Sepanjang mengandung langsung tiada masalah dan berat pun naik sekitar 20 kilogram. Langsung tiada masalah kencing manis dan sepanjang mengandung ketika buat pemeriksaan semua normal termasuklah buat scan 3D dan 4D.
Namun siapa sangka, di usia kandungan 36 minggu apabila doktor buat details scan, keputusannya tak dijangka apabila pakar sahkan anak saya kecil dari usia kandungan.
Berikut luahan hati seorang ibu, Shahidatul Sakina Tobani ibu kepada adik Nur Hana Humaira yang kini berusia 3 tahun 1 bulan.
Masa lahirkan Hana, saya perlu terpaksa melalui emergency czer kerana bayi dah lemas akibat daripada air ketuban pecah pada malamnya. Esok pagi apabila doktor lakukan pemeriksaan keadaan anak dah tak normal dalam perut.
Masa itu terus lakukan pembedahan dan lahirkan Hana yang seberat 1.9 kilogram.
Hari pertama Hana lahir, doktor memberitahu Hana tak boleh nak survive lebih 24 jam. Waktu dapat tahu hal ini, Allah yang tahu bagaimana perasaan saya dan suami ketika itu. Rasa down sangat-sangat.
Tapi kuasa Allah siapa yang boleh menidakkan. Hana masih boleh bertahan tetapi doktor suspek Hana anak istimewa kerana mempunyai masalah jantung berlubang, injap jantung bocor, salur darah sempit dan hati bengkak. Selama dua minggu Hana berada di NICU.
Ads
Usia 3 Bulan Masalah Pendengaran
Dengan semangat dalam diri Hana waktu itu, akhirnya dia boleh keluar dari NICU dan doktor pakar ada berpesan yang Hana tak kan sama dengan kanak-kanak normal.
Genap usianya 3 bulan, Hana diagnoskan pekak atau ada masalah pendengaran yang teruk. Doktor syorkan untuk mendaftarkan sebagai OKU. Luluh hati tetapi kami sabar.
Usia 6 Bulan Masalah Perkembangan
Pada usia Hana 6 bulan doktor sarankan saya dan suami rujuk Hana ke fisoterapi untuk rehabnya kerana dia mengalami masalah perkembangan pula.Usia Setahun Struktur Otak Kecil/ Tak Matang
Ads
Lagi sekali kami diuji oleh Alah apabila doktor menyatakan Hana akan lumpuh. Cukup usia setahun doktor syaki Hana ada jangkitan di otak (meningitis) dan air tulang belakangnya di ambil. Alhamdulillah keputusannya semua normal.
Tiba satu masa doktor nak buat MRI BRAIN pada Hana. Masa tu baru tahu Hana mengalami MICROCEPHALY. Struktur otak kecil/tak matang. Sebab tu keadaan seperti bayi.
Sekarang Hana dah 3 tahun tapi masih meniarap. Kini waktu cuti saya hanya dihabiskan untuk bawa anak buat rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras untuk kuatkan anggota badannya.5 Kali Seminggu Temu Janji Hospital
Paling banyak kami pernah pergi appoinment dia 5x dalam seminggu. Memang sangat penat tapi demi anak syurga kami sebolehnya tak nak skip pun temujanjinya. Tahun lepas (2018) sahaja Hana hadir 75 kali temujanji di hospital.
Walaupun saya bertugas sebagai jururawat danndiuji dengan anak istimewa tipulah jika saya kata saya kuat. Ada waktunya saya akan menangis sendiri mengenangkan keadaannya pada masa depan. Tapi satu saja yang saya pegang, sebagai ibu bapa kami akan terus kuat demi Hana.
Ads
Jika disenaraikan sakit Hana dia mempunyai masalah pendengaran yang sangat teruk… masalah otak kecil… masalah jantung berlubang.. dan sekarang baru dapat tahu Hana ada masalah katarak yang memerlukan pembedahan untuk dua mata.Masalah Reflux Teruk
Hana juga ada masalah penghadaman yang memerlukan tiub diperut untuk makan dan dia mengalami reflux yang sangat teruk.
Perkongsian saya ini bukan untuk meraih simpati tetapi sekadar untuk berkongsi apa pun yang Allah bagi terimahlah dengan reda. Sebab anak itu anugerah terindah.
Jika terasa penat menguruskan, ingatlah kembali bahawa si anak lagi penat menanggung segalanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak khasiat saffron terutama sekali untuk otak anak. Elok diamalkan setiap hari bagi menggantikan air minuman manis yang diambil sebelum ini. Khasiat saffron ialah untuk merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia dan menguatkan ingatan.
Saffron sangat baik jika dimakan bersama madu asli. Mungkin sebelum ini kita kurang pendedahan tentang kebaikan saffron untuk kesihatan otak dan bagaimana cara untuk digunakan dalam minuman.
Air Saffron Elok Beri Anak Minum Setiap Pagi
Dr Mazliana Mazlan berkongsi kebaikannya dan bagaimana cara untuk anda amalkan seisi keluarga. Ikuti perkongsian beliau.
Jomlah kita ganti air saffron untuk otak setiap pagi sebelum anak pergi ke sekolah. Kalau sebelum ini kita bagi air coklat tinggi gula sebelum anak mula belajar, sekarang kita mula bagi air saffron pula.
Tak perlu vitamin IQ tinggi gula, saffron sahaja kita guna.
Bagus Untuk Otak, Rugi Tak Amalkan
Saffron bagus untuk otak anak:
*Bantu untuk kuatkan memori anak. *Mudahkan proses faham ilmu baru. *Bantu anak lebih fokus masa belajar. *Banyak dah kajian tentang saffron, cuma kita je jarang ambil tahu tentang herba paling mahal di dunia ini.
Antara cara yang boleh buat untuk anak minum air saffron;
1. Terus minum air rendaman saffron.
2. Campur madu dalam air saffron.
3. Letak 1 helai safrron dalam susu.
4. Masuk 1 helai saffron dalam botol air anak ke sekolah.
Bolehlah cuba yang mana satu anda suka. Apabila kita mula buat perubahan, anak mungkin susah nak terima pada awalnya.
Sama anak saya pun, air kuning dia kata, dalam botol air ada ikan kawan dia kata. Tapi kalau setiap hari kita tak putus asa cuba, akhirnya anak kita minum juga.
Kita cuba sama-sama ya, biasakan minuman yang asli pada anak, berbanding minuman tinggi gula dan perasa.
Bagi kanak-kanak yang selalu mengalami selesema dan kerap bersin di waktu pagi, ini bermakna mereka mengalami gejala penyakit yang dikenali sebagai allergic rhinitis.
Dalam keadaan ini, kanak-kanak selalunya akan mengalami hidung tersumbat dan kerap bersin terutamanya di waktu pagi dan ianya akan berkurangan di sebelah tengah hari atau petang.
Anak seawal usia 6 bulan sudah boleh mengalami keadaan ini. Penyakit-penyakit seperti asma, ekzema dan allergic rhinitis ini selalunya lebih kerap berlaku jika terdapat sejarah keluarga mengalami masalah yang sama iaitu faktor keturunan.
Tidak seperti jangkitan selesema atau batuk biasa, allergic rhinitis ini tidak berjangkit melalui cecair badan. Penyakit ini selalunya akan menjadi ketara oleh beberapa faktor seperti perubahan cuaca, perubahan suhu iaitu dari tempat panas ke tempat sejuk boleh menyebabkan hidung tersumbat dan berair.
Habuk adalah salah satu faktor penting . Bulu haiwan dan sesetengah jenis makanan adalah antara penyebab timbulnya gejala penyakit ini. Penyakit ini susah untuk sembuh. Doktor selalunya akan hanya memberi ubat untuk mengurangkan simptom dan gejalanya.
Ibu bapa seharusnya memainkan peranan untuk mengurangkan gejala dan simptom penyakit anak. Pastikan tiada habuk atau kurangkan habuk di persekitaran terutamanya bilik tidur. Sebaik baiknya elakkan hamparan permaidani. Cadar mesti ditukar sekerap mungkin.
Jauhkan anak daripada bermain dengan binatang peliharaan dan perlu juga membuat pemerhatian makanan yang diambil si manja bagi memastikan makanan yang diambil tidak boleh menyebabkan alergi ini. Pemeriksaan secara rapi harus dilakukan dengan membawa anak berjumpa pakar telinga, hidung dan mulut (ENT).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai bakal bapa yang ingin memberi sokongan kepada pasangan mereka semasa proses kelahiran, namun tidak semua yang tahu perkara yang perlu mereka lakukan bagi membantu isteri masing-masing. Artikel ini menyediakan beberapa tip untuk membantu suami memberi sokongan kepada isteri bagi menghadapi saat kelahiran.
Mengapa suami perlu menemani isteri di bilik bersalin?
Sebagai bapa, bukan anda yang mengandungkan zuriat anda, tetapi anda boleh menjadi penghibur, jurulatih dan pemberi sokongan emosi kepada pasangan sewaktu di bilik bersalin.
Selepas masuk ke bilik kelahiran, anda mungkin perlu untuk membantu isteri anda pada setiap peringkat bersalin, daripada kontraksi yang pertama sehinggalah detik kelahiran. Lebih penting lagi, sebelum tarikh jangkaan bersalin, anda perlu bertanyakan pasangan anda mengenai keperluan dan permintaan mereka.
Sebaik-baiknya, anda disarankan untuk bertanya dan mendapat jawapan yang betul supaya kedua-dua anda boleh memahami antara satu sama lain dengan lebih baik. Anda perlu membantu isteri untuk mempersiapkan barang keperluan bagi dibawa ke hospital dan memaklumkan kepada ahli keluarga lain tentang keadaan isteri anda.
Apa yang boleh saya lakukan di bilik bersalin?
Lebih spesifik lagi, berikut adalah tugas yang boleh suami lakukan untuk membantu pasangannya semasa proses kelahiran:
1. Fasa kontraksi
Misi utama anda dalam tempoh beberapa jam terawal kontraksi adalah untuk menjadi pengalih perhatian. Anda boleh alih tumpuan isteri yang sedang menghadapi kontraksi dengan memasang muzik kegemarannya, membawa isteri berjalan-jalan di sekeliling bilik dan bertanyakan padanya jika dia memerlukan anda untuk mengurut belakang badannya ataupun kaki.
Memandangkan proses kelahiran akan menjadi lebih mudah jika wanita hamil dapat bergerak, jadi anda perlu menggalakkan isteri anda untuk melakukan sebarang perkara, dan bukannya hanya terbaring dan menunggu kontraksi seterusnya.
2. Fasa aktif
Jika kontraksi isteri anda menjadi lebih kuat dan kerap, anda perlu memastikannya kekal fokus. Kesakitan yang dirasai akan menjadikannya mudah mengalah dan kurang berehat.
Tatap mata isteri anda, tenangkannya dan bantunya melakukan teknik pernafasan bagi persiapan proses kelahiran. Berikan kata semangat padanya dan sentiasa pegang tangan isteri anda.
3. Fasa kelahiran
Fasa kelahiran adalah paling penting dan akan menjadi momen indah untuk kedua-dua anda; suami isteri. Disebabkan pasangan anda sedang bertarung dengan kesakitan, jadi anda perlu sentiasa bertenang. Cuba untuk tenangkan pasangan anda.
Perkara terbaik yang anda boleh lakukan ketika ini adalah memberi sokongan kepada isteri untuk meneran. Anda boleh cium dahinya, pegang tangannya dan berikan kata semangat kepada isteri anda. Anda boleh juga menunggu sehingga proses kelahiran bagi menyaksikan momen zuriat anda lahir ke dunia. Ini akan menjadi momen yang akan anda ingati sepanjang hidup anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Foto: Freepik
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.