Minat anak boleh dilihat seawal mereka masih kecil lagi. Jika selalu didedahkan dengan sesuatu perkara, ia boleh mencetuskan rasa minat dalam diri anak terutamanya jika ia dikongsi bersama ibu dan ayah.
Sama seperti si cilik bernama Arkan Al Ghazali Bin Mohamad Fazly ini yang sangat sukakan pekerjaan juruterbang. Minatnya bermula sejak umurnya lima tahun kerana Arkan sudah terbiasa dengan dunia penerbangan.
Banyak Belajar Dari Youtube
Menurut ayahnya, Mohamad Fazly Bin Kamarudin, anak lelakinya itu sudah mula menaiki pelbagai jenis pesawat bermula usianya tiga bulan. Dari situlah Arkan mula meminati dan mengambil tahu tentang pesawat, pekerjaan juruterbang serta aviation.
Selain banyak bertanya kepada kedua-dua orang tuanya, kanak-kanak lelaki beurmur tujuh tahun ini banyak belajar tentang dunia penerbangan melalui saluran Youtube serta permainan video. Minat yang ditunjukkan oleh Arkan sangat disokong oleh ibu dan ayahnya dan mereka banyak memberi semangat padanya untuk cemerlang dalam akademik.
“Selain itu, kami juga menjaga tumbesaran Arkan dari segi fizikal. Saya dan isteri sangat menitikberatkan pemakanan anak kami supaya dia dapat membesar dengan sihat.”
Suka Dengan Kapal Terbang, Beli Dari Kawan Dengan Harga Seringgit
Minat yang ada dalam diri Arkan mungkin ‘menurun’ dari keturunan kerana ibunya merupakan bekas kakitangan AirAsia. Selain itu, pakciknya juga merupakan bekas kru kabin untuk penerbangan MAS yang banyak berkongsi tentang pengalamannya yang membuatkan Arkan semakin berminat untuk menjadi juruterbang.
Ads
Bercerita tentang perkara yang tidak boleh dilupakan, Fazly memberitahu pernah satu ketika Arkan membeli kapal terbang kertas dari rakannya dengan harga RM1.
“Waktu tu dia tak mahir lagi buat paper plane, jadi dia sanggup beli dari kawan dengan harga seringgit. Waktu itu, saya yakin yang anak saya memang sukakan kapal terbang jadi saya akan selalu buatkan untuk dia. Setiap kali saya buat paper plane, dia cukup gembira dan teruja. Memang dia hargai sangat-sangat bila saya buatkan untuk dia.”
Harap Arkan Boleh Lanjutkan Pelajaran
Menjadi harapan setiap ibu ayah untuk melihat kejayaan anak-anak mereka. Sama juga seperti Fazly dan isteri, mereka mengharapkan Arkan yang kini belajar di Sekolah Kebangsaan Hicom, Shah Alam, dapat memenuhi cita-citanya dalam dunia penerbangan.
Ads
“Semoga Arkan dapat capai cita-cita yang dia impikan. Dunia penerbangan luas, bukan sekadar pilot. Anak kami mungkin boleh jadi jurutera atau terlibat dengan pembuatan pesawat. Saya dan isteri selalu doakan semoga bila tiba masanya Arkan akan dapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran. Sebagai parents, kami juga sedang berusaha sehabis baik untuk bersedia demi masa depan Arkan dan anak-anak yang lain.”
Terdahulu, Arkan merupakan Juara untuk pertandingan Himpunan Cita-Cita yang dianjurkan oleh Bintang Kecil ketika BK Mini Fest bertempat di Petrosains, Kuala Lumpur sekitar bulan Ogos yang lalu.
Kanak-kanak kerap demam dan berbadan kurus, adakah disebankan oleh antibodi badannya yang lemah? Ini punca sebenarnya.
Ibu bapa sering kali gusar bila kerap mengalami demam dan selesema. Kadang kala boleh berlaku hampir setiap bulan. Adakah hal ini kerana kekurangan suntikan imuninasi yang boleh menguatkan tubuhnya.
ADAKAH KURANG MAKAN PUNCA ANAK SELALU SELESEMA & DEMAM?
Selera makan juga tidak konsisten dan lebih kerap kepada tidak berselera. Ibu bapa juga kadangkala buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk menambahkan selera makan anak kerana bimbang mellihat keadaan anak yang sangat kurus dan sering kali tidak lalu makan kecuali makanan ringan yang digemarinya. Apakah selera makan dan kurang makan ini menyumbang kepada antibodi yang lemah sehingga kerap demam?
Menurut Dr Mohamed Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik, SALAM Specialist Hospital Shah, demam dan selesema dikalangan kanak kanak memangnya satu fenomena yang biasa. Ia bergantung pada faktor persekitaran yang biasa kanak-kanak itu didedahkan seperti di daycare centre, nursery atau tadika.
DEMAM 6 HINGGA 7 KALI SETAHUN
Adalah menjadi kebiasaan bagi seseorang kanak kanak itu mengalami demam dan selsema sebanyak 6-7 kali setahun namun adalah wajar sekiranta pemeriksaan fizikal oleh pakar kanak-kanak yang menyeluruh dijalankan dan ujian seperti darah dan air kencing dilakukan untuk mendapati tiada punca-punca yang lain.
IMUNISASI TAMBAHAN BAGI KANAK-KANAK BERISIKO
Selain daripada suntikan immunisasi yang wajib diambil anda juga imunisasi tambahan yang boleh diambil untuk menambahkan pertahanan seperti pnuemoccoccus, rotavirus dan influenza.
Kanak kanak yang dalam situasi berisiko seperti yang tinggal di daycare center, nurseri dan tempat pengasuhan kanak kanak sememangnya digalakkan untuk menerima immunisasi tambahan ini selain daripada imunisasi wajib.
Ibu bapa perlu berbincang dengam pakar kanak-kanak mengenai suntikan immunisasi yang ada dan yang mana perlu di berikan kepada kanak kanak mereka.
TREND PEMAKANAN TIDAK MENENTU & BERAT BADAN TURUN NAIK
Kanak kanak dalam limgkungan umur pra sekolah kebanyakannya mempunyai masalah pemakanan. Mereka selalunya mempunyai trend pemakanan yang tidak menentu dan amat memilih dan cerewet (picky eater) tentang makanan mereka.
Berat badan pun tetap dan sering turun dan naik. Apa yang penting bagi ibu bapa lakukan ialah memastikan tahap kesihatan mereka normal dan perkembangan tidak terjejas serta tahap aktif yang bertepatan dengan peringkat umur kanak kanak tersebut.
MAKANAN BERKUALITI & KALORI
Bagi kanak kanak, kuantiti pemakanan tidak penting tetapi kualiti dari segi kalori dan khasiat menjadi kepentingan. Kanak kanak yang cerewet ini memerlukkan strategi pemakaan seperti memberi makanan sebanyak 5-6 kali sehari daripada 3 kali yang lazim diberi. Beliau mencadangkan ibu bapa mendapatkan penerangan lanjut secara menyeluruh boleh di dapati daripada pakar kanak kanak atau dari pakar pemakanan dan nutrisi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekejap masa berlalu, video terbaru anak keempat Dato’ Seri Eizlan Yusof, Zaelynn Rosa telah menarik perhatian ramai. Bila jarang-jarang kongsi, tahu-tahu dah besar si comel ini. Bulan April depan genaplah dua tahun usianya.
Zaelynn Rosa adalah anak kacukan Serani dan Melayu melalui perkahwinan kedua Eizlan Yusof dengan isteri, Datin Seri Natasha Rosa Boudville yang berketurunan Serani.
Menerusi instagram Sasha Boudville, satu video yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Video tersebut memaparkan isteri Eizlan dan anak perempuannya di sebuah restoran sedang menikmati makanan.
Apa yang menarik perhatian adalah gelagat Zaelynn yang semakin bijak dan comel serta dah mula faham arahan apabila disuruh oleh mommynya.
Anak-anak zaman sekarang ni tak boleh lari daripada terdedah dengan gajet macam Tab dan Ipad tu. Bagaimana kita nak mengawalnya bergantung pada inisiatif ibu bapa.
Ramai yang anggap anak akan belajar benda baru melalui gajet. Ya betul. Tapi kita kena ada inisiatif untuk mengehadkan penggunaannya supaya anak tak jadikan gajet sebagai ‘tuannya’ sehingga sanggup tak makan, tidur lambat dan duduk diam sepanjang masa.
Berdasarkan perkongsian dari seorang ibu, Puan Ros Ibrahim dia berkongsikan bagaimana dia mengawal anaknya dari ketagih gajet. Ikuti perkongsiannya:
Izzah dulu masa kecik dulu tu gadget Ipad baru muncul dan makin popular. Aku beli masa umur dia 3 tahun.
Konon ada Ipad mudah nak ajar dia macam-macam. Sanggup aku beli pelbagai Early Childhood Education apps berbayar & installed kat ipad & iphone aku tu. Omak perasan bagus sebab anak kecik-kecik pandai main gadget. Lempang sebijik!
Babahnya pulak ada Samsung Tab dan suka installed games macam Angry Birds dan Cut The Rope.
Aku ni tak sokong sangat guna gadget bagi anak main games. Kalau educational apps aku suka lah. Tak setuju pun kadang-kadang kena pasrah bagi Izzah main games kat ipad & tab.
Terutama time kena menunggu lama. Macam tunggu nak boarding flight kat airport. Tunggu giliran paed panggil kat hospital. Konon nak elak anak cranky. Hehe!
Tak lama lepas iPad popular — aku dengar banyak keluhan dari mom bloggers yang anak mereka ketagihan gadget!!
Ketagih gadget tahap kronik sampai tenggelam terus dalam dunia iPad dan tab tu.
Tak peduli apa yang berlaku di sekeliling.
Jadi anti-sosial.
Tak berkomunikasi dan kurang eye-contact.
Kuat tantrum, ganas dan pemarah.
Ada yang tak tidur malam sebab ketagih iPad.
Bila parents ambik gadget tu terus mengamuk dan meraung macam kena dera.
Masa tu aku hairan. Macam mana boleh sampai jadi ketagih iPad? Aku tengok Izzah okey je. Omak memang heran!
Terkejut bila aku tahu yang mommies yang anak ketagih gadget tu TAK KAWAL penggunaan iPad dan tab oleh anak mereka. Siap bagi KUASA HAK MILIK PENUH pulak tu. Patutlah!
Nasib baik lah aku ada instinct untuk kawal dan awasi penggunaan gadget pada Izzah. Hanya boleh guna pada masa tertentu dan ada had masa. Gadget bagi aku hanya satu alat bantu mengajar. Bukan untuk menggantikan ko sebagai ibu bapa. Omak syukur.
Nota: Ada banyak bukti menunjukkan anak yang ketagih gadget sejak kecik akan cenderung mengalami masalah Austisme! Saraf otak sudah rosak sebab terlalu lama bermain iPad!
8 Cara Kawal Anak Daripada Ketagih Gadget iPad & Tab
Contoh Melalui Teladan
Kurangkan penggunaan gadget semasa bersama dengan anak-anak. Terutama semasa makan dan bermain dengan anak.
Tunjukkan contoh yang baik kepada anak. Ni anak ajak borak ko cakap jangan kacau sambil tangan dan mata tertumpu pada gadget.
Anak pun fikir omak abah lagi sayang gadget dari dia kot. Hehe!
Tapi serius. Cakap anak ketagih gadget tapi diri sendiri smartphone sentiasa dalam genggaman. Even masuk jamban pun bawak handphone!
Mengadu anak pukul 2-3 pagi masih tak tidur sebab layan video kat iPad. Diri sendiri layan Whatsapp & Facebook sampai Subuh boleh pula?
Omak abah ketagih smartphone marahkan anak yang ketagih iPad. Tak feeling meh ke?
Jangan Caj 100% Bateri Penuh
Makin sikit % bateri yang tinggal maka makin sedikit had masa penggunaan iPad. Habis bateri habis lah masa anak menggunakannya.
Jangan sesekali ajar anak caj gadget sendiri. Pandai mengecas sendiri umpama memberi mereka KUASA.
Anak bila ada kuasa mereka akan melawan ibu bapa. Caj iPad antara 15%-20% sahaja.
Nanti iPad cepat rosak? Mungkin lah. Pilih lah. Nak biar iPad rosak atau anak yang rosak?
Kalau betul sayang anak jangan perkenalkan anak langsung dengan gadget. Tak kenal maka tak cinta.
Jangan Beri Hak Milik Kepada Anak
Strictly no! Jangan sesekali sebut perkataan yang menunjukkan gadget itu kepunyaan anak.
Bila gadget adalah hak milik anak maka dia ada KUASA atas iPad itu. Omak abah yang beri dia kuasa itu.
iPad anak punya jadi omak abah tiada kuasa. Anak tak akan peduli walau gadget omak yang beli. Yang dia tahu itu dia punya.
Aku tak pernah bagi hak milik pada Izzah atau anak-anak lain. Aku sebut Izzah sebab Izzah paling banyak sekali main gadget. Irfan sangat jarang dan Dina langsung tak pernah main iPad/tab dengan touch screen tu.
Dina hanya ada Fisher & Price ABC games ni je. Nak bagi bunyi kena tekan-tekan butang. Susah sikit lah sebab tu Dina tak ketagih gadget macam ni. Hehe!
Nota: Tengok muka Izzah kat gambar atas tu. Macam kena rasuk dengan tab kan? Macam tak sedar dunia sekeliling. Bila panggil 3-4 kali baru dia menyahut. Ni aku bagi main sekejap je. Bayangkan budak yang ketagih gadget tu macam mana? Scary tau!
Ye betul. Aku yang installed semua apps ECE dalam iPhone dan iPad. Tapi aku hanya bagi dia PINJAM sekejap sahaja. Bila aku minta kena pulangkan balik. Else, tiada lagi next time untuk dia.
Percayalah. Manusia sangat mudah rosak jika diberi dua benda — duit dan kuasa. Fikirkan lah.
Letak PasswordPada Gadget
Salah satu cara nak elak anak rasa dia ada kuasa pada gadget ialah dengan letak password untuk unlock gadget.
Jangan sesekali ajar anak untuk unlock atau masukkan password sendiri. Bila tahu password dan pandai unlock dia sudah ada KUASA!
Anytime dia boleh guna gadget sesuka hati dia. Anak yang ada kuasa akan hilang hormat pada omak abah.
Jika anak tak pandai unlock maka setiap kali nak main dia mesti minta omak abah yang unlock. So… kuasa mengawal di tangan ko!
Menentukan Masa Untuk Main Gadget
Tentukan masa yang tertentu untuk anak main gadget.
Aku hanya bagi Izzah main iPad masa hujung minggu atau cuti sekolah — siang hari sahaja dan biasanya maksima 1 jam sekali main.
Masa berikut adalah dilarang sama sekali:
Waktu makan
Waktu belajar atau buat homework
Waktu tidur
Waktu bermain outdoorpada waktu pagi/petang
Habis had masa aku akan minta semula gadget. Kadang-kadang Izzah sendiri yang tengok jam dan tutup iPad bila sampai masa.
Jadikan iPad / tab Sebagai Ganjaran Positif
Sebagai parents kita punya kuasa – ingat tu! Anak hanya akan dapat iPad jika buat something good.
Sekarang aku langsung tak bagi Izzah main gadget masa hari sekolah. Not even on weekends.
Dia hanya akan dapat main gadget masa cuti sekolah dengan syarat dia performs well masa ujian atau peperiksaan. Nak performs well dia kena rajin buat latihan dengan aku. Tak boleh ada excuses bila aku suruh belajar.
Jika dia boleh buat seperti yang diminta so she earns the time to play with the gadget masa cuti sekolah.
Banyakkan Aktiviti Bersama Anak Di Rumah
Izzah tu dulu masa kecik tak lah sampai tahap ketagih iPad. Tapi aku menyesal sebab introduced gadget pada dia. Serius sangat menyesal.
Sebab gadget merompak masa berkualiti aku bersama dia semasa dia kecik.
Syukur sekarang aku dapat luang masa dengan anak-anak dan buat aktiviti KINDERMASS kat rumah. Maths, Arts, Science & Social untuk budak-budak.
Ajak anak main puzzle. Main conteng-conteng. Main masak-masak. Buat Lego bricks. Buat arts and crafts.
Kena tinggalkan smartphone ko tu dulu untuk buat aktiviti dengan anak. Kepimpinan melalui teladan, betul?
Kerjasama Antara Ibu Bapa
Aku rasa ini lah masalah paling besar sekali bila anak ketagih gadget iPad / tab.
Omak dah suruh berhenti main tapi abah pulak back up anak bagi main for few more hours. Omak tak bagi main games just ECE apps tapi abah pulak pergi installed macam-macam games untuk anak main.
Omak dah sorok iPad tapi abah bagi pulak Tab. Anak mintak nak main gadget omak tak nak bagi tapi abah pulak offer handphone dia.
Omakgorg! Rasa helpless pulak omak jadinya kan.
Aku rasa kena slow talk sesama suami isteri tentang bagi anak gadget ni. Omak abah kena tegas dan sepakat. Else anak tak akan hormat any of you!
Sumber: rosibrahim.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Murid PASTI meninggal dunia, sebak tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.