top fazura

Beraya dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) suasananya memang agak berbeza. Ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman tercinta atau menziarah kaum keluarga sehingga berakhirnya bulan Syawal.

Norma baharu dalam kehidupan perlu dipraktikkan agar dapat memutuskan rantaian wabak Covid-19 daripada terus menular. Justeru penjarakan sosial, tidak bersalaman dan sering membasuh tangan antara perkara yang sering diwar-warkan kepada rakyat bagi menjayakan usaha ini.

Usia Kandungan Fazura Masuk 5 Bulan, Fattah Amin Beraya Dengan Keluarga Terdekat Sahaja Demi Kesihatan & Keselamatan Isteri Tercinta

Walaupun agak sukar untuk menerima hakikat itu, namun demi memutuskan rangkaian COVID-19, semuanya perlu dilalui dengan hati terbuka.

Itulah yang cuba dihadam pelakon, Fattah Amin yang meraikan Lebaran tahun ini dalam keadaan isteri tersayang, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura, berbadan dua.

Lapor Bharian online, Fattah mengaku kesihatan dan keselamatan isteri tercinta adalah perkara yang paling diutamakan sekarang.

Beraya dengan keluarga terdekat sahaja

“Hari Raya tahun ini, saya dan isteri sudah sepakat meraikannya dengan keluarga terdekat sahaja. Selalunya, kami akan balik kampung di Perak atau Pahang.

“Namun, berikutan PKPB dan tidak mahu mengambil risiko dengan keadaan Faz yang sedang hamil, kami beraya di Kuala Lumpur (KL) sahaja.

“Kebetulan, kedua orang tua saya, adik-beradik dan ibu mentua tinggal berdekatan. Bilangan mereka jika dikumpulkan semua tidak sampai 20 orang.

Usia Kandungan Fazura Masuk 5 Bulan, Fattah Amin Beraya Dengan Keluarga Terdekat Sahaja Demi Kesihatan & Keselamatan Isteri Tercinta

Ads

“Jadi, tahun ini, kami beraya dengan keluarga kedua-dua belah pihak sahaja,” kata pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 ini.

Tidak pergi ziarah raya

Keputusan itu turut dipersetujui Fazura sambil memaklumkan fokusnya lebih kepada menjaga kandungan yang sudah memasuki usia lima bulan.

“Sebelum ini, kami sudah berbincang untuk tidak melakukan aktiviti ziarah raya atau pulang ke kampung. Sebaliknya, hanya mahu meraikannya bersama keluarga yang ada di KL.

“Saudara-mara kita boleh jumpa saban tahun, tapi saya tak mungkin hamil setiap tahun.

“Justeru untuk tahun ini, kami mahu ikut saranan kerajaan meraikan Aidilfitri hanya pada Hari Raya pertama bersama keluarga yang tidak sampai 20 orang,” kata pelakon filem Dendam Pontianak ini.

Walaupun reda dengan apa yang berlaku, namun, jauh di sudut hati, terselit rasa terkilan apabila tidak dapat bertemu nenek kesayangan di kampung.

“Bukan sahaja tidak dapat berjumpa nenek, tapi rasa sedih sebab tidak dapat ziarah kubur arwah Papa,” luah pelakon kelahiran Pekan, Pahang ini.

Ads

Usia Kandungan Fazura Masuk 5 Bulan, Fattah Amin Beraya Dengan Keluarga Terdekat Sahaja Demi Kesihatan & Keselamatan Isteri Tercinta

Buat persiapan hari raya secara bersederhana

Tidak mengukur kemeriahan Hari Raya dengan persiapan serba mewah, kata Fazura, untuk tahun ini, mereka lebih selesa mengamalkan konsep sederhana.

“Kalau ikutkan hati, tahun ini saya hendak pakai jubah sahaja. Bukan hendak pergi ke mana-manapun. Tapi Alhamdulillah, ada sahaja teman-teman yang sudi menghadiahkan saya baju.

“Daripada segi biskut raya pula, ada yang saya beli dan buat sendiri.

“Sesuai dengan situasi ketika ini, kami raikan Hari Raya dengan kesederhanaan kerana ia lebih indah sebenarnya,” ujar pemenang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-27 ini.

Fazura syukur dapat jalani puasa walau dalam keadaan hamil

Berkongsi keadaan dirinya yang hamil, Fazura bersyukur, dia dapat menunaikan ibadat puasa tanpa berdepan masalah.

Ads

“Ramadan lalu, saya juga dapat berpuasa. Alhamdulillah, saya tiada masalah dan kandungan yang memasuki usia lima bulan berada dalam keadaan sihat. Saya juga bersyukur hamil ketika PKP dilaksanakan.

‘Sekurang-kurangnya, saya dapat berehat di rumah. Kalau tidak, tentu saya akan sibuk dengan kerja dan menjalani penggambaran di luar.

“Ketika ini, saya hanya bekerja dari rumah dan menguruskan perniagaan produk kesihatan dan pakaian secara atas talian.

Usia Kandungan Fazura Masuk 5 Bulan, Fattah Amin Beraya Dengan Keluarga Terdekat Sahaja Demi Kesihatan & Keselamatan Isteri Tercinta

“Sesekali saya akan ke pejabat untuk memeriksa stok barangan atau keluar membeli barangan keperluan dapur.

“Tetapi selebihnya, saya lebih selesa berada di rumah. Fattah sentiasa menemani dan menjaga saya,” ujar bintang berusia 36 tahun ini.

Pada 17 April lalu, Fazura berkongsi berita gembira dirinya hamil empat bulan di Instagram (IG).

Akuinya, dia sengaja merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum termasuk keluarga. Ini kerana dia mahu memastikan kandungan sihat sepenuhnya dan mengikut petua orang tua.

Sumber: Bharian Online & Instagram Fazura

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI