Usia 3 Tahun Anak Mula Tunjuk Kuasa. Tempoh Ni Jangan Biar Tapi Kena Ajar

Share

Bila anak dah mula nak suruh kita ikut cakapnya sehingga apa yang ibu ayah arahkan dah tak mahu dengar maksudnya anak dalam fasa Misguided Power atau Power Seeking Behaviour.

Biasanya di usia dua tahun ke atas anak dah mula menunjukkan ciri-ciri ini dan jangan dibiarkan. Seeloknya ajar perkara yang betul supaya mereka tahu mana yang boleh dan tak boleh dilakukan.

Perkongsian dari Puan Ezzaty Suffian mengenai masalah anak dalam fasa ini dan cara untuk menanganinya boleh dijadikan panduan bersama.

Fayyadh sekarang dah pandai nak cuba paksa zaty ikut cakap dia. Kalau zaty tak nak ikut, dia akan buat sesuatu yang boleh buat zaty marah atau dia akan tunjuk protes dan tak nak dengar/ikut apa yang kita cakap.

Contohnya lepas mandi, badan belum lap, baju belum pakai lagi. Dia mintak nak makan roti. zaty cakap pakai baju dulu. Then, dia protes taknak pakai baju selagi tak dapat makan roti.

Pernah dengar tentang Misguided Power atau Power Seeking Behaviour? Bahasa kita sebut GILA KUASA, salah guna kuasa, nak jadi boss. So, contoh fayyadh yang zaty cerita tadi termasuk dalam masalah misguided power ni.

Normal ya bila anak-anak dah start ada perangai macam ni. Lagi-lagi bila umur dia dah nak masuk 3 tahun dan ke atas. Lagi lah jelas nampak anak dah mula nak kita ikutkan kehendak dia SEPENUHNYA.

In the same time dia tak nak ikut apa kita cakap atau suruh. Dia nak kita ikut CARA DIA bukan CARA KITA. Apa yang kita akan rasa?

Of course kita akan rasa :

1) sangat tercabar
2) rasa macammmmm nak naik tangan (kadang memang ternaik pun)
3) rasa macam nak dia pergi jauh dari pandangan mata kita sebab dah geram sangat
4) rasa giving in (kita akan cakap kat anak, lantaklah nak buat apa pun)
5) rasa anak seorang yang degil tak nak dengar kata

Misguided power memang termasuk dalam masalah sikap/behaviour anak-anak. Dia orang nakkan sesuatu. Bila tak dapat atau kita tak layan, dia orang cenderung untuk minta dengan cara yang tak betul :

1) tantrum atau mengamuk-ngamuk
2) mula atau pandai menipu
3) tak patuh atau langsung tak nak dengar arahan kita/apa kita cakap
4) menjawab atau lontarkan kata-kata yang menyakitkan hati kepada kita

Tugas kita ibu ayah bukan untuk terus label anak-anak ini sebagai seorang yang degil tak dengar kata. Tapi tugas kita yang sebenar adalah untuk tunjukkan dan ajarkan pada anak cara yang betul bila nak minta sesuatu.

Macam mana nak handle anak yang ada masalah misguided power ni?

1) DIAMKAN DIRI seketika.

Jauhkan diri kita dari anak. Elakkan dari marah-marah, menjerit apatah lagi membebel. Bagi diri kita dan anak calm down dulu sebelum kita nak negotiate/offer apa-apa pada dia.

2) Perlu jadi TEGAS.

Kalau kita cakap tak boleh, maksudnya memang tak boleh. Lagi-lagi kalau anak tantrum. Lagiiiilah kita kena betul-betul firm.

Bagi anak faham yang dia tak boleh bagi arahan untuk ikutkan kehendak dia. Bagi anak faham yang dalam rumah kita ada peraturan yang kena ikut.

3) Beritahu anak dengan JELAS dan NYATA tentang peraturan yang kita buat. Anak akan hilang manfaat bila dia langgar peraturan atau buat salah.

Contoh macam fayyadh tadi. Mesti siap pakai baju dulu sebelum boleh makan roti. Kalau tak nak pakai baju, then takde roti.

✔ Kalau taknak mandi, then no breakfast.
✔ Kalau tak kemas mainan, then tak boleh main basikal kat luar.
✔ Kalau mengamuk nak beli mainan kat mall, then kita balik rumah je terus. Tak payah berjalan pergi mana-mana.

Pastikan apa kita cakap, kita buat dan tunaikan. Supaya anak nampak kita memang serius dengan apa yang kita cakapkan.

4) Bagi anak peluang untuk BUAT PILIHAN DAN KEPUTUSAN

Since dia adalah boss jadian, kita bagi anak peluang untuk dia buat pilihan dan keputusan sendiri. Cara ini pun salah satu cara yang bagus untuk encourage anak berfikir dan pandai buat keputusan.

Selain daripada tu juga, cara ni boleh buatkan dia lupa kehendak asal dia ataupun alihkan perhatian dia kepada perkara lain.

Contoh : fayyadh taknak pakai baju. So, kita ambil dua pasang baju nak mintak dia pilih nak pakai yang mana satu. Nak baju merah atau biru. Nak pakai sendiri atau nak ummi pakaikan

Contoh : bila anak taknak kemas mainan. Bagi pilihan kat anak sama ada nak kemas mainan sekarang atau lagi 30 minit nanti baru nak kemas. Nak kemas lego dulu atau nak kemas puzzles dulu.

*cara ni sangat efektif sebab nak atau tak, sedar atau tanpa sedar, anak tetap kena buat apa yang sepatutnya dia kena buat.

************************************************
Bentuk akhlak anak seawal usia yang boleh. zaty pernah tengok macam mana anak usia 7 tahun gunakan taktik misguided power ni untuk manipulasi ibu ayahnya.

Membentak-bentak, mengamuk-ngamuk bila parents dia menolak kehendak dia. Sampaikan ibunya mengadu kat zaty cakap tak tahan perangai anaknya macam tu.

Sampaikan ibunya terpaksa jumpa ustaz untuk minta air tawar bagi lembutkan hati anaknya. Umur 7 tahun nak betulkan habit yang dah sebati dari usia 3 tahun memanggggg sangat payah.

Nak tegas, tegas dari sekarang. Nak buat peraturan, buat dari sekarang. Silap kita yang selalunya dibuat bila kita dok cakap “takpe, anak kecik lagi. Nanti esok dah faham tahulah dia berubah.”

Takde istilah berubah pada anak kecil ya. Apa yang dia tengok, dia dengar dan dia perhati itulah yang akan bentuk sikap dan akhlak dia pada masa depan.

Sumber: Ezzaty Suffian

 

Published by
Wan Amy