Usaha instafamous, Dr Say Shazril akhirnya membuahkan hasil. Setelah beberapa bulan berusaha untuk mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat,mengamalkan pemakanan lebih sihat, kurangkan pemakaian pakaian dalam di rumah dan mengambil suplemen kesuburan isterinya kini hamil.

Part 4 Bukan Semua Salah Perempuan By Dr Say Shazril Ini Menggembirakan

Dia yang sebelum ini mengalami Teratozoospermia iaitu banyak sperma yang abnormal secara morfologi dan sejumlah kecil sahaja sperma yang normal telah berusaha selama 3 bulan dengan meninggalkan amalan pemakanan kurang sihat iaitu pengambilan minuman ringan dan lain-lain sebelum dikejutkan dengan kejutan gembira—isterinya akhirnya hamil.

Usaha Kurangkan Minuman Ringan, Amal Pemakanan Sihat & Ambil Suplemen Kesuburan Berhasil, Isteri Dr Say Shazril Hamil

Dr Say Shazril telah memuatnaik gambar dia dan isterinya sambil memegang sekeping cetakan imbasan sonografi yang menunjukkan ada kantung comel bayi mereka. Kapsyen yan dikongsikannya ialah seperti berikut;

IKLAN

say_shazrilTopik :Bukan Semua Salah Perempuan Part 4 (Extra Credit)

Aritu dh part finale eh? Sy bukak balik la eh sb 3 bulan dh berlalu sejak sy lakukan ujian Semen Analysis pertama sy. Maka arini kena repeat tuk penentuan tahap kesedapan kuah sy. Ape yg telah berlaku sepanjang 3 bulan ni? Sy talak satu air berkarbonat, bila duduk rumah sy go full orang asli (tiada pakaian dalam maximum pengudaraan), sy amalkan pemakanan yg lebih sihat & sy intim bermadu dua dgn supplement kesuburan sy.

Alhamdulillah keputusan ujian kuah sy, LAZAT! Melonjak gembira sy & adik sy sb yelah 3 bulan menanggung malu kuah basi tu agak lama bagi kami berdua. Maka skang its time tuk sy & adik go all out “terkam” bini tapi tup tap kami terpaksa berpuasa sb Alhamdulillah BINI SAYA PREGNANT!

IKLAN

Usaha Kurangkan Minuman Ringan, Amal Pemakanan Sihat & Ambil Suplemen Kesuburan Berhasil, Isteri Dr Say Shazril HamilBERLINANG AIR MATA TENGOK SAY JUNIOR

Tiada perkataan yg dpt menggambarkan kegembiraan sy bila urine pregnancy test bini positif & bila pi scan nampak seketoi kantung comel yg memberi sejuta harapan kpd kami berdua. Berlinang air mata sy bang tgk Say Junior in the making.

IKLAN

ANTARA USAHA YANG DILAKUKAN
Mcm mana bley jadi lagu tu pdhl baru repeat test arini? Well, dlm tempoh 3 bulan ni disamping medication & lifestyle changes, sy tetap bersama bini & tetap berusaha (mostly sb xmau perabih duit kt IVF) & Alhamdulillah dengan rezeki-Nya terjadilah perlekatan. Di samping tu, tak dilupakan berkat doa kalian menjadi penyumbang utama kpd penerbitan Say Junior ni.

Usaha Kurangkan Minuman Ringan, Amal Pemakanan Sihat & Ambil Suplemen Kesuburan Berhasil, Isteri Dr Say Shazril HamilHARGAI NASIHAT, TUNJUK AJAR & POSITIVES VIBES

Maka dengan kesempatan 30th birthday sy arini, sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd anda semua followers sy atas advices, tunjuk ajar & paling penting positive vibes korg. Obviously sy xkn lupekan mrk yg dlm kesusahan trying to conceive spt sy pd awal2 dlu. Paling penting adalah kalian be open ttg mslh kalian & berkongsi dgn saluran yg btol & im all ears for u guys. Thank u again peeps setia membaca part 1 sampai part 4 sy.

Sumber: say_shazril

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI