Ibu Yang Ajar Anaknya Hafaz Al-Quran Sejak Bayi Kongsi 4 Tip Yang Boleh Amalkan

Share

Kita kagum tengok anak orang hafaz al-Quran. Tetapi tahukah anda bagaimana usaha seorang ibu itu mengasuh anaknya untuk mampu menghafaz dan baca al-Quran? Ia bukan satu usaha yang mudah dan sudah tentu memerlukan kesabaran yang tinggi.

Mempunyai anak-anak yang bukan sekadar membaca al-Quran tetapi mampu menghafal serta menghayati erti surah yang dibaca memang satu pencapaian yang sangat mengagumkan. Ia berjaya dilakukan oleh seorang ibu, Puan Siti Aminah Sulaiman. Beliau berkongsi tip yang boleh diamalkan juga oleh ibu bapa lain. Ternyata usaha dan segala pengorbanannya membuahkan hasil.

Sebenar tak susah nak dapat anak yang ‘ketagih’ baca Al Quran

sepanjang pengalaman saya menjagar anak-anak hafaz Al Quran,

Saya lihat ada beberapa faktor yang menjadikan anak itu MUDAH untuk dididik cinta Al Quran

Saya kongsikan apa yang perlu kita buat suapaya mudah nak ajar anak SUKA baca dan hafaz al Quran:

1) BIAH AL QURAN

Saya perasan anak-anak saya ni, bila time saya rajin baca Quran

Mereka pun rajin ambil sendiri al Quran nak baca

Tak perlu saya suruh2 atau paksa lagi.

Tapi kalau time saya sendiri tak sentuh al Quran, memang liat nak suruh anak baca Al Quran

Ini yang saya belajar dari pengalaman 8 tahun mengajar anak hafaz al Quran dirumah

Betapa pentingnya mewujudkan suasana al Quran itu dirumah

ini yang dipanggil BIAH AL QURAN

Anak-anak perlu melihat ibu atau ayah mereka sentiasa istiqamah membaca al Quran

Tanpa sedar anak akan terdorong untuk menjadi ‘RAJIN’ membaca al Quran

Adakah kita sudah membaca al Quran hari ini?

2) HIDUP TANPA TV

Part ni paling susah

jujurnya saya memang ‘hantu’ TV dari kecik lagi

Cakap je apa-apa cerita mesti saya akan melekat depan tv, drama sambung-sambung lagi saya suka

Tapi saya perasan bila saya cuba ajar anak saya al Quran, TV menjadi satu masalah BESAR

Saya susah nak fokus ajar anak dan masa saya menjadi sangat singkat bila ada TV sebab ada je cerita yang saya nak tonton

Akhirnya saya buat keputusan untuk potong siaran di rumah dan tiu berlaku 5 tahun yang lepas.

Alhamdulillah rupanya ianya pengorbanan yang berbaloi

Saya punyai lebih banyak masa untuk mengajar anak
dan saya juga punya masa untuk diri sendiri belajar al Quran


3) SENTIASA ISI GELAS ILMU

Untuk berjaya dalam mendidik anak, perlu sentiasa mengisi gelas ilmu. Bagaimana kita nak tumpahkan ilmu pada anak jika gelas kita sendiri kosong

Saya sedar diri saya yang serba serbi kekurangan ilmu al Quran, lalu saya terus ambil pakej kombo 10 kelas untuk belajar Ibrah al Quran dengan uztaz Syaari Ab Rahman

Mulai tahun ini dan seterusnya akan menyaksikan saya menjadi pelajar al Quran bersama dengan anak-anak saya

Lebih banyak kita belajar, lebih banyak rupanya kita tak tahu

Jangan malu mengakui kelemahan diri, terus belajar untuk tambah ilmu

4) DOA

patut saya letak ini kat atas sekali..

ini paling penting!

saya mula dengan berdoa dulu pada Allah supaya Allah tunjukkan jalan bagaimana nak jadikan anak saya cinta AlQuran,

dan Allah Maha Baik memang tak pernah hampakan hambaNya

Lambat atau cepat Dia akan beri, pada waktu yang paling sesuai

Berdoalah wahai ibu ayah

Jangan berharap pada manusia, tapi letak harapan spenuhnya pada Allah,

Pelbagai keajaiban akan berlaku dengan izinNya

Ini antara amalan saya dalam mendidik Muiz dan Nur Solehah

Moga ada manfaat bagi yang membaca

#sitiaminahsulaiman
#quranicparenting

Sumber: Siti Aminah Sulaiman

Published by
Hasnita Sawal