Bila ada anak anda perlu tahu setiap perkembangan normal yang mesti dicapainya. Ilmu keibubapaan turut merangkumi keupayaan memantau pencapaian perkembangan anak supaya jika dia tidak mencapai perkembangan sepatutnya maka tindakan awal bagi merawat boleh dilakukan.

Ketahui kemampuan anak anda melalui carta perkembangan anak daripada usia 1 hingga 2 tahun.

1. Sosial

* Sudah pandai memberi ciuman.
* Menyapa orang dengan menyebut “hai”.
* Kadang kala menyebut “Tidak” apabila barang permainannya diganggu.
* Suka melihat diri sendiri dalam cermin dan mengenali bahagian badannya.
* Memberi tindak balas kepada arahan “jangan”.
* Mula menunjukkan empati terhadap orang lain iaitu memeluk anda ketika bersedih.
* Menunjukkan perasannya jika dimarahi, disayangi dan sebagainya.

Usia 1-2 Tahun Anak Faham Arahan, Nak Makan Sendiri, Boleh Sebut Perkataan Mudah Sangat Bagus2. Sikap berdikari

IKLAN

* Keinginan untuk melakukan semua perkara seperti mengangkat cawan dan ingin minum sendiri.
* Mahu makan sendiri dengan menggunakan sudu tetapi akan menyebabkan makanan bersepah.
* Mula mempunyai deria kawalan diri iaitu mungkin akan bertindak balas terhadap perkataan “berhenti” dan “tunggu”.
* Membuka baju tanpa bantuan sesiapa.

3. Kemahiran motor kasar

* Boleh berjalan tanpa sokongan.
* Mula belajar berlari, berjalan, berhenti dan memusingkan badan.
* Menendang bola ke hadapan.
* Otot kecil di tangan, jari dan pergelangan tangan beransur kuat.
* Naik dan turun tangga tanpa bantuan.

IKLAN

4. Kemahiran motor halus

* Mula boleh memegang pensel dan menconteng.
* Gemar menconteng kertas atau dinding menggunakan pensel dan warna.
* Keupayaan tangan semakin baik iaitu boleh mengambil dua alat permainan kecil dengan sebelah tangan.
* Menyelak sehelai demi sehelai buku bergambar.

Usia 1-2 Tahun Anak Faham Arahan, Nak Makan Sendiri, Boleh Sebut Perkataan Mudah Sangat Bagus5. Bahasa

IKLAN

* Sudah pandai menyebut “mama” atau “dada”.
* Bercakap dalam satu perkataan.
* Perbendaharaan kata sekurang-kurangnya 10 patah perkataan.
* Mula meminta makanan atau minuman menggunakan perkataan atau bunyian.

6. Pendengaran
* Boleh mendengar arahan ringkas dan mudah.
* Mempunyai kebolehan menunjuk ke arah sesuatu objek jika diminta.

Usia 1-2 Tahun Anak Faham Arahan, Nak Makan Sendiri, Boleh Sebut Perkataan Mudah Sangat Bagus7. Penglihatan
* Gemar melihat carta bergambar dan kad imbasan.
* Menyukai gambar ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni.

Adakah anak anda sudah mencapai semua perkembangan tersebut? Jika belum jangan susah hati, kerana ada sesetengah kanak-kanak mungkin mencapainya dalam masa agak perlahan dan lambat. Yang penting terus berusaha membantu dan merangsang si manja anda.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI