Bagi anak kecil berumur 1-3 tahun, ini adalah fasa pertumbuhan yang sangat ‘menyeronokkan’. Dalam bahasa Inggeris, umur ini kita panggil toddler, berasal dari perkataan to toddle yang membawa maksud berjalan yang masih tidak berapa seimbang. Yang seronoknya bagi budak umur ini, kita boleh nampak betapa pesatnya mereka berkembang.
Tubuh badan meninggi, belajar berjalan/ berlari/ melompat, boleh makan sendiri, boleh faham simple direction dan malah ada yang sudah boleh bercakap mengalahkan tukang jual sayur di pasar! Ada sahaja yang nak dibualnya. Disebabkan pertumbuhan pesat mereka ini, adakalanya ibu bapa mudah jadi stres dan frust bila anak tak dengar kata atau banyak kerenah.
Jadi, apa sebenarnya yang kita kena buat ni? Jom kita teliti dan amalkan 7 teknik mudah ini. (dirumuskan hasil dari bacaan, pengamatan dan saranan pakar-pakar kesihatan kanak-kanak seluruh dunia).
1.Jadikan masa makan anak suatu masa yang mudah dan menggembirakan.
Apa yang selalu kita lihat dan kita dengar adalah ibu bapa bising anak tak nak makan itu ini. Jenuh berpaksa baru lah bercuit sikit. Jangan begitu ya ibu bapa sekalian! Memang kita mahu anak makan makanan yang berkhasiat, tapi tak perlu sampai memaksa dan buat peraturan itu ini. Tambah pula kalau anak itu berlebihan berat badan, jangan disekat pemakanannya, sebaliknya satu keluarga perlu sama-sama perhati dan wujudkan budaya makan yang sihat. Asalkan pilihan makanan yang ada ok dan nampak best di mata mereka, biarkan saja anak pilih apa yang mereka nak makan.
Ads
Dont rush with toilet training.
Tak perlu kalut-kalut dengan toilet training anak. Kita mungkin dah sedia tapi anak belum lagi. Nasihat untuk berjaya: 1) pastikan anak diajar dan tahu masa bila nak beritahu emak ayah iaitu SEBELUM nak kencing atau berak, bukan bila mereka dah selamat ‘membuang’. 2) Anak sendiri ada perasaan nak bersihkan diri dan suka keadaan bersih tu, baru senang nak diajar.
Ads
Puji kelakuan anak yang baik.
Haa.. yang ini penting! Jangan asyik tegur dan marah bila anak buat perangai. Sebaliknya, pujilah bila anak berkelakuan baik! Positive reinforcement ni sangat penting dalam membina hubungan baik ibu bapa dan anak dan juga untuk mendidik anak untuk terus baik. Puji yang mesti disuarakan, dan lebih baik lagi andai dapat dipeluk cium sekali. Itu baru betul!
Ambil berat penjagaan gigi anak.
Inilah masanya nak ajar anak berus gigi pagi malam, kumur-kumur lepas makan dan biasakan anak jumpa doktor gigi. Waktu umur tengah lasak ni lah anak senang dapat kaviti gigi (gigi rosak dan berlubang) dan gigi mereka pun mudah tercabut. Akar gigi susu anak adalah pembuka jalan kepada gigi kekal yang akan datang, jadi kena jaga baik-baik! Nanti jenuh bila dah besar panjang kena pakai gigi palsu pula sebab masa kecil tak jaga gigi elok-elok, habis semua rongak dan rosak.
Set waktu tidur anak
Waktu tidur anak adalah waktu tubuh badannya berehat dan menghasilkan hormon untuk membesar. Jadinya, kalau anda dan suami berdua tinggi lampai tapi anak kecik kemetot je, itu tandanya tak cukup tidur la tu! (ataupun tak cukup zat pemakanan). Kita perlu tetapkan waktu tidur yang tetap, tapi beri kelonggaran tambah tolak 30 minit. Waktu tidur yang tetap membantu menenangkan anak dan memudahkan proses untuk mereka tidur.
Ads
Rajin-rajinkan diri bersembang dengan anak
Umur 1-3 tahun adalah waktu terbaik untuk mereka belajar bahasa dan bertutur. Sembang kecil-kecilan pun ok. Contohnya, bila anda bawa anak ke shopping mall, cerita je apa yang anda nampak, apa yang anda nak beli, apa yang orang lain sedang buat. Macam-macam benda kita boleh cerita – warna, saiz, rupa, bau, apa-apa lah. Saya suka bawa anak saya Adam beli barang dapur dan kemudian cerita dan bagi Adam pegang sayur, buah-buahan, bawang, ayam, ikan dan lain-lain. Bila Adam berminat nak tegur orang lain pun saya galakkan (dengan syarat saya pun ada sekali dan keadaan semuanya selamat dan terkawal).
Jangan terlalu strict dengan diri anda sendiri
Tidak ada siapa yang sempurna, dan tidak ada siapa yang sentiasa betul. Sepertimana kita berikan ruang untuk anak-anak membesar dan belajar daripada kesilapan, kita pun perlu beri ruang pada diri sendiri juga. Jadi ibu bapa ni suatu kerja yang tak ada siapa nafikan ia susah dan sangat menuntut masa, jiwa dan raga seseorang! Kalau penat dan perlu time out raikan diri sendiri, by all means do it. Untuk besarkan anak-anak yang sihat gembira, si ibu dan si bapa kena sihat gembira dulu!
Kebiasaannya kita melakukan pelbagai aktiviti menggunakan tangan kanan. Malah sejak kecil lagi, kebanyakan kanak-kanak memegang objek secara automatik dengan tangan kanan.
Bagaimanapun, masih ada segelintir anak yang cenderung menggunakan tangan kiri atau kidal. Ini berlaku kerana mereka merasakan tangan kiri lebih kuat daripada tangan kanan. Disebabkan hal ini segelintir ibu bapa berasa gusar apabila melihat si kecil lebih pantas menggapai objek, menyuap makanan dan menghulur tangan kepada golongan lebih tua dengan tangan kiri.
Tak kurang juga ada yang risau anak tangan kidal ini bila menulis, tulisannya tak cantik. Tapi adakah benar? Jadi untuk ibu ayah yang mempunyai anak tangan kidal ini, perkongsian dari Puan Hanis Athirah Rusli ini untuk tip menulis bagi anak tangan kidal sangat membantu.
Terdetik nak kongsikan beberapa tips berdasarkan pengalaman kecil saya membesarkan anak kedua saya yang juga kidal orangnya.
Terkejut juga pada mulanya sebab jika diteliti memang tiada genetik kidal baik sebelah saya, mahupun suami, tapi bila banyak kali dah buat pemerhatian dan ujian memang sah, Allah ciptakan anak saya yang kedua ini kidal dan tergolong antara 10 hingga 15 peratus populasi bertangan kidal di seluruh dunia.
Memang banyak struggle besarkan anak kidal. Tambahan memang tiada langsung pengalaman dan sejarah dalam keluarga. Tapi semua ni menjadikan pengalaman indah dan bermakna dalam hidup ini.
Untuk kali ini, saya nak kongsi dulu tips dan trick saya ajar anak kidal saya menulis. Ajar anak menulis dan memegang pensel untuk anak kidal bukanlah perkara yang mudah seperti yang kita jangka. Kalau tak kena cara, anak boleh mengamuk dan kita juga lebih mudah putus asa.
Yang penting, sebelum menulis kuatkan kemahirannya untuk mengawal otot-otot pada tangan dan bahu. Dengan teknik yang sesuai untuk ajar anak menulis, tak kisah anak kidal atau bukan, insyaAllah mereka akan dapat menulis dengan baik walaupun secara santai.
Siapa kat sini mempunyai anak kidal? Nak geng jugak
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Echolalia adalah situasi di mana kanak-kanak mengulang semula apa yg mereka dengar. Echolalia ni biasanya terjadi disebabkan oleh beberapa keadaan iaitu
1. Ciri-ciri yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autism – perlu dapatkan penilaian dan nasihat dari professional ya. Jangan pulak assume anak mengulang je autism.
2. Kanak-kanak masih tidak faham apa yang mereka perlu katakan. Contohnya, masih tak tahu untuk jawab soalan yang diberikan. Biasa terjadi pada kanak-kanak yang tengah belajar bercakap.
TIPS BERCAKAP DENGAN ANAK ECHOLALIA (ANAK ULANG APA YANG KITA CAKAP)
Tapi untuk kedua-dua situasi, ada cara untuk anda membantu kanak-kanak untuk memahami dan berkomunikasi dengan menggunakan ayat yang betul.
Salah satu cara adalah dengan menterjemah apa yang perlu anak katakan mengikut situasi yang sesuai. Berikan ayat atau perkataan yang perlu anak sebut berkaitan situasi. Dengan cara ini kanak-kanak boleh berlajar ayat yang betul untuk mereka guna.
Kurangkan / elakkan bertanya banyak soalan dan memberi arahan.. sebab nanti anak akan echo apa yang anda cakap.. dan menjadikan ayat tersebut tak sesuai untuk mereka guna nanti.
Fahami apa yang anak anda cuba katakan, barulah anda boleh beri input yang betul
Mak-mak yang ada anak kecil, jangan selalu susah hati. Jangan selalu rasa bersalah. Jangan selalu salahkan diri. Kenapa? Ini yang wanita bergelar ibu kena faham.
Perkongsian dari ibu kepada tiga orang anak, Puan Masturah Abu Bakar memberi sedikit kekuatan untuk ibu menguruskan keluarga tanpa rasa stres.
Mainan berterabur maksudnya anak-anak tengah kembangkan kreativiti. Buku bersepah maksudnya anak suka belajar dan membaca.
Pensil warna dan alat tulis berselerak maksudnya sel-sel otak anak bekerja keras.
Sinki penuh maksudnya anak-anak kenyang. Nasi berterabur bawah meja tandanya anak-anak tengah asah kemahiran motor halus.
Baju banyak dalam bakul tandanya anak-anak guna pakaian bersih setiap hari.
Kita selalu nak selesaikan semua. Nak perfect. Nak semua ikut expectation kita. Nak semuanya ikut KPI kita.
Tapi,
Kita bukan robot untuk selesaikan semua benda dalam satu hari.
Kita tak ada tangan sotong yang boleh buat semua dalam satu masa.
Kita manusia yang ada emosi yang turun naik.
Kita bukan selalu positif, selalu rajin, selalu ada mood untuk selesaikan hal-hal dalam rumah.
Buat dulu yang penting dan yang utama.
Asalkan anak dah mandi, kenyang, boleh main dan cukup tidur. Kita dah buat yang terbaik.
Yang lain kita boleh buat berdikit-dikit. Buat sikit-sikit.
Kita sakit mata, tapi yang penting jangan sampai kita sakit mental.
Jangan sebab nak jaga mata, emosi kita terbeban.
Jangan sebab nak rumah kemas, kita marah anak-anak. Kita sekat kreativiti. Kita halang mereka bermain bebas.
Zaman anak-anak kecil tak lama. Esok lusa kita dah sunyi.
Mind set macam ni sekurang-kurangnya beri kebebasan kepada kita. Kebebasan mental dari mengurung diri dalam gua fikiran ‘saya kena buat semua segera’. Yang akhirnya menjadi kita tertekan.
Kita tak perlu berkejar untuk selesaikan semua. Kita boleh putuskan mana yang utama. Kita boleh pilih masa dan bila kita patut buat.
You are still the best mom even you think you have do nothing in a day.