Apa itu Speech delay? Speech delay merujuk kepada kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi.
Kelewatan ini ditentukan berdasarkan garis masa yang sepatutnya mereka garis masa perkembangan normal untuk usia mereka. Anda boleh mula cakna tentang tanda-tanda amaran untuk kelewatan bercakap bermula usia 12 bulan.
Bagaimana cara untuk mengenalpasti tanda-tanda anak mengalami Speech Delay? Ikuti perkongsian daripada Speech-Language Pathologist, Puan Aishah Kassim.
“Ish risau la tgk anak ni.. Bila panggil dia macam tak respons, pandang pun tak beri eye contact. Masa main pun macam tak fokus sgt je. Normal ke?”
Haa.. buat ibubapa yg nampak anak ada tunjuk ciri-ciri yg mcmni, cuba semak semula kemahiran mengikut umur mereka.
Jika ada kelewatan dan sgt jauh perkembangan, cepat dapatkan penilaian dan cari ilmu untuk bantu ajar anak cakap.
Tanda-Tanda Anak Mungkin Ada Kelewatan Bahasa
Ads
USIA 8 BULAN
USIA 1 TAHUN
1 TAHUN 6 BULAN
Ads
2 TAHUN
Apa yang perlu ibu bapa lakukan?
Pengurangan dalam tindak balas terhadap rangsangan bahasa, bacaan dan juga skil pembelajaran adalah kesan sampingan lazim untuk kanak-kanak yang dibiar tidak dirawat.
Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang didiagnosis dengan masalah kelewatan bercakap cenderung untuk mengalami masalah tingkah laku dan emosi di masa hadapan.
Ads
Oleh yang demikian, penting untuk ibu bapa bawa si manja ke perhatian doktor bagi menyaring keupayaan mereka untuk bercakap.
Melalui ujian saringan dan pemeriksaan rapi, doktor dapat menentukan diagnosis dan juga keterukan keadaan anak anda.
Peranan ahli perubatan lain seperti ahli terapi pertuturan, ahli terapi pekerjaan dan juga pakar perkembangan kanak-kanak juga turut dimainkan bagi merawat kanak-kanak yang menghidap speech delay.
Jika anda mengenal pasti tanda-tanda amaran dalam anak anda yang menunjuk ke arah masalah kelewatan bercakap, dapatkan perhatian doktor segera.
Diagnosis yang lebih awal membolehkan rawatan bermula dengan lebih cepat. Jangan biarkan si manja terus membisu.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kecil jiwanya mudah dibentuk. Apa yang diajar ibu bapa itulah yang akan diingatinya sampai mereka besar. Dalam bab memberi salam, ibu bapa juga harus mula mengajar anak seawal mungkin.
Nampak macam remeh tapi inilah yang mengambarkan jiwa anak kecil yang luhur hatinya untuk terus mempunyai keperibadian unggul.
Ia kaedah yang terbaik bagi memulakan komunikasi dengan penuh keberkatan.
Latih anak-anak kecil dengan memberi salam kepada mereka dahulu
Benar, memberi salam kepada anak-anak adalah satu latihan kepada mereka supaya mengaplikasikan adab-adab syarak disamping menunjukkan sikap rendah hati dan lemah lembut.
Perkara ini merupakan adab yang paling asas untuk anak-anak terutama ibu bapa apabila masuk ke dalam rumah. InsyaAllah, lama-kelamaan adab memberi salam ini akan menjadi amalan kepada anak kita sehingga mereka meningkat dewasa.
Salam adalah doa. Doa itu positif pula.
Kebaikan itu bila kita bermula dan kebaikan akan kembali balik pada kita. What you give, is what you get back. Bila kita memberi salam dan senyum, orang lain juga akan balas perkara yang sama.
Oleh itu terapkanlah ke dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi agar sentiasa menyebarkan kebaikan.
Salam dan senyum itulah kesan daripada apa yang telah kita lakukan. Senyum mengubah emosi diri dan juga orang sekeliling. InsyaAllah dengan ini kita juga berusaha menyediakan pintu rezeki yang terbuka luas kepada keluarga kita.
Bersama-samalah kita membina keluarga yang penuh berkat.
Sumber: Muhammad Naim Abd Manaf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penggunaan kerusi keselamatan dipraktikkan bagi ibu bapa yang mementingkan keselamatan anak. Malah ia menjadi satu kewajipan bagi setiap anak untuk diletakkan pada kerusi keselamatan sebelum memulakan perjalanan.
Setiap perjalanan di jalanraya mendedahkan pengguna kepada risiko kemalangan. Terkini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook melalui laporan Bernama berkata kerajaan akan mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian pada tahun 2020.
PROGRAM KESEDARAN TENTANG KEPENTINGAN KERUSI KESELAMATAN
Sebelum penguatkuasaan secara mandatori pada tahun 2020, Kementerian Pengangkutan akan menjalankan beberapa program kesedaran tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi kepada orang ramai sepanjang tahun 2019.
“Sepatutnya, perancangan untuk mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi adalah pada tahun ini tetapi selepas perbincangan dengan MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia), kami dapati industri ini belum bersedia (dari segi ) tidak cukup bekalan, tidak cukup stok dan kami juga mahu memastikan kos (kerusi bayi) lebih mampu (untuk pembeli),” katanya.
Menurut Loke lagi, pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) agar tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap pembelian kerusi keselamatan bayi supaya harganya lebih murah.
Bercakap antara salah satu cara komunikasi dan semestinya setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anak mereka bercakap cepat dan lancar.. Kemahiran bercakap penting kepada anak-anak untuk pelbagai tujuan.
Antaranya untuk menyatakan keinginan, meluahkan perasaan, belajar, bertanya dan bermain bersama rakan sebaya. Namun begitu, sesetengah ibu bapa kurang sedar tentang pentingnya cara yang berkesan, komitmen dan dedikasi yang berterusan dalam membantu anak-anak supaya cepat dan pandai bercakap.
Patologis Pertuturan Bahasa, Ruby Atika berkongsi cara mudah untuk rangsang pertuturan anak yang lambat bercakap di rumah bersama ibu bapa:
1) Sekurangnya 1 buku cerita bergambar setiap hari. Ulang buku yang sama beberapa kali pun tak apa.
2) Kerap suruh anak di rumah. Walaupun baru 2 tahun. Suruh dia buang sampah, tutup pintu, ambilkan bantal, hantar cawan ke dapur. Ini ialah latihan kefahaman.
3) Ambil tahu lagu kanak-kanak dan nyanyikan dengan anak. Anak dengar ayah nyanyi live adalah berbeza kesannya dari tengok youtube yang nyanyi.
4) Jangan fikir anak-anak hanya duduk di ruang menonton TV saja. Anak juga boleh teman ibu di dapur atau teman ayah berkebun di halaman.
5) Cakap ikut tahap bahasa anak. Kalau dia jenis cakap sepatah-sepatah saja, ibubapa cakap ayat pendek 2 atau 3 patah saja. Jangan cakap ayat panjang atau laju-laju.
6) Ajar perkataan yang kerap digunakan (jom, nak, dah, habis, bye, lagi, ambil, letak, simpan, duduk, makan). Bukannya ajar ABCDEFG.
7) Galakkan tumpuan bersama ketika bermain dengan anak. Pilih permainan yang anak minat dan ibu bapa mesti turunkan level ke tahap sama seperti kanak-kanak.
8) Bila terdengar anak sebut sesuatu, ulang apa yang anak tu sebut dan tambah perkataan supaya jadi ayat.