Potensi seseorang itu kadang-kadang sudah terserlah sejak kecil lagi. Seperti di Malaysia, ramai anak genius yang kita ketahui kemampuan mereka dalam pelajaran. Untuk mengukur kebijaksanan seseorang dari segi akademik dan ilmiah, ia dilihat melelaui IQ mereka.
Artikel Menarik: [Asyik Kena Marah, Tak Elok. Doktor Kongsi Apa Jadi Pada Anak Bila Dia Dah Besar]
Baru-baru ini tular tentang seorang kanak-kanak lelaki dari Malaysia yang berusia tiga tahun diterima memasuki Mensa, yang menjadikan dirinya ahli termuda di dalam komuniti masyarakat IQ tinggi antarabangsa. Kini, usianya sudah pun 5 tahun.
Kanak-kanak ini yang menetap di United Kingdom bersama ibu dan ayahnya telah berjaya menyertai Mensa dua tahun lepas setelah mendapat skor 142 dalam ujian Stanford Binet iaitu sejenis penilaian keupayaan kognitif yang digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan IQ seseorang.
Artikel Menarik: [Selalu Belai & Peluk Anak, Itulah Erti Superhero Sebenar. Ayah Paling Macho!]
Menurut laporan dari Metro UK, dengan keputusan tersebut meletakkan Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmi Naim dalam 0.3 peratus tertinggi penduduk. Berkongsi tentang rahsia kecerdikan anaknya, Nur Anira Asyikin Hashim mengatakan mereka telah mendedahkan buku kepada Haryz seawal usianya dua tahun.
Cerita Anira, anaknya menyebut perkataan pertama ketika berumur tujuh bulan dan semasa dua tahun, dia sudah mampu membaca buku cerita. Kedua-dua ibu ayah Haryz memiliki latarbelakang dalam bidang kejuruteraan dan tidak pernah menyangka anak mereka mempunyai kepintaran begitu.
Artikel Menarik: [Anak Sulung Perempuan Ikut Stail Ibu. Dengar Dia Membebel, Sama Sebiji!]
Kata Anira lagi, mereka tidak menyedari tentang kebijaksanaan Haryz kerana tidak biasa memandangkannya anak pertama. Namun setelah menghantar Haryz ke pusat asuhan, dia dan suami dimaklumkan bahawa anak mereka mempunyai keupayaan yang melebihi kanak-kanak lain.
Apabila mereka sedar tentang kepintarannya, Anira dan suami kemudian membuat saluran Youtube yang dinamakan Little Haryz dengan tujuan untuk memberi galakan kepada kanak-kanak lain.
“Biarpun dia mempunyai IQ yang tinggi, Haryz sama sahaja seperti kanak-kanak lain yang sama umur dengan dia. Dia suka melompat, melukis, menyanyi dan buat semua benda yang budak-budak lain suka. Dia suka tonton Story Bots dan Numberbloks dan gemar bersembang dengan orang dewasa.”
Suka membaca dan Haryz juga suka bercakap mengenai nombor dan angkasa lepas. Tambah Anira lagi, mereka akan memberi galakan sepenuhnya kepada anak mereka di dalam bidang yang diminati dan sentiasa berbangga dengan apa jua pencapaian Haryz.
Berkongsi tentang amalan ketika hamil, Anira memberitahu yang dia mengamalkan membaca al-Quran dan bahan berkaitan keibubapaan. Selain itu, dia juga banyak membaca tentang bahan berkaitan pengajiannya. Kata Anira lagi, dia hanya membaca mana-mana surah dari al-Quran dan tidak mengamalkan sebarang surah secara spesifik.
Sumber: www.ohinfokini.com
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI