Dalam proses membentuk sifat genius pada anak, keluarga memainkan peranan yang sangat penting. Andai keluarga dapat membantu menyalakan api optimis ke dalam diri anak, mereka akan mempunyai semangat yang juang yang tinggi untuk mencapai matlamat. Namun malang sekali apabila keluarga menjadi kuburan untuk idea dan cita-cita anak, maka impiannya juga akan menjadi sekadar angan-angan anak kecil.
Memahami tahap perkembangan otak manusia akan membantu ibubapa merangsang anak genius yang lebih berkesan. Menurut kajian dari pakar pendidikan kanak-kanak, tahap intelektual otak mengalami perkembangan berikut
Sehingga 4 tahun – 50%
Sehingga 8 tahun – 30%
Sehingga 18 tahun – 20%
Apabila diteliti, tahap perkembangan intelektual paling kritikal adalah pada 4 tahun ke bawah. Yang biasa disebut sebagai Masa Keemasan (Golden Age). Ketika usia ini, kebanyakan waktu anak-anak adalah bersama ibubapa. Sebahagian waktu siang mungkin bersama pengasuh bagi ibu bekerjaya.
Sayang sekali apabila usia ini dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa diberikan rangsangan sebaiknya kepada anak kecil itu. Biasanya tumpuan ibubapa pada anak usia ini adalah memenuhi keperluan fizikal. Mandikan, bagi makan kenyang lepas tu tidur. Kalau tak tidur biar ja anak tu terkebil-kebil depan tv. Lagi sedih terus bagi gajet pada anak untuk dia diam lebih lama.
Sayangnya usia emas anak-anak ni dibiarkan tanpa rangsangan sebaiknya.
Rangsangan bahasa melalui bercakap-cakap
Rangsangan motor halus dan kasar melalui aktiviti hands on
Rangsangan untuk perkembangan intelek, daya fokus, imaginasi, kreativiti, memori dan banyak lagi.
Andai ibubapa menyedari betapa berharganya usia emas, pasti setiap detik kehidupan anak-anak akan cuba diuruskan sebaiknya supaya mereka mencapai perkembangan yang optimum, in syaa Allah. Jangan berlengah lagi, masa itu akan berlalu pergi. Manfaatkan sebaiknya peluang yang ada, kerana hasilnya bukan untuk dituai hari ini. Tetapi apabila anak meningkat dewasa kelak.
Sumber: sakinahamid.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belajar Dengan Happy, Tak Perlu Nak Memaksa Antara Tip Anak 0-6 Tahun Cepat Mengenal ABC
Tak perlu nak memaksa anak di usia bawah 6 tahun belajar bersungguh-sungguh sehingga menghadkan waktu bermainnya.
Namun kita boleh menggunakan pendekatan yang menghiburkan anak-anak dengan kreatif tanpa anak rasa terkongkong dan mudah jemu untuk belajar.
Jadikan proses pembelajaran untuk anak di usia ini sesuatu yang menyeronokkan dan akhirnya mereka tetap mendapat manfaat untuk diri sendiri.
Perkongsian dari Pengetua Genius Aulad Saujana Utama Puan Ashikin Hashim ini boleh dijadikan garis panduan untuk mengajar anak mengenal ABC di peringkat awal dengan mudah.
Cukupkah dengan hanya kita menunjukkan anak buku ABC supaya dia kenal ABC? Bagi saya ia tidak cukup. Untuk seorang anak yang aktif, ceria, produktif, imaginatif – memaksa dia duduk diam memandang buku tanpa aktiviti yang meransang minda anak adalah sesuatu yang membosankan.
Jom kita jadi ibu bapa yang efektif dan kreatif! Berikut adalah beberapa cara dan aktiviti yang boleh kita lakukan untuk anak mengenal ABC dengan cara yang menyeronokkan.
*perhatian: kenalkan huruf kecil dahulu baru huruf besar.
- Menyanyi!– banyak sekali lagu-lagu nursery ryhmes yang boleh kita pelajari dari youtube unruk mengajar anak-anak mengenal ABC.
- SEBUT, SEBUT SELALU! – ketika kita pakaikan anak diaper, atau ketika anak sedang main, kita sentiasa sebut supaya anak dengar dan biasa dengan huruf-huruf ini.
- FLASH THE CARDS! – Jika rajin buat kad imbas sendiri, jika tidak, banyak sekali kad imbas di pasaran. Dapatkan satu set untuk anak, dan flash kan di depannya 5 minit sehari sahaja. Tapi konsisten.
- ALPHABETS CHART – buat atau beli carta huruf dan lekat di dinding rumah. Peruntukan 5 minit sehari untuk anak baca dan tunjuk. Carta perlu ditampal mengikut eye level anak. Jangan terlalu tinggi.
- ALPHABETS IS EVERYWHERE! – Buat saru target. Minggu ni nak perkenalkan 2 huruf pada anak contohnya K dan L. Lekatkan kad K dan L di tempat yang selalu anak berada. Contohnya di pintu utama, di sebelah komputer, di tempat dia bermain dan sebagainya. Minta anak sebut bila terjumpa huruf tersebut.
- SNAP A PICTURE! – Saya pernah kongsikan aktiviti Wajdi yang menggunakan telefon lama untuk mengambil gambar huruf yang saya lekat di sekeliling rumah. Dia snap dan dia tunjukkan kepada saya dan sebut huruf itu. It’s really FUN!
- COLLAGE– Aktiviti kolaj ialah aktiviti mengoyak kertas dan menampal. Lukis sebiji apple misalnya dan lekatkan kertas warna yang dikoyakkan kecil-kecil oleh anak dan tampal. Kemudian ajarkan anak, a is for apple. Sebut a berulang kali. Atau berikan template huruf yang boleh diprintout dari internet dan buat aktiviti kolaj bersama anak. Jangan lupa masukkan falam journal ya!
- FINGER PAINT – belajar mengenal huruf dengan cara melukis huruf terbut dengan jari. Wah..bestnya! Lukis dan sebut. Bukan saja dapat melukis tapi dapat juga kenal warna, campur warna, rasa teksturnya dan macam-macam lagi.
- HIDE & SEEK – Jom main nyorok-nyorok. Sorokkan huruf di beberapa bahagian rumah. Contohnya di bawah meja. Minta anak cari huruf tersebut. ‘ Wajdi tolong cari huruf ‘a’.!’ Bagi clue kepada anak. Huruf ‘a’ ada di tempat kita selalu makan!
- ALPHABETS SCRAP BOOK – buat aktiviti yang mengumpulkan semua huruf-huruf. Minggu ini belajar ‘a’. Tulis atau warna atau buat aktiviti kolaj. Minggu hadapan ‘b’ pula. Kumpul sehingga ‘z’. Compile dan jadikannya SCRAP BOOK. Engage dengan anak. Buat aktiviti berkaitan ‘a’. Contohnya ‘apple’ – makan apple, potong apple, buat jus apple, pegi market cari apple (maaf saya campur Melayu English – pandai-pandailah nanti anda nak fully english atau Melayu sahaja)
MashaAllah. Banyaknya aktiviti mengenal huruf. Jadikan pembelajaran anak-anak sesuatu yang menarik dan menyeronokkan. Jom jadi ibu bapa yang kreatif!
Ashikin Hashim
Early Childhood Practitioner
Genius Aulad
Saujana Utama
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berhabuknya Speaking” Ramai Kagum Dengar Slang English Anak-Anak Faezah Elai!
Kebolehan berbahasa Inggeris kanak-kanak zaman sekarang memang sangat dikagumi. Kebanyakan kanak-kanak era millenial ini sangat fasih berbahasa Inggeris sehingga kadangkala jika tidak melihat wajah mereka, kita sangka sedang menonton program Inggeris dari luar negara.
Perkembangan teknologi dan kemodenan membuatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak bukan lagi satu perkara pelik.
Bagaimanapun keupayaan mereka berbahasa Inggeris mengikut slang atau accent asli bahasa tersebut memang sangat dikagumi.
Pelakon dan usahawan jelita Faezah Elai turut mempunyai dua orang anak perempuan yang sangat fasih berbahasa Inggeris dengan slanga asli ‘mat salleh’.
Perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagramnya menarik perhatian ramai pengikut Faezah yang seronok mendengar Dealova dan adiknya Aurora bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Dalam video tersebut kedua beradik ini membuat video review hasil alat permainan yang mereka beli sendiri.
Menurut pemilik nama sebenar Nurul Faezah Elai, 40, kedua anaknya yang gemar membuat video review ala-ala Youtuber meminta ibunya memuat naik video tersebut di TikTok kerana mereka tiada sebarang akaun media sosial.
Jadi untuk tidak menghampakan permintaan anaknya Faezah telah berkongsi video tersebut.
Video ni amik masa kami kt Aloq Setaq shoot drama
so depa ni dok kt hotel.. Pi beli toys kt depa so depa tk kacau mommy nk shooting..
Bila dh beli depa kalut nk buat review toys ala2 YouTuber.. paihtu habaq pulak suruh boh dlm TikTok sbb depa tkdak media social.. ehhhh kalut aihhh!! Dh la toys tu beli duit sendiri dok kena buat review pulak.. Citt!!
Nyata gelagat kedua beradik tersebut mencuri hati ramai pengikut Faezah. Malahan ada yang berpendapat mereka berbakat menjadi pengacara rancangan kanak-kanak.
Sebelum ini Faezah pernah memberitahu anaknya memang lebih gemar bertutur Bahasa Inggeris sejak usia kecil lagi.
Selain fasih menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, Dealova Heyrinna, 9, juga fasih berbahasa Mandarin yang dipelajari dalam kelas secara online.
Untuk rekod, Faezah Elai yang mendirikan rumah tangga dengan Pengarah drama Heykal pada 9 September 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan Dealova Heyrinna, 9, dan Aurora Heyrinn, 6 tahun.
Sumber: Faezah Elai
Dengan bayaran RM20, pembukaan akaun Simpan SSPN akan dibuat secara automatik. Lebih menarik, untuk peserta-peserta terawal yang mendaftar akan menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Penting Sebelum Anak Ke Tadika. 7 Aktiviti Untuk Tingkatkan Fokus Anak Sejak Kecil
Setiap ibu bapa harus tahu perkara ini sebelum anak ke tadika. 7 aktiviti untuk tingkatkan boleh bantu fokus anak sejak kecil. Fokus atau tumpan adalah seperti otot yang memerlukan senaman secara teratur untuk ditingkatkan tahapnya.
Sesetengah kanak-kanak dilahirkan dengan tahap fokus yang lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak lain, akan tetapi semua kanak-kanak boleh mempelajari strategi untuk memberi tumpuan dan mengekalkan tempoh fokus mereka.
Ikuti teknik yang dikongsikan oleh Dr Airil Haimi Mohd Adnan adalah Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal.
Peningkatan fokus adalah kemahiran yang sangat penting untuk kanak-kanak yang akan berhijrah ke dunia sekolah rendah yang memerlukan mereka menumpukan perhatian untuk jangka masa yang lama lama. Secara amnya, kanak-kanak dapat menumpukan fokus mereka kepada aktiviti yang menyeronokkan.
Namun, aktiviti yang membosankan, agak sukar atau pun kurang menyeronokkan akan benar-benar mencabar tahap fokus mereka. Untuk edisi ini, saya kongsi beberapa aktiviti yang, dengan izin Tuhan, akan membantu meningkatkan tumpuan/fokus si kecil anda.
Aktiviti 1: Berikan masa khas untuk anak fokus atau menumpukan perhatian
Berikan masa yang munasabah untuk anak anda berlatih memberi tumpuan kepada tugasan-tugasan tertentu di rumah di bawah pemerhatian anda sebagai papa atau mama yang prihatin.
Kanak-kanak pada usia lewat pendidikan praformal (antara 4 hingga 6 tahun) biasanya boleh menumpukan perhatian antara 5 hingga 20 minit pada satu-satu masa. Namun, tempoh ini berbeza antara tugasan yang biasa (fokus yang lebih lama) dengan tugasan baharu yang mungkin lebih mencabar keupayaan mereka (fokus yang lebih pendek).
Aktiviti 2: Bantu si kecil memfokus kepada 1 perkara atau tugasan pada 1 masa
Sebagai orang dewasa, kita memuji keupayaan untuk melakukan pelbagai tugasan pada satu-satu masa (multi-tasking). Tetapi, penyelidikan membuktikan bahawa ‘kebolehan’ seperti ini sebenarnya mengurangkan tumpuan dan merendahkan prestasi kerja!
Untuk kanak-kanak tadika, mereka tidak patut diajar memfokus kepada banyak perkara atau tugasan pada satu-satu masa kerana mereka akan ‘terkejut’ dan langsung tidak dapat berfikir dan berfungsi dengan baik. Maka, ajarlah si kecil memberi fokus kepada satu perkara sahaja pada satu-satu masa agar tahap tumpuannya dapat ditingkatkan.
Aktiviti 3: Jadualkan masa melakukan kerja sekolah di tempat yang sesuai
Seperti diterangkan di atas, melakukan pelbagai tugasan pada satu-satu masa (multi-tasking) agak mengganggu tahap tumpuan kanak-kanak. Oleh sebab itu, amat penting untuk mama dan papa mengurangkan gangguan luaran semasa si kecil sedang membuat latihan belajar, membaca buku dan aktiviti pembelajaran lain.
Latihlah si kecil anda untuk membuat kerja rumah di meja khas atau di tempat yang tetap tanpa gangguan televisyen, telefon, komputer tablet dan sebagainya. Pastikan juga jadual tetap dibuat setiap hari, misalnya 2 jam setiap malam untuk kerja rumah dan membaca.
Aktiviti 4: Berikan masa juga untuk si kecil berehat sebentar!
Kanak-kanak pada usia lewat pendidikan praformal belum mempunyai tahap keupayaan mental yang tinggi untuk memfokus atau memberi perhatian sepenuhnya tanpa rehat. Mereka perlu bangun, bergerak dan melakukan sesuatu aktiviti yang santai selepas menghabiskan masa mereka menumpukan perhatian kepada sesuatu.
Banyak manfaat akan diraih jika si kecil diberi masa-masa untuk berehat sebentar sekadar beberapa minit dan ‘mengecaj’ semula minda mereka, terutama semasa mereka sedang melakukan tugasan-tugasan kerja rumah yang terpaksa disiapkan sebelum esok hari.
Aktiviti 5: Latih si kecil anda untuk bernafas dengan tenang
Pernafasan terkawal (diafragmatik) dapat memperlahankan kadar denyutan jantung kita dan menenangkan minda supaya kita dapat menumpukan perhatian. Ini adalah kemahiran penting untuk kanak-kanak apabila mereka menghadapi tugas-tugas yang mencabar, yang boleh membuat mereka cemas dan meningkatkan kadar denyutan nadi mereka.
Kerisauan pasti akan mengganggu tahap tumpuan mereka. Maka, mencari jalan untuk menjadikan sesuatu tugasan lebih ‘mudah’ sangat penting untuk si kecil anda. Pernafasan terkawal dan menenangkan tubuh adalah salah satu daripada strategi efektif ke arah ini.
Aktiviti 6: Bahagikan tugasan besar kepada tugasan-tugasan yang lebih kecil
Ini adalah satu lagi strategi untuk membantu kanak-kanak meningkatkan tahap tumpuan semasa melakukan tugasan yang mencabar minda dan kesabaran mereka. Jika anak anda sedang belajar untuk mengikat tali kasut, buat matlamat pertama untuk menguasai simpulan awal, kemudian beralih pula kepada membuat dua gelung dengan tali kasut sehingga dia tahu dengan tepat bagaimana cara untuk melakukannya dengan sendiri.
Kanak-kanak masih belum cekap ‘memecahkan’ sesuatu tugasan kepada bahagian yang lebih kecil. Si kecil anda perlukan bantuan untuk menguasai keupayaan penting ini.
Aktiviti 7: Ajar si kecil untuk meningkatkan tahap pemerhatian dalaman diri
Kanak-kanak mudah terganggu oleh ‘rangsangan dalaman diri’, seperti sensasi fizikal atau kenangan yang menghiburkan diri mereka. Walaupun daya imaginasi kanak-kanak adalah sesuatu yang luar biasa, kita perlukan mereka untuk menghindari gangguan fikiran sambil membina keupayaan untuk menumpukan perhatian dengan lebih cekap dan lebih lama.
Cuba latih si kecil anda untuk memerhatikan keadaan fizikal di sekelilingnya kemudian menerangkan tentang keadaan itu, melihat objek-objek yang ada di dalam rumah sambil melukiskannya atau mendengar lirik lagu bersama-sama kemudian menyanyikannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI