Tahniah diucapkan buat penyanyi Usop yang selamat menimang anak keduanya selepas isterinya Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.
Bayi perempuan comel itu dilahirkan pada Selasa lalu di sebuah pusat perubatan di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Usop meluahkan rasa syukur diatas kelahiran anak keduanya itu namun ralat berikutan tidak dapat menemani isterinya di bilik bersalin kerana terlibat dengan persembahan.
“Kalau ikutkan doktor beritahu bersalin hujung Mei atau awal Jun. Jadi semuanya berlaku secara mengejut.
Ads
“Petang semalam (Rabu) saya ke Sintok kerana terlibat dengan persembahan. Ketika acara disana berlangsung saya dimaklumkan isteri sudah berada di wad kecemasan.
“Memang tak sempat nak balik sebab saya perlu teruskan kerja. Takkan saya nak tinggalkan acara sebab orang dah bayar. Syukur isteri dan anak kami selamat,” katanya.
Sementara itu, Usop berkata dia sempat menemani isterinya makan di luar sebelum bertolak ke Sintok dan ketika itu belum ada tanda akan bersalin.
Ads
“Sejak awal pagi saya dah ada rasa isteri akan bersalin hari ini (Rabu). Saya sempat bawa dia keluar makan. Macam-macam dia nak makan termasuk pulut durian,” katanya.
Untuk rekod, Usop dan Fatihah mendirikan rumah tangga ada 4 Februari 2022. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Muhammaf Saif Umar kini berusia dua tahun.
Hati ibu mana yang tak sedih, anak yang dikandung pergi dalam keadaan diri si ibu tak bersedia. Ini jugalah yang berlaku pada ibu muda ini apabila anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia ketika pergi ke hospital untuk dapat rawaatan lanjut.
Bayi tidak bergerak
Pengalaman yang cukup menyedihkan ini dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Adinda.frmll di TikToknya.
Menurut Adinda, sebelum ini dia telah mendapatkan khidmat seorang bidan kerana bayi dalam kandungannya dikatakan tidak bergerak dan langsung tidak memberikan sebarang respon.
Apabila ditanya, bidan terbabit hanya memberitahu bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan baik dan kemungkinan bayi itu ‘malas’ untuk melakukan sebarang pergerakan.
17 jam tahan sakit
Adinda yang tidak sedap hati dengan jawapan bidan kemudian pergi ke pusat perubatan untuk melakukan pemeriksaan. Setelah diperiksa, dia dimaklumkan bahawa bayi dalam kandunganya sebenarnya berada dalam keadaan lemah.
Jururawat suruh aku lahirkan sendiri dan dia kata kalau contraction memang macam tu. Jadi bila anak dah keluar sendiri, baru panggil dia. Sedangkan ketika itu anak dalam kandungan sudah meninggal. Pada pukul 3 pagi, pembukaan dah lengkap. Masa itu aku dah tak ada tenaga dan penat.
Lebih menyedihkan apabila si kecil itu tidak dapat diselamatkan dan pergi menghadap Ilahi. Ketika itu, Adinda sudah tiada tenaga dan melihat situasi itu, jururawat terbabit mula panik. Doktor kemudian cuba mengeluarkan bayi dalam kandungan tersebut.
Masih trauma
Masih trauma melahirkan bayi yang sudah meninggal di dalam kandungan dengan induksi selama 17 jam.
Perkongsian ibu ini mendapat pelbagai respon dan rata-rata daripada mereka bersimpati dengan nasib yang dilalui wanita ini. Moga terus diberi kekuatan serta ketabahan melalui ujian ini. Pasti ada rezeki lebih baik nanti.
Perasaan gementar di kalangan ibu yang pertama kali bersalin adalah suatu perkara yang biasa. Tambahan pula ia adalah pengalaman pertama.
Ingat, pengalaman setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Jadikan pengalaman mereka sebagai panduan dan persediaan sebelum melalui proses kelahiran.
Dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang pengalaman dalam bilik bersalin, dapatlah anda menjangkakan dan membuat persediaan mental dan fizikal.
Bagi anda yang bakal dan cuba bersalin secara normal, berikut adalah antara perkara yang boleh anda jangkakan bakal berlaku semasa di bilik bersalin.
Dibawa ke bilik bersalin selepas fasa aktif kelahiran bermula
Jangan ingat sebaik sahaja merasai kontraksi dan bergegas ke hospital, anda akan terus dimasukkan ke dalam bilik bersalin.
Tidak. Bukan begitu. Anda akan diperiksa terlebih dahulu. Salah satu rutinnya ialah pemerikaan bukaan serviks. Untuk itu, doktor akan memasukkan jari ke dalam faraj dan mengira luas bukaan serviks ketika itu.
Jika masih dalam fasa awal, anda akan ditempatkan di wad buat sementara waktu. Setelah kontraksi berlaku setiap 5 minit, barulah anda akan dibawa ke bilik bersalin.
Kena buang najis terlebih dahulu
Selepas dimasukkan ke bilik bersalin, jururawat akan memberikan ubat pelawas supaya anda membuang air besar.
Sekiranya boleh, jangan minum terlalu banyak air sebelum ke bilik bersalin. Selain itu, pastikan anda sudahpun mencukur bulu kemaluan. Hal ini dapat memudahkan proses jahitan sekiranya anda perlu melahirkan anak secara pembedahan atau menjalani episiotomi.
Bilik bersalin biasanya bersuhu dingin
Bilik bersalin biasanya sejuk. Ada segelintir ibu bersalin tiba-tiba boleh mengalami peningkatan suhu badan dan demam lantaran tidak dapat menahan kesejukan.
Jadi, ada baiknya anda bawa baju sejuk daripada rumah. Jika ia masih tidak dapat memberikan kehangatan, anda boleh minta selimut daripada jururawat.
Sesetengah hospital membenarkan suami masuk untuk menemani anda. Jika tidak dibenarkan, anda akan berada di dalam bilik bersalin bersama jururawat sehingga bayi betul-betul bersedia untuk keluar.
Ubat tahan sakit boleh beri kesan sampingan
Dalam fasa aktif, kontraksi yang dialami semakin kerap dan sakit. Jija ada keperluan, doktor akan menawarkan pengambilan ubat tahan sakit seperti gas entonoks, suntikan pethidine atau epidural.
Dua jenis suntikan ini biasanya meninggalkan kesan sampingan seperti mengantuk atau loya. Ada pengalaman di mana ibu terlalu mengantuk sehingga tidak dapat meneran akibat pengambilan ubat tahan sakit jenis ini.
Namun, ramai yang mengaku bahawa ubat tahan sakit ini amat membantu dalam mengurangkan kesakitan yang dialami.
Kelahiran normal ada waktunya perlu guna alat bantuan
Jika anda berjaya melahirkan secara normal, bayi anda akan keluar apabila diteran. Sekiranya anda mengambil masa terlalu lama atau laluan terlalu sempit, doktor akan membuat potongan episiotomi.
Jika masih tidak berjaya, doktor mungkin akan menggunakan peralatan seperti vakum dan forsep.
Sesi sentuhan kulit ke kulit dengan bayi
Setelah berjaya dikeluarkan, bayi yang baru lahir akan ditunjukkan kepada anda terlebih dahulu untuk pengesahan jantina. Kemudian, hidung dan matanya dibersihkan sebelum diserahkan kepada anda untuk sesi sentuhan kulit ke kulit.
Namun, hal ini hanya akan berlaku sekiranya bayi dan proses kelahiran tiada apa-apa komplikasi.
Sesi ini amat penting untuk anda dan bayi. Ia dipercayai dapat menstabilkan suhu badan bayi. Inilah juga masanya untuk anda menyusukan bayi untuk kali pertama.
Selepas itu, bayi akan dibawa semula ke nurseri untuk dimandikan dan diazankan oleh suami anda.
Proses keluarkan uri
Selepas bayi selamat dikeluarkan, proses seterusnya ialah mengeluarkan uri daripada dalam rahim. Biasanya jarak masa melahirkan bayi dan mengeluarkan uri tidak lama. Sekitar 5 hingga 30 minit.
Anda mungkin dapat merasakan kontraksi kecil ketika proses ini. Ia adalah tanda uri sedang terpisah daripada dinding rahim dan sedia untuk dikeluarkan. Walau bagaimanapun lebih ramai ibu yang langsung tidak menyedari proses ini. Ada yang tidak perasan pun uri sudah keluar.
Proses jahit perineum tidak sakit
Jika melalui proses episiotomi, luka akan dijahit semula sebaik sahaja uri dikeluarkan. Walaupun sakit, namun tahap kesakitannya tidak teruk. Ramai ibu menyatakan boleh bertahan dengan kesakitan jahitan perineum kerana sakit kontraksi lebih menyakitkan.
Selepas proses ini, anda akan dipantau seketika bagi memastikan rahim mengecut dan tidak berlaku pendarahan. Selepas semuanya selesai, anda akan dibawa ke wad untuk berehat.
Petua tradisional patut dijadikan amalan oleh ibu berpantang memandangkan manfaatnya memang diyakini baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Sama juga halnya dengan hal-hal yang berkaitan dengan kecantikan wajah.
Petua yang boleh menaikkan seri wajah sewaktu berpantang sangat penting diamalkan, kerana ia akan membantu anda lebih bersemangat mengharungi tempoh berpantang yang dianggap panjang.
Paling menyeronokkan, bahan-bahan yang digunakan untuk menaikkan seri wajah ketika berpantang ini mudah sahaja untuk didapatkan.
Berikut adalah petua yang boleh anda praktikkan. Selamat mencuba!
1. Sapukan air kelapa tua ke seluruh wajah. Air kelapa mengandungi mineral yang dapat menaikkan keserian wajah. Jika tiada air kelapa tua, boleh juga menggunakan air kelapa muda.
2. Selepas mandi, basuh muka dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga.
3. Sapukan yogurt asli ke seluruh bahagian wajah untuk mengekalkan kelembapannya.
4. Sapukan ke wajah masker daripada tomato ranum dan biarkannya kering sebelum dibilas menggunakan air suam.
5. Bagi ibu berpantang yang berkulit kering, sediakan campuran bedak sejuk yang dicampur dengan madu untuk menambahkan kelembapan wajah.
6. Di setiap pagi dan petang, sapu bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan kisaran kunyit hidup untuk menaikkan seri wajah.
7. Boleh juga menggunakan bedak sejuk yang dicampurkan dengan perahan air asam jawa.
8. Letakkan teh uncang yang telah digunakan pada lingkaran gelap bawah mata untuk menghilangkan kesan lebam akibat berjaga sepanjang malam.
9. Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum setiap pagi dan malam. Selain menaikkan seri wajah, ia turut melancarkan peredaran darah dalam badan.
10. Rebus air akar kayu dan campurkan bersama ibu kunyit hidup untuk diminum pagi dan petang. Ia turut bagus untuk membuang angin dan melancarkan peredaran darah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.