Dalam bab menguruskan keperluan anak memang kaum ayah kagum dengan kehebatan kaum ibu. Bermula sejak anak dalam kandungan sampai anak nak masuk sekolah merekalah golongan yang paling sibuk sekali memastikan persiapan anak lengkap semuanya tak ada yang tertinggal.

Kaum ayah juga akan ‘surrender’ bila bab ini termasuk urusan menyediakan pakaian anak. Jangan sampai pakaikan anak baju tidur waktu siang, memang akan masam lah muka ibu yang melihat penampilan anak.

Itu belum lagi bab melipat dan menyusun pakaian sampaikan penceramah bebas terkenal, Ustaz Ebit Liew pun mengakui betapa hebatnya golongan wanita yang bergelar isteri dan ibu ini. Ikuti perkongsian beliau.

Suka dengar cerita anak-anak balik sekolah. Semua bercerita pada bidadari saya. Yang anak perempuan cerita beg sekolah sama dengan orang ini. Bekal air macam adiknya. Kasut begini-begini…yang anak lelaki cerita berapa orang kawan barunya..

Umi nya pun layan bersungguh-sungguh. Yeker tuler umi pun dengar nenek dia kata sama jenis beg. Sebak sangat hebat wanita. Ingat mak saya dulu layan saya begitulah. Begitulah wanita, mak-mak. Mereka terperinci satu-satu. Bukan pakai beli. Semuanya ada tujuan dan sebab..

Ingat seluar jer dan baju jer. Ada seluar malam. Seluar siang. Baju malam. Baju siang. Baju jalan. Baju dekat rumah. Supaya tak panas. Supaya tak sejuk. Supaya takde nyamuk. Supaya anak tak nampak pelik. Seluar biru baju hijau. Masa lipat ikut jenis. Ikut warna. Seluar dekat sekolah,seluar main, seluar kalau tinggal kat orang,seluar spare.. Ya Allah…kalau saya lipat nak cepat siap jer..

IKLAN

Ustaz Ebit Lew Kagum Dengan Kehebatan Kaum Ibu Uruskan Keperluan Anak Sampaikan Lipat Baju Pun Ikut Kategori

Kita semua nak cepat-cepat lepas tu tak jumpa cari..

Tadi dekat sekolah saya tanya cikgu dah ambil photostat surat beranak anak yang 4 tahun ini. Cikgu perempuan,cepat-cepat buka beg anak. Bahagian mana photostat tu ustaz. Saya dah gelak. Sebab wife yang kemas beg baru anak tu. Beg anak semua wife kemas. Mana lak yer letak..hehe..dalam tu macam-macam ada..

IKLAN

Cepat-cepat jawab. Cikgu lain dah ambil agaknya sebab tadi ada pesan masa ramai-ramai orang. Tersenyum seorang diri..malunya ya Allah. Bidadari saya yang kemas semua tu..

Abang sebelah saya lak tanya ini pensil dan barang siapa yer cikgu. Sebab anaknya pegang. Cikgu lak pening. Memang ada dalam beg tu kot abang. Oh yeker..takper-takper cikgu. Nanti saya balik tanya isteri saya..

Saya dah gelak dah. Ya Allah semua suami nak tanya isteri. Sayang katner yer? Ini dekat mana? Pagi-pagi anak siap-siap cari baju sekolah. Ayah pun tanya isteri. Sayang mana kopiah abang? Ayah pun macam baru nak masuk sekolah hari pertama…

IKLAN

Begitulah wanita. Anak sekolah. Mereka dah risau fikir dari tahun lepas lagi. Dah 2 tahun fikir. Mana bekal air. Mana stokin. Mana baju dalam. Mana beli tempah label nama supaya barang kurang hilang dan tertukar. Aduh banyak lagi ni kena belajar..

Rindu mak tercinta. Terima kaseh sayang buat abang ketawa hari ini sambil menangis…benarlah wanita itu pelengkap dan tunjang hidup seorang lelaki…

Ya Allah…rahmatilah ampunilah sayangilah ibuku..bidadariku. Berkatilah semua wanita di dunia ini. Begitu indahnya ciptaanMu ya Allah-…ebit lew

Sumber: Ebit Lew

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI