong jahitkan PPE sekali 😭 Malangnya tak pandai la.. Sis bantu la apa yang mampu ya adik-adik ku yang berhati mulia ni. Lufya terpanggil untuk menyebarkan usaha murni anak-anak yatim, asnaf, OKU dari Rumah Pengasih Warga Prihatin @prihatinrpwp yang menghasilkan sendiri pakaian kelengkapan PPE untuk pejuang Frontliner kita yang sedang merawat pesakit Covid 19 ketika ini. Malu sis kalau tak turut sama membantu apa yang termampu untuk menyokong usaha murni kalian.
Sedia maklum ketiadaan kelengkapan pakaian PPE di hospital mencetuskan idea mereka untuk melancarkan @projekpelangi bagi menerima sumbangan anda semua untuk menghasilkan lebih banyak PPE dan ada yang telah sampai kepada mereka.
Jom sama – sama kita hulurkan bantuan di saat-saat memerlukan ini. Jangan lah kita tunggu kaya untuk bersedekah dan melakukan kebaikkan, tetapi di saat kita sendiri tengah susahlah kita bantu orang yang lebih memerlukan. Tak percayakah kita pada janji Allah? Jangan takut Allah pasti gantikan dengan berlipat kali ganda pemberian anda semua ❤️
Klik www.projekpelangi.com
Atau juga melalui Bank Rakyat
110801001568
Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin
Terdahulu sebelum itu, Lufya ada memuat naik posting bersama si kecilnya yang comel Laanahaura sedang menikmati Arabic Rose Tea yang dibuat sendiri di rumah. Menurut Lufya, teh tersebut sesuai dan bagus buat sesiapa yang ada panic attact atau sedang tertekan.
Me & my minnie me having Arabic Rose Tea buat sendiri je kat rumah 🏡 Time macam ni bagus minum Arabic Rose Tea ni apalagi kalau korang yg ada panic attack atau tengah stress. It makes u calm & relax🌹Belajar buat tea ni kat Taif, Makkah. Sekali minum trus fall in love.
Anyway korang suka gambar kami yang mana?
Komen below k💋
P/s remember my Arabic Rose Tea girls😭😭 winduuuu @intanqursihamahfar @jennallegra @nor_shazleenmb
Ingredients Arabic Rose Tea🌹
Tea Lipton
Rose Water
Brown Sugar
Mint leaves
Dalam perkongsian tersebut juga dia turut berkongsi bahan-bahan untuk membuat Arabic Rose Tea. Moga bermanfaat juga untuk semua dan jangan lupa untuk menjayakan ProjekPelangi yang dibuat oleh Warga Prihatin.
Sumber: lufyalaana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI