Enam beranak yang menghuni pondok buruk dalam kebun getah di Kampung Air Kembai, Mukim Kupang di Baling menarik nafas lega apabila bakal menerima rumah baharu lebih selesa Ramadan ini.

Megat Noor Asyeqi Megat Hussin, 36, berkata dia terpaksa berteduh di pondok itu bersama isteri, Siti Roshamilia Mat Radzi, 32, dan empat anak mereka sejak lebih setahun lalu.

Ustaz Ebit Menangis Tengok 6 Beranak Tinggal Dalam Pondok, Anak Pula Baik & Pandai
Kredit: Metro

Pernah sewa rumah tapi tak mampu bayar

Menurutnya, sebelum ini dia ada menyewa rumah, namun pendapatannya sebagai penoreh getah yang tidak menentu menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke pondok berkenaan.

“Saya sedih melihat tiga anak (Puteri Amira Husna, 11, Puteri Aleesya Husna, 8, dan Megat Hanif Mukhriz, 7) yang sudah bersekolah terpaksa belajar dalam keadaan serba kekurangan.

“Walaupun hidup miskin, saya sangat pentingkan soal pendidikan anak agar mereka tidak terabai dan menerima nasib seperti saya,” katanya ketika ditemui selepas dikunjungi Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Megat Noor Asyeqi berkata, meskipun hidup serba kekurangan, anaknya masih berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di sekolah.

IKLAN

“Puteri Amira berjaya mendapat tempat pertama peperiksaan akhir tahun dan turut mendapat tempat pertama di sekolah agama tahun lalu. Puteri Aleesya pula mendapat tempat kedua peperiksaan akhir tahun dan tempat pertama di sekolah agama. Hanya anak bongsu (Puteri Anisa Husna, 4) yang masih tidak bersekolah,” katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, pihaknya akan membantu membina rumah baharu di tanah milik bapa Megat Noor Asyeqi yang terletak tidak jauh dari kebun getah berkenaan.

Katanya, rumah berkenaan akan dilengkapi bilik tidur, dapur dan bilik air bagi membolehkan keluarga itu hidup selesa dan anak Megat Noor dapat terus belajar.

Ustaz Ebit Menangis Tengok 6 Beranak Tinggal Dalam Pondok, Anak Pula Baik & Pandai

Menangis tengok kesusahan 6 beranak

IKLAN

Sementara itu, dalam perkongsian terbaru di Facebook Ebit Lew, beliau kembali semula memulakan kerja amalnya membantu insan memerlukan. Beliau turut berkongsikan kisah keluarga ini yang cukup buatkan hatinya sebak.

Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal disini. Dalam pondok atau khemah. Sedihnya. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya. Naik hilux atau jalan kaki. Banyak nyamuk. Tandas tiada air. Air hujan jer. Setahun macam manalah yer anak baik tinggal disini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.

Ustaz Ebit Menangis Tengok 6 Beranak Tinggal Dalam Pondok, Anak Pula Baik & Pandai

Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Tapi tuler mesti lambat lagikan ustaz. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih yb dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua.

IKLAN

Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.

Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.

Ustaz Ebit Menangis Tengok 6 Beranak Tinggal Dalam Pondok, Anak Pula Baik & Pandai

Bagaimanapun difahamkan keluarga ini terpaksa menolak permintaan Ustaz Ebit untuk berpindah ke pekan Baling kerana jauh dari kebun getahnya untuk menoreh.

Alhamdulillah hasil dari kerjasama semua pihak, keluarga ini bakal menerima rumah yang lebih selesa bagi menjamin keselamatan ahli keluarga dan keselesaan anak-anak.

Sumber: Metro & Ebit Lew

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI