Bagaimana nak beri kasih sayang tak bersyarat kepada anak? Ini yang selalunya ibu bapa keliru. Sebenarnya ia boleh dilakukan dengan cara beri pengaruh positif berarah secara berterusan.
Contohnya, jika anak buat apa sahaja perkara positif dan baik, berikan ganjaran walaupun ia hanyalah perkara biasa. Dari sinilah kita membentuk sikap yang baik.
Melalui perkongsian Puan Maznah Ibrahim, ibu bapa kena fahami dulu 3 teknik asas supaya anak pun mendapat kebaikan dari apa yang dilakukan.
1) Beri GANJARAN setiap kali anak buat perkara POSITIF (baik), walau perkara kecil.
2) Beri GANJARAN setiap kali anak TIDAK melakukan perkara NEGATIF/ tidak baik (yang telah di ‘highlight’ ibu bapa sebelum itu)
3) Beri MAKLUMBALAS secara LEMBUT tetapi TEGAS di atas KESALAHAN yang telah dilakukan dengan menjelaskan kepada anak CARA yang BETUL dalam melakukan sesuatu perkara itu.
Nampak mudah, Tapi tidak mudah sebab tak biasa. NAMUN TIDAK MUSTAHIL kita latih diri lakukan demi kejayaan mendidik permata hati kita ni. Okay, saya beri Contoh ya.
Nota:
✅ Ganjaran boleh berlaku sama ada secara sosial non material atau material.
✅ Ganjaran Sosial Non Material bermaksud anda tidak kurang apa pun, seperti senyuman, usapan, pelukan, tepukan, kata pujian, hatta memandang tepat wajah anak dengan kasih sayang (beri perhatian).
✅ Ganjaran Material bermaksud anda akan kurang sesuatu kerana beri /beli sesuatu untuk si anak, seperti mainan, atau kertas percuma di lipat jadi kad ditulis ayat positif.
Digalakkan beri GANJARAN SOSIAL NON MATERIAL sebab ia lebih long lasting, iaitu kesan positif bertahan untuk jangka masa panjang. Jika material, lepas dapat, nak lagi dan lagi, mak ayah pening.
Contoh situasi:
Anak bergaduh berebut mainan sesama adik beradik. Tiba-tiba anda dapati anak bermain dengan baik.
1) Beri Ganjaran serta merta, noted akan situasi baik berlaku ini, puji spesifik tingkah laku anak beserta impak.
“Alhamdulillah Mama nampak Abang dan Adik main bersama, kongsi mainan baru ni. Bagusnya. Nanti Allah suka, macam lagu Omar Hana tu kan (Impak 1). Senang hati Mama tengok korang ni (Impak 2). Syukur Alhamdulillah moga jadi anak soleh solehah (Doa: Impak 3).
Anak berebut, tetapi kali ni si Abang berusaha bersuara rendah, tidak menjerit marah adik, kemudian bila adik taknak dengar, si Abang datang kepada anda beritahu / mengadu.
2) Beri ganjaran bila anak berusaha tidak buat tingkahlaku negatif kebiasaan dia, yang mana anda pernah ajari kaedah solusi alternatif.
“Abang, Mama bangga bila Mama dengar Abang cuba cakap elok-elok tak suara tinggi dengan adik bila adik nak rebut mainan. Lepas adik masih tak dengar, Abang datang bagitahu Mama. Macam nilah yang Mama nak, Abang ingat, apa yang Mama ajarkan tempoh hari.
OK lepas ni Abang bagi masa kat adik, lepas tu Abang cuba usap belakang adik, dan offer adik main gilir-gilir, okay”.
Abang menjerit kuat marah si Adik masa adik tak dengar kata Abang untuk tak tengok TV dekat-dekat.
3) Beri maklum balas lembut tegas, dan tunjukkan cara.
“Abang, (sambil pandang mata dan pegang bahu) cakap elok-elok dengan adik, Abang cakap macam ni: “Adik, tolong ke belakang sedikit dari TV sebab Abang tak nampak, nanti mata adik tak sakit, meh duduk sebelah Abang ni ya Adik Sayang…. ”
Nanti adik akan dengar la sebab Abang bersuara lunak merdu sedap didengar. Bila abang menjerit, Adik akan lagi sakit hati dan lagi tak dengar cakap Abang, tapi bila Abang cakap elok, bahasa elok, nanti Adik akan lagi hormat kat Abang, dan layan Abang baik sampai besar. Mama yakin Abang akan boleh buat sebab Abang ialah model terbaik untuk adik” (peluk usap dia).
Kat sini jika perasan, semuanya positif, kan? Jadi ibu bapa positif ni perlu banyak PAUSE dan ber RESPONSE dengan BIJAK bukan REACT dengan emosi negatif ya.
Sumber: Maznah Ibrahim