Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua, pasangan selebriti media sosial, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim akui dengan ketentuan Allah selepas Maryam keguguran beberapa bulan lalu.
Kongsi Maryam menerusi satu petikan video, usia kandungannya ketika itu baru sahaja tiga minggu namun dia dan suami akur dengan aturan rezeki dari Allah.
“Saya alami keguguran pada Mei lalu. Usia kandungan waktu itu baru cecah tiga minggu. Waktu itu saya makan tak berhenti. Dulu masa Rina saya tak boleh makan dan asyik nak muntah.
“Saya tahu saya gugur bila keluar banyak darah dan seterusnya kami buat pemeriksaan doktor.
Ads
“Saya rasa sedih kerana kehilangan. Saya pun dah beritahu keluarga tentang kehamilan dan mereka semua teruja dapat tahu saya hamil,” katanya berkongsi.
Tidak hanya Maryam, bahkan Ryzal insan yang paling gembira bila mengetahui Maryam hamil kerana mengidamkan anak lelaki.
Malah kata Ryzal, dia dan Maryam juga sudah pun membuat beberapa persiapan awal.
Ads
“Saya dan Maryam memang idamkan anak lelaki untuk anak kedua kami, jadi kami dah buat beberapa persiapan.
“Macam pakaian, tab mandi dan sebagainya sebab masa Rina tak ada peralatan itu semua. Jadi kita beli untuk anak kedua ini,” luahnya lagi.
Akui Ryzal lagi, airmatanya berguguran ketika disahkan doktor mengenai keguguran itu.
Ads
“Mulanya saya anggap mainan perasaan tapi bila doktor cakap dah gugur, airmata saya berguguran ketika itu. Mungkin belum rezeki kami lagi,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Ryzal dan Maryam mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan cahaya mata perempuan, Rina pada 2021.
Pelakon Indonesia, Acha Septriasa mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua. Berita gembira itu dimaklumkan melalui instagram pada Ahad.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, Acha Septriasa turut memuat naik gambar baby bump yang dirakam dari jarak dekat.
“Ada manisnya tersendiri bisa ikut mencipta. Mengukir nama, membesarkan hidup dan mencipta kenangan bersama.
“Terharu dan bersyukur atas kesempatan kedua menjadi ibu bapa. Bridgia tak lama lagi akan menjadi kakak,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Bagaimanapun setakat ini, Acha Septriasa tidak mendedahkan usia kehamilannya.
Terdahulu, walaupun kini pasangan ini menetap di Australia, Acha tetap aktif berlakon dan antara projeknya terbarunya ialah sebuah filem yang mengandingkan dirinya dengan aktor Farid Kamil.
Naskhah yang dilakonkan mereka berkisar mengenai perjuangan seorang ahli politik yang juga Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Acha melakonkan watak datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Imbas kembali, Acha Septriasa berkahwin dengan Vicky Kharisma pada Disember 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan, Bridgia Kalina Kharisma.
Acha Septriasa mengambil keputusan menetap di Australia untuk mengikut suaminya bekerja di sana sejurus mendirikan rumah tangga.
Semua ibu hamil mengharapkan bayi yang bakal lahir itu sihat dan pintar. Maka ibu kenalah amalkan pemakanan yang baik sepanjang kehamilan.
Keperluan nutrien bakal ibu akan meningkat lebih tinggi daripada biasa. Keperluan untuk sesetengah nutrien meningkat sehingga 50% sementara keperluan tenaga meningkat secara beransur-ansur sehingga trimester ketiga.
Anak yang sihat berpotensi menjadi anak pintar jika diberi rangsangan positif sejak dari dalam kandungan lagi termasuk bab pemilihan makanan.
Apakah makanan penting yang harus diamalkan oleh semua ibu hamil? Ramai pakar pemakanan menyarankan ibu hamil untuk mengamalkan senarai makanan ini sepanjang kehamilan mereka.
1.Telur
Adalah sumber protein mutu yang baik di samping 19 jenis vitamins dan mineral. Sesetengh telur diperkaya dengan omega 3 dan DHA yang penting untuk otak. Telur juga mengandungi kolina, iaitu nutrien penting untuk otak. Protein sangat penting sebagai bahan binaan sel-sel dan organ bayi dalam kandungan.
2. Ikan
Ikan juga sumber protein yang baik. Ikan yang berminyak seperti salmon, tuna dan mackeral mengandungi omega 3 dan DHA yang baik untuk pertumbuhan dan fungsi otak.
3.Bijirin penuh
Jagung, oat, barli, beras perang dan gandum penuh juga sumber makanan yang kaya dengan serat/fiber dan juga mengandungi vitamin B, E, selenium dan fitonutrien.
4. Sayur-sayuran dan buah-buahan
Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna warni seperti merah, kuning, unggu, hijau dan lain-lain. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, serat dan antioksida untuk mencegah daripada serangan penyakit. Pengambilan pelbagai buah-buahan juga mesti dipelbagaikan sama ada secara makan mentah atau dibuat jus.
5. Daging merah dan ayam
Dua sumber makanan ini kaya dengan protein dan zat besi yang diperlukan oleh ibu hamil. Seeloknya buangkan lemak pada daging (lembu atau kambing) dan kulit (ayam) dan masak secara rebus, sup, stim dan kurangkan masak secara goreng untuk lebih sihat.
6. Kekacang
Pengambilan kekacang seperti badam, walnut, gajus dan kacang kuda sebagai snek juga sangat bagus untuk ibu hamil. Kekacang ini mengandungi asid lemak tak tepu dan omega 3 yang penting untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan.
7. Susu
Semua sedia maklum kepentingan susu sebagai sumber kalsium terbaik. Ketika hamil, ibu memerlukan sebanyak 1000mg kalsium sehari. Ini kerana bayi dalam kandungan memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi.
Oleh itu ibu kena pastikan keperluan kalsium harian cukup bagi mengelakkan demineralasi kalsium tulang yang tersimpan di dalam tulang dan gigi untuk menyokong perkembangan janin.
Ramai ibu bimbang atau tak suka untuk minum susu kerana salah anggapan mereka terhadap perkara-perkara berikut;
a.Susu biasa mungkin ada kandungan lemak yang tinggi dan rasa manis, boleh menyebabkan ‘bayi besar’ dan tak bagus untuk kesihatan ibu.
Tak perlu risau lagi kerana kini susu Anmum Materna dirumus khas untuk ibu hamil Tanpa Gula Tambahan / ‘NO ADDED SUGARS’ dan rendah lemak.
Susu Anmum Materna juga adalah salah satu pilihan yang baik kerana ia ditambahkan dengan nutrien-nutrien penting untuk memenuhi keperluan nutrien penting seperti zat besi dan folat yang meningkat semasa hamil.
b. Penyerapan nutrien yang baik bermula dengan kesihatan usus yang baik
Kebanyakan ibu hamil akan cuba makan makanan berkhasiat bagi menyokong tumbesaran sihat janin tapi sejauh mana janin mendapat khasiatnya, ibu tidak pasti.
Anmum Materna adalah satu-satunya susu untuk ibu hamil dengan Probiotik DR10TM dan inulin. Probiotik dan prebiotik inulin membantu persekitaran usus yang baik. Penyerapan nutrien yang efektif bermula dengan kesihatan usus yang baik.
Anmum Materna mengandungi DHA dan NuelipidTM, lemak susu kompleks yang mengandungi gangliosida. Gangliosida dan DHA terdapat di dalam otak. Sel-sel otak yang penting mula terbentuk seawal hari ke-28 kehamilan. Dua gelas Anmum Materna setiap hari membantu memenuhi 100% keperluan nutrien kehamilan penting seperti folat dan kalsium.
Kini bakal ibu tak perlu lagi rasa bimbang dengan kandungan gula yang tinggi dalam susu khas untuk ibu hamil kerana Anmum Materna satu-satunya jenama yang dirumus khas dengan TANPA GULA TAMBAHAN.
c. Susu untuk ibu hamil dalam pek kotak besar memang susah hendak dibawa ke mana-mana.
Kini ibu-ibu hamil tak perlu risau lagi! Anmum Materna satu-satunya jenama susu untuk ibu hamil yang terdapat dalam stik pek mudah minum dan sesuai untuk ibu yang selalu sibuk!
Untuk info lanjut tentang pemakanan sihat ibu hamil dan keburukan pengambilan gula yang berlebihan semasa hamil, anda boleh layari: www.anmum.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah Haji meskipun sedang hamil anak kelima.
Jelas Shahida, ini kali kedua dia berpeluang melakukan ibadah Haji selepas kali terakhir pada tahun 2016.Shahida turut memohon agar semua mendoakan kesihatannya serta bayi dalam kandungan sepanjang menunaikan Rukun Islam kelima itu.
“Alhamdulillah…. Tahun ni rezeki saya dijemput lagi mengerjakan haji menjadi tetamu Allah di bumi Makkah… Tidak keseorangan bersama anak saya yang masih di dalam rahim yang temankan saya sepanjang berada di sana.
“Dulu tahun 2016 saya pergi pertama kali banyak pengalaman yang saya dapat hingga membuatkan saya berkobar-kobar tanamkan niat untuk sekali lagi menunaikan haji.
“Alhamdulillah, tahun ni rezeki Allah makbulkan bersama anak di dalam kandungan saya ni…. Doakan saya dan bayi dalam kandungan diberi kesihatan yang baik bagi mengerjakan ibadah haji tahun ni mudahan dikurniakan haji mabrur,” tulisnya.
Shahida yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid Solehah itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, dia turut memuat naik foto bersama anak bongsunya, Yusoff Al Qardawi.
Menurutnya lagi, dia amat berterima kasih kepada suaminya yang memberi restu kepadanya untuk menunaikan ibadah tersebut.
Tambah Shahida, perkara yang paling berat adalah untuk meninggalkan anak-anak, terutamanya Yusoff yang baru berusia setahun.
”Terima kasih suami beri saya izin walaupun agak berat sebab saya tengah hamil…. Terima kasih sudi bagi peluang pada saya dan jagakan anak-anak.
“Jujur benda paling berat ialah tinggalkan anak-anak terutama Yusoff yang masih kecil…. Tapi saya yakin Insya-Allah anak-anak saya dalam perlindungan Yang Maha Esa…
“Kepada semua sahabat sama ada yang mengenali saya secara peribadi atau di media sosial saya memohon kemaafan jika ada terguris rasa atau terkasar yang membuatkan anda tersinggung,” katanya lagi.
Rata-rata pengikutnya turut mendoakan urusan Shahida dipermudahkan dan selamat.
Shahida berangkat ke tanah suci pagi semalam bersama ibu mentuanya, Rozita Ibrahim.
Terpaksa bertugas ke luar negara di ketika masih menyusukan bayi memang memeningkan kepala. Jangan bazirkan waktu dan reziki yang diberi, sebaliknya simpan dan bawa balik sahaja susu perahan itu pada anak.