Hisap jari ialah satu habit yang sering berlaku kepada si kecil. Jika kecil dahulu, mereka menghisap jari kerana untuk merangsang sensori. Tapi ia berlarutan sehingga melebihi usia 3 tahun, ia patut dibimbangi kerana boleh ganggu pertumbuhan gigi.

Ada sumber yang mengatakan kanak-kanak yang menghisap jari adalah disebabkan oleh tidak cukup rangsangan pada mulut semasa bayi. jadi, sewaktu kecil, mama papa tidak perlu melarang perkara ini. Ia normal. Cuma sekiranya ia berlarutan sehingga 3 tahun ke atas, langkah mencegah perlu diambil.

Usia 4 Tahun Masih Hisap Jari, Info Dari Doktor Gigi Ini Perlu Ambil Serius Kalau Tak Mahu Ganggu Pertumbuhan Gigi Anak!

Menurut Dr Wan Nurhana Wan Chek, apabila anak menghisap jari yang paling terkesan adalah pertumbuhan gigi serta tulang muka anak. Terutama bila anak-anak berusia 3 tahun ke atas. Budak 2 tahun ke bawah dianggap normal jika menghisap jari. Dipanggil thumb sucking.

Usia 4 Tahun Masih Hisap Jari, Info Dari Doktor Gigi Ini Perlu Ambil Serius Kalau Tak Mahu Ganggu Pertumbuhan Gigi Anak!

APAKAH KESAN ” THUMB  SUCKING”

Ads

#1 Rahang atas mengecut dan menyebabkan pertumbuhan gigi dan rahang yang tidak normal.

#2 Mouth breather. (bernafas melalui mulut. Mulut mudah kering menjadikan gigi mudah rosak)

#3 Open bite (gigitan terbuka). Gigi hadapan tidak rapat. Bila gigi hadapan tidak rapat sukar untuk mengigit makanan.

MENGAPA ANAK ‘THUMB SUCKING”/ MENGHISAP JARI?

Ads

Menurut catatan dari Puan Saleha Idris, Anak hisap jari dari kecil kerana kurang mendapat keperluan asas yang cukup ataupun ketika mereka sedang explore dunia semasa kecil hingga terbiasa melakukannya.

Maka ia dipanggil habit atau kebiasaan.  Biasanya bayi menghisap jari kerana refleksi emosi seperti bosan, marah atau letih.

Usia 4 Tahun Masih Hisap Jari, Info Dari Doktor Gigi Ini Perlu Ambil Serius Kalau Tak Mahu Ganggu Pertumbuhan Gigi Anak!

5 TIP HILANGKAN TABIAT HISAP JARI

Ads

Cara nya untuk menghilangkan tabiat menghisap jari anak atau ‘thumb sucking’ :

  1. Tawarkan hadiah untuk proses tukaran dengan hisap jari. Jika berjaya maka dipanggil peneguhan positif. Kerana tingkahlaku yang dikehendaki berhasil.
  2. Hukuman-Apabila hisap jari letakkan perisa yang tidak disukai atau rasa pahit
  1. Memberi pujian dengan menyebut usaha dan doakan. “Bagus ani tidak hisap jari. Nanti kawan sayang ani. Jari ani pun bersih dan tak ada kuman . Jari ani wangi. Allah suka orang bersih. Kalau Allah suka boleh masuk syurga.”
  1. Boleh sediakan carta plan tindakan tidak hisap jari. Kira satu hari berapa Kali. Dalam tempoh 20 hari fokus untuk kurangkan tingkahlaku dalam kekerapan.
  2. Semasa anak tidur dan bedtime lakukan teknik tutup mata dan bayangkan kalau hisap jari nanti jari putus. Jari pun hilang. Sayang kan jari kita ada 5 tinggal 4.

Kemudian perlahan lahan dalam gelombang alpha beritahu dia esok mesti bangun tidur dengan gembira jari ada 5. Sebab kita tak makan jari.

Sumber: Dr Wan Nurhana Wan Chek

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Usia 4 Tahun Masih Hisap Jari, Info Dari Doktor Gigi Ini Perlu Ambil Serius Kalau Tak Mahu Ganggu Pertumbuhan Gigi Anak!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI