Adakah anak saya speech delay? Soalan ini kerap ditanya dan cukup merisaukan ibu bapa yang ada anak sekitar usia setahun ke atas. Apa yang membuatkan ibu bapa bimbang susah nak dengar perkataan yang keluar dari mulut anak selain kalau nak sesuatu anak akan tunjuk atau menangis saja.
Perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi mungkin boleh membantu ibu bapa bagaimana nak tahu anak ada masalah lewat pertuturan.
Dibawah ini adalah tanda-tanda masalah pertuturan yang boleh dikesan dari anak 12 bulan hingga 3 tahun:
12 BULAN:
❌ Anak tidak mengenal nama mereka sendiri.
❌ Anak tidak boleh menyebut 1 atau 2 perkataan bermakna.
15 BULAN:
❌ Anak tidak reti menunjuk pada objek apabila penjaga menyebut nama objek.
❌ Masih tidak menyebut perkataan memerlukan sesuatu, contohnya “Nak”.
18 BULAN:
❌ Anak masih tidak reti mengikut arahan mudah seperti “Ambil botol susu”.
❌ Anak tidak menyebut perkataan “Mama”/”Papa” atau perkataan panggilan yang lain.
Ads
2 TAHUN:
❌ Anak masih tidak menunjukkan anggota badan apabila disebut.
❌ Anak tidak menggunakan sekurang-kurangnya 25 perkataan bermakna.
2 TAHUN 6 BULAN:
❌ Anak tidak mengangguk ataupun bersuara apabila ditanya pertanyaan mudah seperti, “Nak susu?”
❌ Anak tidak menggunakan 2 patah perkataan dalam satu ayat seperti, “Nak mandi” walaupun pelat.
3 TAHUN:
Ads
❌ Anak tidak menggunakan sekurang-kurangnya 200 perkataan atau membuat ayat menggunakan 3 patah perkataan dalam satu ayat.
Ada satu kajian yang dijalankan selama 29 tahun tentang masalah lewat bahasa reseptif (yang difahami) semasa zaman kanak-kanak menyebabkan risiko masalah emosi, tingkah laku dan sosial apabila dewasa. Kajian ini dilakukan terhadap 6,941 kanak-kanak berumur 5 tahun yang mempunyai masalah bahasa reseptif, kajian susulan dilakukan selepas 29 tahun.
Hasilnya terbukti kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa reseptif mempunyai risiko lebih tinggi bagi masalah mental apabila mereka berumur 34 tahun berbanding kanak-kanak lain yang tidak mempunyai masalah terlewat. Kanak-kanak lelaki lebih berisiko berbanding perempuan.
Kebanyakan kes yang saya terima tentang kes lewat bercakap, perkara pertama yang saya akan lakukan adalah penilaian perkembangan. Apa yang mak ayah selalu risau ialah anak lambat cakap, tapi bila lakukan penilaian barulah kebanyakan mak ayah tahu yang anak juga ada terlewat perkembangan lain juga seperti Skil Urus Diri, Skil Motor Halus, Skil Motor Kasar atau Skil Sosial.
Sebab itulah penilaian awal sangatlah penting kerana ada banyak sangat faktor yang perlu dikenalpasti dan diselesaikan sebelum terapis fokus kepada skil pertuturan seperti Reflex, Sensori (memilih makan, gayat, tak fokus, penggeli, terlampau aktif dan sebagainya), Faktor Persekitaran (kurang rangsangan, “overprotective”, tv, gadget dan sebagainya) ataupun faktor masalah perkembangan yang lain.
Maka, untuk menjayakan kes lewat bercakap ada 1001 cara bergantung kepada setiap kes.
Jika mak ayah dapati anak mempunyai tanda-tanda berikut, sila dapatkan bantuan awal supaya intervensi awal dapat dilakukan. Semakin lambat lakukan sesuatu, semakin jauh perkembangan anak.
Letakkan target untuk selesaikan masalah perkembangan anak sebelum anak berumur 5 tahun untuk mengelakkan masalah psikososial apabila dewasa kelak.
Bagi mak ayah yang sedang berjuang untuk anak, semoga dipermudahkan segala urusan.
Boleh ke cabut gigi anak yang hitam-hitam tu doktor? Tak cantik tengok, sebab bila cepat cabut cepat gigi baru tumbuh.
Tak semudah tu ye mak ayah semua. Gigi anak-anak yang hitam tu dipanggil karies. Gigi yang berkaries ada 2 jenis, satu yang aktif atau ada lubang, satu tak aktif tak berlubang.
Menurut Dr Izaza Mohd Zan, gigi karies yang tak aktif dipanggil ARRESTED CARIES, gigi tak akan rasa sakit sebab tak ada lubang, cuma warna hitam sahaja.
Arrested caries ni kebanyakan doktor gigi akan advice supaya gigi sentiasa dijaga dan diberus bersih supaya gigi tidak bertambah rosak.
Tunggu gigi kekal tumbuh baru dicabut. Sebab gigi kekal akan tumbuh berperingkat-peringkat dan ikut umur anak-anak.
Gigi karies yang aktif pula, selalunya jadi punca gigi sakit dan gusi bengkak. Sebab makanan akan masuk ke dalam gigi yang berlubang dan menyebabkan gigi sakit.
Gigi yang berlubang, wajib ditampal. Jangan dicabut sekiranya belum masanya. Boleh dicabut sekiranya gigi tersebut reput atau tidak boleh diselamatkan.
Ingat ye mak ayah, gigi susu anak-anak perlu dijaga dan dibersihkan. Jangan dicabut sekiranya gigi tak sakit dan tak goyang.
Anak tertumpah air sikit kita terus bebel. Kadang-kadang kita nak anak-anak jadi yang terbaik dengan cara setiap kesalahan anak perlu dihukum agar mereka mendengar kata. Tapi sebenarnya lima cara hukuman ini bahaya pada anak yang wajib kita sebagai ibu bapa tahu. Ikuti perkongsian Doktor Taufiq.
5 Cara Hukuman Yang Bahaya Pada Anak! Mak Ayah Wajib Tahu!
1. Pukul Muka
Pukulan di muka dan kepala bukan saja dilarang di dalam agama tapi silap haribulan boleh menyebabkan kecederaan dalaman yang lebih parah seperti gegeran pada otak ( concussion ) dan juga perdarahan di dalam otak.
2. Menampakkan kemarahan secara melampau
Kesalahan anak ada masanya perlu dibetulkan dengan hukuman tapi bila kita sebagai ibubapa menghukum mereka dalam keadaan emosi yang tak stabil anak akan menganggap hukuman yang kita beri tu sebagai pemuas nafsu amarah kita.
Jangan terkejut kalau anak kita boleh berdendam dengan kita kalau kita terus menghukum mereka dengan kemarahan yang tak terkawal.
3. Memukul sampai cedera atau luka
Rotan dibolehkan dalam agama tapi jangan sampai meninggalkan lebam atau bekas. Lebam tu pun sendiri sebenarnya terhasil daripada pembuluh darah yang pecah di bawah kulit tau. Sebenarnya rotan dibolehkan sebagai simbolik nak mendidik je. Bukan sebagai cara nak lepaskan rasa marah mak ayah pada anak sendiri.
4. Hypercritical dengan anak sendiri
Anak tertumpah air sikit kita bebel. Anak tersilap sikat rambut sikit kita marah. Anak tak sengaja tumpahkan makanan sikit pun kita melenting. Anak salah pakai selipar pun kita dah mula naik angin dan bebel tak berhenti.
Mak ayah yang hypercritical ni bukannya tak sayang anak tapi ada benda yang tak setel dengan emosi dalamannya. Kalau tak dikawal, lama kelamaan ianya boleh bertukar menjadi penderaan lisan tanpa sedar ( verbal abuse ).
5. Memaki dan mengherdik tak berhenti
Emosi anak kita tersangat la rapuh. Bukan cuma fizikal anak je sedang berkembang, emosi mereka pun sebenarnya sedang berkembang. Apa je benda yang boleh mencederakan perasaan akan sangat membantutkan perkembangan emosi anak kita.
Sampai satu tahap makian dan herdikan ibubapa boleh bertukar menjadi penderaan emosi ( emotional abuse ). Anak-anak yang biasa kena penderaan emosi ni akan tertinggal dalam pelajaraan, kurang keyakinan diri dan akhirnya boleh bersikap ganas terhadap kawan-kawan dan juga adik beradiknya sendiri!
Pelat merupakan masalah pertuturan di mana kanak-kanak sukar bertutur dengan bunyi pertuturan yang betul dan bersesuaian dengan umurnya, yang menyebabkan percakapan mereka sukar untuk difahami oleh ibu bapa. Ini sering dilihat dalam kanak-kanak yang masih kecil dan ia seringkali dianggap ‘comel’ di mata ibu bapa.
Bagi kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, kesukaran untuk menyebut sesetengah perkataan masih boleh dikatakan sebagai normal kerana mereka sedang melalui proses perkembangan bahasa dan pertuturan. Namun, apabila usia mencecah tujuh tahun, kanak-kanak sepatutnya sudah mampu bercakap tanpa pelat, jelas dan mudah difahami.
Menurut Aishah Kassim, pasti ramai ibu bapa yang berasa risau dan bimbang akan pertuturan pelat anak mereka. Beliau berkata bahawa kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah itu masih normal jika mereka mempunyai kesukaran untuk bertutur.
Aishah Kassim berkongsikan beberapa tip yang boleh membantu para ibu bap ajika mempunyai anak yang bertutur pelat, antaranya:
1. Teknik Acoustic Highlighting * Tekankan bunyi yang anak salah sebut. * Bantu anak untuk menghasilkan bunyi yang betul. * Contohnya: boya > bola, matan > makan
2. Kenal pasti bunyi yang tidak dapat disebut oleh anak * Ajar anak kenali bunyi dalam bentuk individu. * Contoh: anak ada masalah sebut “S” > bantu anak buat bunyi sebutan “ssss” (bunyi ular)
3. Bantu anak betulkan kedudukan lidah * Perlukan konsistensi * Latih anak biasa dengan sebutan betul * Contoh: “lidah di belakang gigi dan rasakan angin untuk sebut sssss”
4. Tambah suku kata * Re-train kongnitif anak. * Latih anak tukar tabiat pelat. * Contoh: sa, si, su, se, so
5. Beri input perkataan sesuai dengan bunyi yang dilatih * Bantu anak hasilkan perkataan dengan jelas. * Contoh: huraf “K” jadi “T” >> latih anak sebut perkatan kakak, katak, kuku, kepala.
Ibu bapa juga digalakkan untuk bertutur dengan anak menggunakan perkataan yang betul. Jangan bertutur pelat dengan mereka hanya disebabkan anak-anak masih kecil dan mahu mengikuti “slang” mereka.
Semoga tip-tip yang dikongsikan dapat membantu ibu bapa untuk memperbetulkan pertuturan anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.