Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Si kecil lahir pramatang pada usia 33 minggu kini berdepan pelbagai masalah kesihatan.
Tiada ibu yang boleh hanya melihat penderitaan yang ditanggung anak. Air mata sudah kering, kini doa yang dititipkan ibu agar Nur Nia Qalesya yang baru berusia 51 hari makin pulih.
Ibu, Wan Salmi Suhana Wan Majeed meluahkan kebimbangan kepada perkembangan bayinya ini. Catatan ibu ini menyebabkan sesiapa yang membaca sebak…
Sepanjang kehamilan, ibu ini menghadapi kencing manis dan hb rendah. Bagi setiap kelahiran Wan Salm akani berhadapan dengan masalah kelahiran pramatang. Bagi memastikan kehamilan berjalan dengan baik kali ini, prosedur cervical cerclage dilakukan pada minggu ke-17 agar kandungan dapat dilanjutkan sehingga suatu tempoh.
19 Mei 2019
Anak mama Nur Nia Qalesya dilahirkan pada usia kandungan 33 minggu 3 hari. Syukur Alhamdulillah bayi yang dikandung kini sudah lahir. Namun kegembiraan mama sebentar sahaja. Selepas lahir, Nia disahkan positif GBS.
Hati mama risaukan Nia. Sejak hari pertama pertama dilahirkan Nia dimasukkan ke Neonatal Intensive Care Unit (NICU). Disebabkan masalah kelahiran pramatang dan berat ketika lahir 2.3kg Nia ditahan di NICU selama 14 hari.
Segalanya berlangsung dengan baik. Pemandangan setiap hari melihat kami berselirat wayar di wad lama kelamaan membuatkan mama jadi tabah. Dari hari ke hari mama dan abah menunggu saatnya untuk membawa Nia pulang ke rumah bertemu abang dan kakak.
Dalam menanti saat gembira bersatunya kita sekeluarga, kita dikhabarkan dengan satu berita mengejutkan. Hati mama dan abah benar-benar pilu. Tubuh kecilmu rupanya menanggung derita selama ini.
Ads
Bagaikan batu besar menghempap dada mama, Nia disahkan disahkan mengalami masalah jantung berlubang semasa berada di NICU. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui keadaan mama dan abah ketika itu. Doa & bertawakal agar Nia terus kuat.
31 Mei 2019
Setelah 2 minggu Nia berada di NICU akhirnya mama dan abah boleh membawa Nia pulang. Namun kepulangan tidak lama dan kamu kembali ke wad. Nia sekali lagi dimasukkan ke NICU disebabkan oleh jangkitan kuman meningococcal.
Anak mama Nia pernah alami pernafsan terhenti. Kamu benar-benar kritikal akibat kuman ini. Mama abah saban hari berdoa agar derita Nia makin berkurangan dan pulih. Ada masanya keadaan kritikal. Mama ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kamu ketika itu supaya cepat sembuh.
24 Jun2019
Tanggal 24 Jun, Nia melepasi tahap kritikal. Syukur sangat kepada Mu Ya Allah kerana masih memanjangkan usia puteriku.
Ads
Setelah dua minggu diwad akhirnya Nia discaj dan kita sama-sama balik ke rumah. Nia, abang dan kakak merindui kamu.
9 Julai 2019
Anak mama Nia yang kuat akhirnya diuji kesakitan sekali lagi. Ujian demi ujian dan kali ini Nia mengalami jangkitan kuman kat paru-paru. Mama dapat lihat dada Nia turun naik dengan pantas. Nia alami masalah nafas yang laju disebabkan batuk yang berpanjangan.
Maafkan mama tidak dapat membantu tapi mama janji akan sentiasa ada dengan Nia. Nia sekali lagi dimasukkan ke wad. Tubuh kecil Nia bertarung nyawa sekali lagi melawan kuman yang menyerang paru-paru. Air mata mama tak putus mengalir melihat kuatnya kamu sayang. Doa mama kamu terus kuat, jangan mengalah…
Ads
5 ABANG & KAKAK PERLUKAN PERHATIAN
Perhatian ibu ini perlu dikongsi dengan adik beradik yang lain. Wan Salmi Suhana turut mempunyai 5 anak yang lain.
Abang Nia, Aqil iman yang mengalami masalah pernafsan serta masalah kaki (oku) manakala Danish Iman berumur 3 tahun mempunyai masalah kesihatan dari kecil dah disahkan mengalami masalah pernafasan proximal tracheomalacia.
HILANG PUNCA PENDAPATAN
Suami Wan Salmi, yang mencari rezeki dengan menyediakan perkhidmatan Grab sepenuh masa kini terpaksa menumpukan sepenuhnya perhatian kepada anak yang mengalami masalah kesihatan.
Wan Salmi sendiri ialah seorang suri rumah sepenuh. Empat dari enam anak mereka mempunyai kesihatan dan perlu dibawa mendapatkan rawatan dan temujanji dengan pakar setiap bulan seperti othopedik dan lain-lain.
Bagi anda yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, bolehlah menyalurkan bantuan kepada Wan Salmi Suhana Binti Wan Majeed di akaun Maybank 164203522974.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isteri Shuhada Shukri meraih perhatian ramai. Shuhada yang sebelum ini menolak banyak tawaran belajar serta bekerja untuk mendirikan rumah tangga bersama Hafidz dan mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah tangga akhirnya dibalas pengkhianatan.
Selepas dikasari bekas suaminya, Shuhada bangkit untuk terus berusaha demi membesarkan dua cahaya matanya yang masih kecil. Aktif menjalankan perniagaan biskut rayanya kini, Shuhada atau lebih mesra dipanggil Shu turut menerima banyak lamaran sebagai duta untuk jenama terkenal.
Tidak terhenti disitu, rezeki Shu dan anak-anak semakin mencurah-curah hari demi hari. Hari ini Shu baru sahaja ditawarakan sebagai duta daripada pihak syarikat Dato Aliff Syukri, iaitu usahawan tudung dan kosmetik terkenal.
Menurut Dato Aliff, dia terpanggil untuk membantu ibu kepada 2 cahaya mata ini agar terus bangkit dalam hidup dan tahu keadaan Shu yang berusaha mencari nafkah hidup.
“Hari ni pertama kali saya jumpa @shushukriii ….riak wajah dia nampak sedih dan memendam”
“Saya cuba menyelami apa beliau rasakan….dan pada saya jika masih boleh diselamatkan rumahtangga mereka alangkah lebih baik”
Aliff Syukri turut berharap dengan bantuan yang dia salurkan sedikit sebanyak dapat membantu Shu meneruskan kehidupan.
“Saya juga tahu shu struggle demi mencari rezeki dan saya juga berkongsi rezeki untuk membantu beliau menjadi duta saya @as.hijabofficial”
“Mudahan sedikit sebanyak dapat membantu shu teruskan kehidupan”
Kasih sayang seorang isteri untuk suami, sempat selamatkan suami tersayang sebelum diri sendiri maut dalam kemalangan. Tindakan ini tidak disangka menjadi punca pemergian ibu ini bersama kandungan empat bulan.
Kejadian yang melibatkan motorsikal dan lori dekat berlaku di lampu isyarat Bukit Treh, Muar ini menyebabkan suami mangsa iaitu penunggang motorsikal cedera manakala ibu terbabit sebagai pembonceng motorsikal maut.
Mangsa yang dipercayai bernama Siti Farah Ain berdasarkan pengenalan diri meninggal dunia di tempat kejadian. Lebih memilukan ialah Allahyarham pergi bersama janin dalam kandungan di mana dia sedang hamil empat bulan.
Allahyarham dikatakan sempat menolak suaminya daripada dilanggar. Bagaimana pun, dia tidak sempat menyelamatkan diri telah digilis treler tersebut. Info ini adalah perkongsian daripada individu menerusi perkongsian di Facebook. Wanita ini mendakwa dia mendapat info tersebut menerusi saksi di tempat kemalangan.
Warganet dari Muar menerusi FB page daerah menzahirkan simpati dan takziah keapda keluarga mangsa & turut berkongsi berikan beberapa maklumat mengenai kejadian ini.
Memang tak mudah untuk menelan kenyataan ini. Bukan setakat suami dan anak-anak, ahli keluarga juga pastinya pilu menghadapi ujian ini disaat kita sedang menyiapkan pelbagai persiapan untuk menyambut Aidil Fitri.
Allahyarhamah Norliyana Roslan, ibu kepada dua cahaya mata ini menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas bertarung nyawa melahirkan bayi ketiganya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Melalui beberapa perkongsian abangnya, Redzuan Roslan dan juga adik, Izzati Roslan juga rakan-rakan dan kenalan, allahyarhamah dikatakan berjuang di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dikatakan pengsan sewaktu hendak bersalin.
“Innalillahiwainnailaihirojiunn. Terima kasih buat semua kawan-kawan yang mendoakan adik abam. Jenazah baru dikebumikan sebentar tadi.
Sehingga ke akhir hayatnya kami menunggu result scan otak dari Dr, moga-moga ada keajaiban, tetapi Allah lebih menyayangi dia.
Organ sudah banyak yang rosak akibat dari komplikasi ketika pengsan waktu nak bersalin. Jantung terhenti semasa dalam ambulans menyebabkan oksigen terhenti ke otak.
Sedih sebab masih terkejut dengan apa yang berlaku. Kalau ingat gambar di kenduri titi gantung, baru bulan lepas balik jumpa, baru minggu lepas ada wasup, hari ni melihat sekujur tubuh kaku di depan mata.
Tak boleh nak bayangkan dengan keadaan anak yang masih kecil, menangis rindu mama diorang.
Walaupun masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku, Abam redho pemergian dia di bulan ramadan yang mulia. Moga syurga buat mu adikku. Tenanglah disana bersama baby di syurga. Syahid seorang ibu,” tulisnya.
Malah menerusi perkongsian adiknya, Izzati Roslan, bayi syurga, anak ketiga allahyarhamah juga meninggal dunia sebelum pemergian ibunya.
“Bersalin di dunia, berpantang di syurga🥺♥️.
“Selamat beristirehat di syurga bersama baby,” tulisnya.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Baby tak dapat diselamatkan. Anak Kak Ana dah menghembuskan nafas terakhir jam 11 lebih tadi, dibulan yang mulia penuh keberkatan.
10 malam terakhir di bulan ramadhan perginya seorang putra. Syurga buat mu sayang,
Muhammad Amirul Faiz (nama yang Kak Ana nak bagi pada dia) Lahir 8 bulan cukup sifat (czer) Seberat 3.2kg
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.