Anak usia tiga tahun seharusnya sudah boleh diperkenalkan asas menulis,supaya boleh menulis dengan sempurna apabila ke tadika. Macam tak logikkakkan, seawal usia tiga tahun sudah kena mengajar anak menulis. Tetapi inilah yang disarankan oleh Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini supaya apabila anak ke tadika, dia tidak menghadapi masalah untuk menulis. Lebih-lebih lagi, anak ini akan memasuki darjah satu. Lebih kesian, anak ini akan ketinggalan ke belakang mungkin terpaksa memasuki kelas pemulihan!
Berikut panduan yang disediakan oleh Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali yang boleh dimanfaatkan untuk mendidik anak-anak.
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak kanak yang seiring juga dengan kemahiran membaca. Tahukan anda bawa asas kemahiran menulis sepatutnya di pelajari dan di kuasai se awal usia 3 atau 4 tahun.
TIP A
Cuba perhatikan adakah si kecil anda sudah boleh melakukan aktiviti asas menulis seperti berikut?
1.Boleh meluahkan rasa melalui lukisan.
2.Boleh dan mula berminat menggunakan pencil atau krayon atau marker untuk meniru dan menulis atau melukis.
3.Boleh meniru garisan lurus dan bulatan dan sudah mula dapat menulis simbol “X”dan juga “+”.
4.Berminat dan menunjukkan kesungguhan dalam menulis walapun belum sempurna sepenuhnya.
TIP B
Sebagai panduan juga, cuba perhatikan tingkah laku berikut pada si kecil anda supaya anda dapat mengesan lebih awal masalah kemahiran menulis pada si kecil anda:
TIP C
11 AKTIVITI BANTU ANAK SUKA MENULIS
Terdapat beberapa panduan yang boleh diambil bagi membantu sikecil anda menulis dan suka menulis.
1.Sediakan peralatan menulis yang pelbagai dan mencukupi. Beri anak pilihan untuk menulis di atas pelbagai bahan dan hanya terhad kepada menulis di atas kertas atau buku sahaja. Pelbagai peralatan menulis seperti notepad, kad, kotak, pelbagai jenis pensil atau warna pensil, krayon dan sebaginya perlu disediakan bagi menarik minat sikecil anda untuk menulis.
2.Sediakan huruf abjaid (dalam bentuk abjad plastik yang banyak terdapat di kedai kedai atau supermarket. Biarkan anak anda meniru menulis abjad berdasarkan huruf -huruf tersebut
3.Galakkan sikecil anda untuk melukis bagi menggambarkan ideanya setiap kali selepas sessi bercerita. Kebolehan melukis adalah asas kepada kemahiran menulis
4.Sentiasa tunjukkan pada si kecil anda nota-nota atau perkataan-perkataan bertulis antaranya yang terdapat dalam buku, majalah, menu, senarai membeli-belah dan sebagainya. Tunjukkan tulisan yang terdapat di mana-mana sahaja.
5.Mulakan latihan menulis dengan meminta si kecil anda menulis namanya sendiri dahulu. Kanak-kanak sangat suka menulis namanya sendiri dan juga nama nama orang rapat dengannya.
6.Bantu sikecil anda untuk menulis label namanya pada barang barang peribadi miliknya seperti beg sekolahnya, kotak pensil, pensil warna dan sebagainya.
7.Anda juga boleh meminta si kecil and meniru menulis perkataan dari majalah atau surat khabar atau mana mana gambar bertulis yang diminatinya.
8.Bagi membantu kemahiran motor halusnya, galakkan sikecil anda bermain dengan doh. Bantu dia membetuk huruf dengan menggunakan doh dan kemudian meniru menulis bentuk doh tersebut.
9.Selalulah berhubung dengan guru sikecil anda dan tanyakan bagai manakah kemahiran menulis di ajar di sekolah supaya anda boleh membantu dia meneruskan cara tersebut di rumah.
10.Berbincang dengan guru si kecil anda apakah kemahiran menulis khusus yang belum dikuasai oleh sikecil anda supaya anda dapat terus membantunya di rumah.
11.Berbincanglah secara santai dengan si kecil anda, tanyakan apakah aktiviti yang dilakukan di sekolah dan cuba selidik perasaannya tentang menulis. Adakah dia suka atau tidak dan kenapa?
Jadi, apa lagi ibu ayah, ini lah masa untuk mengajar anak-anak pada awal usianya. Lakukan secara santai untuk anak yang masih kecil. Maklumlah anak-anak kecil ni cepat bosan. Lakukan aktiviti ini secara menarik, bukan secara paksaan. Lakukan secara bermain sebagaimana Dr Mahani bagi 11 aktiviti di atas tadi. Selamat mencuba!