Tahniah diucapkan buat penyanyi Usop yang selamat menimang anak keduanya selepas isterinya Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.
Bayi perempuan comel itu dilahirkan pada Selasa lalu di sebuah pusat perubatan di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Usop meluahkan rasa syukur diatas kelahiran anak keduanya itu namun ralat berikutan tidak dapat menemani isterinya di bilik bersalin kerana terlibat dengan persembahan.
“Kalau ikutkan doktor beritahu bersalin hujung Mei atau awal Jun. Jadi semuanya berlaku secara mengejut.
“Petang semalam (Rabu) saya ke Sintok kerana terlibat dengan persembahan. Ketika acara disana berlangsung saya dimaklumkan isteri sudah berada di wad kecemasan.
“Memang tak sempat nak balik sebab saya perlu teruskan kerja. Takkan saya nak tinggalkan acara sebab orang dah bayar. Syukur isteri dan anak kami selamat,” katanya.
Sementara itu, Usop berkata dia sempat menemani isterinya makan di luar sebelum bertolak ke Sintok dan ketika itu belum ada tanda akan bersalin.
“Sejak awal pagi saya dah ada rasa isteri akan bersalin hari ini (Rabu). Saya sempat bawa dia keluar makan. Macam-macam dia nak makan termasuk pulut durian,” katanya.
Untuk rekod, Usop dan Fatihah mendirikan rumah tangga ada 4 Februari 2022. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Muhammaf Saif Umar kini berusia dua tahun.
Menarik: Moga Jadi Anak Soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang
Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil, Bakal Ibu Kena Tenang-Tenang Saja/
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Rahim Cedera, Pendarahan Macam Air Paip Mengalir”, Jururawat Perbidanan Kongsi Risiko Ibu Pilih Bersalin Di Rumah
Rahim adalah organ yang banyak salur darah bila wanita sedang hamil. Sebarang kecederaan di situ semasa proses kelahiran bayi boleh mengundang pendarahan teruk sama macam air paip mengalir.
Ia bukan cakap tanpa fakta dan bukti tetapi pernah disaksikan sendiri oleh seorang jururawat perbidanan, Nor Azniza yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang perbidanan. Beliau berkongis ilmu serta mengingatkan risiko yang mungkin ada kepada ibu-ibu muda masa kini yang terfikir untuk memilih proses kelahiran bayi di rumah sendiri.
supaya org tak salah faham
peroses bersalin memang fitrah. tapi ia juga berisiko. kalau tak manakan dtg ayat “ibu yg mati bersalin tu ,mati syahid”..
maksudnya? tak semua org selamat.
tak boleh samakan mariam a.s dgn kita. mariam a.s dia adalah rahmatan lil alamin. wanita yg melahirkan seorg nabi.
itu Pun Allah hantarkan jibrail utk membantu. suruh Mariam a.s goncang pokok kurma. supaya ada tenaga, utk mariam a.s melahirkan, menjaga bayinya nanti.
kenapa kurma glamour?
mak2 nak veranak biasanya tak lalu makan. jadi kita encourage ibu utk makan sikit tapi kalori dapat byk utk menjana tenaga.
dulu2 kalau nak bagi tenaga pada ibu bersalin kita suruh ambil coklat. tapi coklat bukan makanan sebenar. ia prosesing food yg tinggi gula. sedangkan kurma real food. nabi muhammad s.a.w ambil 2 ulas aje dah cukup…jadi itu pasal kurma menjadi pilihan.
dulu ada ibu minta nasihat, utk boleh tak dia bersalin kat rumah with 2 prev czer utk kandungan ke3 nak cuba normal. saya kata timbangkan balik. memang rahim pecah tu percent kecil. tapi kalau ia berlaku tak de sapa boleh stop proses tu. tak ada tanda. kalau dah pecah baru ada tanda.
rahim pecah bukan mitos… dan saya tak boleh jamin anda dlm group yg percent kecil tu.
dah 15 tahun dlm bidang midwifery ni. saya dah pernah tgk.
bila jadi dan salah seorg tak selamat. atau dua2 tak selamat. masa tu semua org akan blame each other. semua org akan depression baik dari side medical team dan side keluarga
timbangkan dan fikirkan baik2. kalau puan berkeras juga saya nasihat buat di hospital. cari doktor yg support. tapi bukan dirumah.
rahim adalah diantara organ yg banyak salur darah bila kita hamil…sebarang kecederaan di situ mengundang pendarahan yg menggila.
mungkin anda semua tak pernah lihat pendarahan bagaikan air paip yg mengalir.
pendarahan yg tdk dpt dikawal hingga mengganggu enzim pembekuan darah . menyebabkan semua rongga di tubuh ibu tersebut berdarah. hidung, telinga,mata, mulut…yg ini kita panggil DIVC (DISSMINATED INTRAVASCULAR COAGULATION)..
KES BEGINI TERJADI BILA IBU MENGALAMI PENDARAHAN LAMBAT MENERIMA BANTUAN PERUBATAN.
jika berlaku dirumah , tiada bantuan yg cepat boleh diberikan jika berlaku rahim pecah.
kenali tubuh anda…jika anda ibu berisiko tinggi. jangan sesekali nak samakan dgn ibu berisiko rendah… apa jua jenis kelahiran yg anda lalui tdk mengurangkan perasaan keibuan anda
Nor Azniza
jururawat perbidanan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ingat Sakit Perut, Tak Sangka Hamil. Hampir 7 Minit Bayi Dalam Mangkuk Tandas
Seorang wanita yang tidak tahu dia hamil sehingga melahirkan anak di tandas hospital benar-benar satu keajaiban. Sebelum itu niatnya ke hospital kerana sakit perut.
Namun ‘keajaiban’ berlaku apabila wanita tersebut melihat lengan kecil di dalam mangkuk tandas dan ketakutan apabila menyedari nyawa bayinya itu berada dalam bahaya.
Kira-kira 7 minit dalam mangkuk tandas
Menerusi laporan Daily Mail, bayi lelaki tersebut dalam keadaan tidak bermaya dan tidak juga bernafas ketika dikeluarkan dari mangkuk tandas setelah kira-kira tujuh minit tersepit.
Bayi berkenaan yang dilahirkan cukup bulan kini dalam keadaan sihat selepas diberikan bantuan oksigen dan dipantau pihak hospital.
Ibu muda berusia 23 tahun itu telah dibawa ke bahagian kecemasan Hospital Northwick Park, London oleh ahli keluarganya selepas mengadu sakit perut pada 26 Mac lalu ketika berada di rumah.
Lima bulan sebelumnya, wanita berkenaan mula mengambil pil perancang kehamilan setelah mendapatkan nasihat doktor.
Buat ujian kehamilan negatif
Wanita itu tidak merancang memiliki anak dalam masa terdekat sebelum menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Universiti Roehampton.
Dia juga telah melakukan dua kali ujian kehamilan pada Februari lalu dan kedua-duanya menunjukkan keputusan negatif.
“Jika saya tahu saya mengandung, saya akan menghargai saat-saat itu dengan pergi membeli-belah, menyediakan barang untuk bayi saya,” ujar wanita itu.
Ingatkan kesan pengambilan pil perancang
Wanita berkenaan juga kesal dengan doktor keluarga yang dirujuk sebelum ini atas kelalaian dalam melakukan ujian sehingga dia tidak mengetahui dirinya mengandung.
Dia yang baharu menjalani pembedahan telah beberapa kali merujuk kepada doktornya setelah mengalami beberapa simptom.
Wanita tersebut mengaku mengalami penambahan berat badan dan sesak nafas, lalu memutuskan berhenti dari mengambil pil perancang.
“Ia satu rahmat dan saya gembira dengan kelahiran bayi saya. Tetapi sejujurnya, hasil pembedahan itu sepatutnya menunjukkan sesuatu kerana saya memaklumkan saya sudah berkahwin dan mahu melanjutkan pengajian ijazah sarjana saya,” jelasnya.
Berita kelahiran bayi ini bukan sahaja mengejutkan wanita berkenaan, malah suaminya yang sedang berada di luar negara turut tidak menyangka mereka menimang cahaya mata dengan cara yang tak disangka-sangka.
Sumber: Daily Mail; Siakap Keli
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Mandi Lepas Bersalin Kena Tahu Beberapa Perkara Penting Ni Dulu!
Selesai proses kelahiran anak, pastinya ibu-ibu mahukan keselesaan. Tetapi boleh ke mandi selepas bersalin?
Penjagaan ibu selepas melahirkan anak
Sesudah selesai proses melahirkan anak, pastinya para ibu mahu berasa selesa. Apatah lagi ibu-ibu perlu berdepan dengan darah dan cecair yang keluar semasa dan selepas bersalin.
Pastinya mandi boleh memberikan keselesaan yang ibu inginkan, tetapi adakah dibenarkan mandi selepas bersalin?
Atau terdapat tempoh tertentu yang perlu ditunggu sebelum boleh untuk ibu-ibu membersihkan diri dan mandi?
Bolehkah mandi selepas bersalin?
Proses kelahiran secara normal pastinya keadaan yang boleh mewujudkan tekanan dan ketengangan pada faraj, bahkan boleh akibtakan koyakan.
Manakala kaedah melahirkan anak yang lain seperti pembedahan C-section akan menyebabkan luka atau jahitan yang memerlukan ia untuk sembuh dengan sebaiknya.
Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor akan menyarankan untuk ibu-ibu mandi setelah prosedur bersalin kerana ia melibatkan aspek penjagaan ibu selepas bersalin. Kenapa pula?
Ini disebabkan ia turut membantu mendorong badan untuk memulakan proses pemulihan dan penyembuhan dengan segera.
Mandi secara biasa jarang mencetuskan bahaya. Tetapi mandi menggunakan tab mandi adalah sesuatu yang amat perlu dihindari kerana ia meningkatkan risiko jangkitan bakteria.
Bila waktu sesuai mandi selepas bersalin?
Bagi ibu yang melalui proseskelahiran normal atau melalui faraj, anda akan disarankan doktor untuk mandi apabila ada masa untuk anda mandi.
Walau bagaimanapun, mandi menggunakan tab masih perlu dielakkan.
Namun, keadaan ini berbeza sedikit jika area perineum perlu dijahit selepas anda selesai melahirkan anak.
Situasi yang sama turut melibatkan wanita yang melalui proses C-section
Keadaan ini berikutan jahitan serta luka pada badan masih belum sembuh sepenuhnya dan doktor tidak mahu mendedahkan ia kepada risiko jangkitan.
Disebabkan itu, anda mungkin perlu mengelakkan diri daripada untuk tempoh selama 4 hingga 6 minggu.
Manfaat mandi selepas bersalin
Mandi secara umumnya dapat memberikan kesegaran kepada badan.
Tetapi manfaat mandi selepas bersalin dalam aspek penjagaan ibu selepas melahirkan anak turut melibatkan faktor emosi dan fizikal.
- Dapat mandi dengan sempurna memberikan ibu rasa bersih, mengembalikan kesegaran dan lebih bertenaga untuk menjaga anak
- Mandi pancuran air suam pastinya dapat membantu merangsang peredaran darah di dalam badan
- Kesakitan dan ketidakselesaan pada faraj sewaktu proses melahirkan anak secara normal dapat diredakan dengan mandi
- Keletihan dan kesakitan kesan mengandung dapat dikurangkan dengan mandi
- Bagi kes tertentu, doktor akan menyarankan ibu untuk mandi bagi membersihkan jahitan dengan betul dan menghindari elemen luar yang boleh mengakibatkan jangkitan
- Bersihkan badan khususnya payudara adalah penting kerana bayi akan menyusu
- Wanita yang mengalami pembengkakan payudara mendapati mandi air suam dapat mengurangkan kesakitan
Mandi: Aspek penjagaan ibu selepas melahirkan anak
Untuk pertama kalinya mandi setelah selesai proses kelahiran, pastinya anda perlu berhati-hati. Ini penting bagi mengelakkan sebarang kecederaan fizikal dan juga jangkitan.
Anda bukan sahaja perlu menjaga diri demi diri sendiri tetapi ia juga adalah untuk kesejahteraan bayi.
Sebaiknya pastikan tempat mandi adalah bersih dan gunakan air dengan suhu yang sesuai, elakkan terlalu sejuk atau terlalu panas.
Anda disyorkan untuk tidak menggunakan sebarang sabun atau bahan dengan pewangi kerana ia boleh memberikan tindak balas kepada kulit atau luka jahitan.
Setelah selesai mandi, pastikan anda mengeringkan badan sebaiknya dan lebih berhati-hati terutamanya pada bahagian jahitan. Ini untuk mengelakkan sebarang kelembapan padanya.
Langkah penjagaan untuk mandi
Sebelum mandi, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan bagi menghindari wujudnya sebarang masalah, seperti:
- Jangan buat keputusan mandi sendiri. Pastikan anda mendapat persetujuan daripada doktor terlebih dahulu
- Jika anda sudah mengalami jangkitan pada luka atau sebarang penyakit lain, disarankan untuk menghindari daripada mandi
- Ketika mandi, pastikan suhu air adalah bersesuaian. Suhu yang berlebihan boleh menyebabkan anda pening. Ini berikutan anda telah kehilangan banyak darah semasa prosedur bersalin.
- Pastikan anda boleh berdiri dan mandi dengan sebaiknya, jika tidak mungkin anda perlu elakkan daripada mandi
- Penggunaan tandas duduk atau kerusi semasa mandi bagi wanita yang bersalin C-Sec mungkin pilihan terbaik
- Mandi apabila selesai bersalin mungkin akan menyebabkan keluarnya keputihan. Ini adalah normal dan tidak perlu dirisaukan
- Penting untuk pastikan anda telah mengeringkan kulit dengan sebaiknya bagi mengelakkan kelembapan pada jahitan bersalin
Utamakan kesihatan
Mandi selepas bersalin pastinya dapat memberikan keselesaan dan kesegaran.
Malahan pasti ada ibu yang membayangkan untuk mandi dan berendam di dalam tab mandian, bukan?
Walaupun boleh memberikan ketenangan tetapi ia bukan pilihan yang baik terutamanya dalam aspek penjagaan ibu selepas melahirkan anak. Jadi kena elakkan ya, ibu-ibu?
Keutamaan anda kini adalah untuk memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri dan bayi.
Pastikan anda mendapat persetujuan daripada doktor sebelum anda membuat keputusan mandi setelah selesai prosedur kelahiran.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI