Genius? Geniuskah anak-anak kita? Bagaimana nak tahu sama ada anak-anak kita berpotensi untuk dikategorikan sebagai genius? Tidaklah mengharapkan yang anak tu mesti jadi genius! Akan tetapi, tak salah rasanya memeriksa atau menyelidik sama ada anak sendiri berpotensi kan?
Melalui perkongsian dari Puan Farah Waheda, ibu bapa kena kenali potensi anak barulah boleh aturkan strategi bagaimana perjalanan perkembangan yang bakal dilalui olehnya. Bukan sekadar pakat pandang dan biarkan semata-mata begitu sahaja. Tugas ibu bapa kan? Kena juga melihat kecenderungan anak-anak, lihat weightage mereka di mana dan bentuk mereka berdasarkan kepada kecenderungan mereka.
Sedangkan nak hamil dan melahirkan bukan satu proses yang mudah, inikan lagi membentuk anak-anak untuk menjadi manusia kan? There’s no shortcut to it… More or less you’ve gotta do the work and work for it… Sebab tu ada pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kan? Anak genius? Sila periksa tanda-tanda ini!
Potensi sama ada seorang anak itu membesar sebagai anak yang bijak sebenarnya boleh dilihat sejak usia 2 tahun lagi. Kebiasaannya kanak-kanak ini akan menunjukkan beberapa tanda yang boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa.
Anak genius adalah anak yang mempunyai kemampuan melebihi kanak-kanak lain seusianya. Untuk memastikan lagi tahap kecerdasan anak, anda sebenarnya boleh membawa anak untuk melakukan ujian IQ apabila dia berusia tiga tahun. Anak yang memiliki IQ 130 atau lebih dikategorikan sebagai anak genius. Namun, walaupun tinggi tahap kecerdasan anak, dia tetap perlu mendapat rangsangan dan bimbingan untuk mengoptimumkan kebolehannya.
Di mana nak lakukan ujian IQ untuk anak-anak berusia 3 tahun? Farah tambah sedikit informasi untuk pengetahuan umum kita bersama. Setahu Farah lah kan? Setahu Farah setakat ini di Malaysia, ujian IQ untuk anak-anak di bawah usia 5 tahun boleh dilakukan melalui Ujian Saringan Atas Talian PCIS (PERMATA Children Intelligence Scale). Tapi ada tarikh-tarikh tertentu yang akan diumumkan bila ujian IQ ni dibuka. Program ini adalah merupakan kerjasama di antara NCDRC, UPSI | Bahagian PERMATA | Pusat PERMATA Pintar dan ia dibuka untuk kanak-kanak yang berusia di antara 2-4 tahun sahaja.
Sebagai permulaan, ibu bapa boleh mengetahui potensi anak-anak ketika mereka berusia di antara dua sehingga empat tahun. Di antara tanda-tanda umum yang dimiliki oleh kanak-kanak genius adalah seperti berikut:
Cepat Belajar
Contohnya dia boleh menyusun permainan puzzle dengan cepat dan tepat melebihi kemampuan yang dilakukan oleh kanak-kanak lain seusianya.
Daya Ingatan Yang Kuat
Mempunyai daya ingatan yang kuat. Dia boleh mengingati ayat yang baru sekali didengari ketika ibu bapa atau sesiapa sahaja membacakan dia buku.
Kosa Kata Dan Ayat Lengkap
Menguasai kosa kata dan membuat ayat lengkap melebihi kanak-kanak seusianya.
Aktiviti Penyelesaian Masalah Melibatkan Angka
Suka membuat aktiviti menyelesaikan masalah terutama berkaitan angka.
Rasa Ingin Tahu
Mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dan selalu bertanya soalan yang tidak diduga daripada kanak-kanak seusianya.
Tahap Humor Yang Tinggi
Mempunyai tahap humor yang tinggi ketika memberi tindak balas pada sesuatu atau telatahnya yang boleh membuatkan orang sekeliling ketawa kerana kelucuannya.
Daya Imaginasi Tinggi
Mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
Fokus
Mempunyai jarak waktu fokus yang lebih lama berbanding kanak-kanak seusianya.
Yang tak ada tanda-tanda ni, janganlah nak rasa rendah diri ataupun fikir anak tu memang tak ada potensi. Salah tu! Sebagai ibu bapa kita seharusnya perlu membantu anak-anak untuk terus merangsang otak mereka mencapai tahap optimal dalam penguasaan pembelajaran supaya anak-anak berpotensi menjadi anak yang cemerlang dan ceria tanpa tekanan ok?
Sumber: Farah Waheda (bubblynotes.com)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI