Bilakah penjagaan gigi atau mulut anak boleh bermula? Sebenarnya sebaik sahaja anak mula tumbuh gigi, ibu bapa penjagaan rapi perlu diberikan. Ajar anak gosok gigi seawal mungkin bagi mengelakkan gigi anak rosak. Malah jika belum tumbuh gigi, ibu bapa juga boleh membersihkan mulut anak dan gusi dengan menggunakan kain selepas menyusu.

Bagaimanapun, ada juga ibu bapa yang tak kisah sangat sebab menganggap baru gigi susu. Tapi adakah anda terfikir bila anak mula sakit gigi, kesannya macam mana pada anak? Sedangkan kita yang dewasa pun sengsara bila sakit gigi kan.

Berdasarkan penjelasan dari Doktor Pergigian, Dr Izaza Mohd Zan, ada sebab yang mungkin ibu bapa tak anggap ia menjadi punca tapi sebenarnya berlaku dalam diam. Ini antara puncanya.

Usia Baru 2 Tahun Gigi Dah Rosak & Hitam. Ini Tabiat dan Punca Gigi Rosak Lebih Awal!

Gigi anak baru 2 tahun dah rosak, dah hitam dan tak cantik. Tiap hari berus, kadang-kadang 3 kali berus, tapi masih hitam juga lagi.

Ads

Anak tiap malam nyusu botol, susu formula, kadang-kadang susu coklat. Minum susu terus tidur, dalam susu formula ada gula, jadi gigi rosak sebab susu manis dan cara berus tak betul.

Ada juga anak yang nyusu ibu, gigi pun rosak juga. Sebab dalam susu ibu pun ada gula, mak makan makanan yang manis, so anak pun kena tempias manisan ibu.

Ada cara yang sangat MUDAH untuk elak gigi anak rosak atau bertambah rosak:

Ads

1. Pastikan selepas minum susu, sama ada susu formula atau susu ibu, gigi anak diberus atau dilap dengan kain basah supaya gigi bersih

2. Elakkan anak makan, makanan manis waktu malam terutamanya gula-gula dan coklat

3. Mak ayah kena beruskan gigi anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah, monitor gigi anak setiap hari

Ads

Usia Baru 2 Tahun Gigi Dah Rosak & Hitam. Ini Tabiat dan Punca Gigi Rosak Lebih Awal!4. Bawa anak ke klinik gigi untuk pemeriksaan gigi setiap 6 bulan, supaya gigi anak sentiasa terjaga dan sentiasa dalam pemerhatian DR

5. Ajar anak yang berumur 2 tahun untuk minum susu menggunakan cawan untuk elak anak dari terus menggunakan botol untuk menyusu

Ingat ya, kebersihan dan kesihatan gigi anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Kesian la kalau kecil-kecil semua gigi anak dah rosak.

Sumber: Izaza Mohd Zan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI