Usia Isaac Raees Hampir 3 Bulan, Zahirah & Aiman Bawa Anak Pulang Ke Malaysia!

Share

Selepas lima bulan berada di Perth, Australia bagi menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza kini bakal pulang ke Malaysia.

Menerusi Astro Gempak, Zahirah memaklumkan perkara itu dan khabarnya mereka bakal pulang ke tanah air pada bulan hadapan untuk kembali bekerja sebagai anak seni.

Dan sudah semestinya, si comel Isaac Raees menjadi perhatian semua serta cukup dirindui oleh sanak saudara di sini.

” Buat masa ini kami belum menetapkan tarikh lagi bila hendak pulang ke Malaysia tapi apa yang boleh saya katakan, tidak lama lagi. Sekitar bulan hadapan.

” Aiman pun dah rindu nak kerja balik dan dia bakal memulakan penggambaran selepas Hari Raya ini,” kongsinya.

Namun kata Zahirah, dia bagaimanapun akan mengambil sedikit waktu untuk kembali ke pentas lakonan memandangkan Isaac yang masih kecil disamping mempersiapkan fizikal dan mental untuk kembali beraksi.

” Tapi saya pula mungkin akan mengambil masa dalam dua atau tiga bulan lagi untuk bersedia dari fizikal dan mental sebelum mula bekerja,” kata Zahirah dalam satu sidang media secara alam maya filem Bulan & Pria Terhebat (BPT).

Isaac comel diagah mummy daddy

Cahaya mata sulung pasangan ini, Isaac Raees pastinya menjadi figura yang begitu dinantikan oleh semua.

Melihat aksi-aksi comel Isaac menerusi Instagram ibu dan ayahnya juga Instagramnya sendiri, @isaacraees membuatkan hati jadi cair.

Mana tidaknya, tatkala diagah, Isaac akan mempamerkan reaksinya yang cukup comel. Seronok melihat wajah-wajah Isaac yang dikongsikan di Instagramnya. Semuanya comel-comel belaka.

Terdahulu, Zahirah selamat melahirkan bayi sulungnya itu pada 5 Januari lalu di Perth, Australia selepas berlepas ke bumi kanggaro itu pada Oktober tahun lalu.

Artikel berkaitan: Dulu Stress Bila Susu Tak Cukup, Menyusukan Anak Sepenuhnya, Zahirah Kongsi Cerita

Handsome Boy, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Kongsi Wajah Anak, Comelnya Isaac Raees

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: Astro Gempak & @zahirahmacwilson

Published by
SRM