Dikurniakan seorang anak autism sememangnya satu anugerah dan ladang pahala yang besar buat ibu bapa. Namun berdepan cabaran dan kesabaran dalam mendidiknya bukan sedikit.
Tampil prihatin dengan ibu bapa, Ustaz Kazim Elias tampil berkongsi doa khas untuk anak autisme yang boleh diamalkan setiap hari oleh ibu bapa.
Menerusi video di laman TikTok, doa untuk anak autisme ini agak pendek, mudah untuk dihafal dan boleh dibaca setiap kali selepas selesai menunaikan solat fardu.
Perkongsian doa untuk anak autisme adalah seperti di bawah:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu. Tidak ada satu makhluk yang bergerak (bernyawa) melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”
Ayat ini menunjukkan kebergantungan Nabi Hud kepada Allah SWT dan penegasan bahawa Allah yang menguasai segala sesuatu. Ia juga menegaskan kepastian Allah sentiasa adil dan berada di jalan yang lurus.
Ads
Menerusi video pendek itu, ibu ayah disarankan mengamalkan doa untuk anak autisme ini sebanyak 16 kali selepas menunaikan solat Subuh dan 10 kali selepas solat Zohor, Asar, Maghrib serta Isyak.
Doa untuk anak autisme ini disarankan agar dibaca dekat air dan berikan kepada anak untuk minum selain membacanya ketika dia tidur sambil memegang ubun-ubun kepala.
Semoga perkongsian doa untuk anak autisme ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa malah membantu kedua ibu bapa untuk membesarkan anak mereka dengan baik.
Dua beradik berpelukan di tingkat atas rumah terbakar berjaya diselamatkan Bomba. Dalam satu insiden mendebarkan di Taman Sri Kota, Kuala Kedah, dua kanak-kanak ditemui dalam keadaan kaku berpelukan oleh anggota bomba selepas rumah mereka terbakar.
Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Zulkifli Abd. Azis, beliau bersama seorang lagi anggota menyusup masuk ke tingkat atas rumah yang sedang marak untuk menyelamatkan dua beradik yang dipercayai terperangkap dalam sebuah bilik.
“KAMI DAPATI MEREKA BERDUA HANYA BERPELUKAN TANPA MENANGIS, MUNGKIN TERKEJUT. MASA KAMI SAMPAI, KAKAKNYA BERSUARA PERLAHAN – KATANYA, ‘BOMBA DAH SAMPAI’, MACAM LEGA SANGAT DIA NAMPAK KAMI,” KATANYA KETIKA DITEMUI DI TEMPAT KEJADIAN.
Kedua-dua mangsa, seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun dan adik lelakinya berusia tiga tahun, berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Mereka ditemui dalam keadaan tenang walaupun berada dalam situasi yang sangat mencemaskan.
Zulkifli menjelaskan, mereka naik ke tingkat atas dengan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) selepas dimaklumkan ada mangsa masih berada dalam rumah.
Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba merangkap Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Wan Azizul Hakim Wan Jaafar, memaklumkan bahawa panggilan kecemasan diterima pada jam 10.16 pagi sebelum jentera dan anggota dihantar ke lokasi kejadian.
Beliau turut memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah rumah teres berkembar dua tingkat, dengan kemusnahan dianggarkan sekitar 70 peratus.
“KEBAKARAN TURUT MEMUSNAHKAN SEBUAH KERETA PROTON SAGA DAN LAPAN BUAH MOTOSIKAL,” JELASNYA.
Punca kejadian masih dalam siasatan, dan pihak bomba sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti sebab sebenar kebakaran berlaku. Syukur, dua beradik itu selamat walaupun nyaris menjadi mangsa tragedi.
Jangan tanya, persoalkan bila nak ada zuriat, nasihat ini buat yang sedang berusaha. Setiap pasangan yang berkahwin inginkan zuriat sebagai penyambung keturunan. Namun rezeki manusia itu berbeza-beza. Ada yang sudah bernikah bertahun-tahun lamanya tapi masih belum ada rezeki anak.
“Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”… Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama
Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata tanpa fikir perasaan orang lain..
“Rugi kalau dapat anak lambat.. Nanti bila dah tua, anak-anak masih kecil”
“Jangan la biar lama-lama baru nak dapat anak.. Takut nanti tak sempat nak menimang cucu sendiri”
“Takde berubat mana-mana ke? Cubalah ikhtiar”
“Orang perempuan ni kalau dah kahwin tapi takde anak, dah serupa macam kain buruk”
“Bro.. Air mani kau tak power kut…”
MashaALLaH… Yang berkata dan bertanya pun seolah-olah seperti tiada iman.. Ingat anak ni macam beli air kat vending machine ke? Masuk duit, tekan punat nak jantina apa, terus keluar anak tu? Satu lagi, pasti ke yang kita akan hidup sampai tua? Sedangkan Nabi ALLaH Zakaria a.s. diuji dengan tiada zuriat sehinga Baginda tua.. dan Baginda tak putus-putus berdo’a memohon agar dikurniakan zuriat.. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi ALLaH SWT.. Akhirnya Nabi Zakaria a.s. dan isterinya yang mandul dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Yahya a.s.
Hanya mereka yang faham saja akan benar-benar mengerti.. Setiap bulan si isteri berdebar menanti kedatangan haid dengan harapan biarlah “sangkut”.. Alangkah kecewanya hati, alangkah sedihnya hati bila tiba-tiba “bocor”.. Air mata cepat-cepat dikesat agar jangan sampai suami nampak.. Serta-merta terus berpura-pura gembira seolah-olah takde apa yang dirasa kerana taknak suami turut kecewa..
Bukan taknak ikhtiar.. Fitrah manusia itu sendiri berikhtiar.. Zaman sekarang dah ada macam-macam teknologi canggih.. Tapi bukan semua orang mampu.. Katalah kalau mampu sekalipun, bohong kalau takde rasa bimbang.. Bagi si isteri, bagaimana kalau terbukti memang dia tak boleh mengandung? Bagaimana penerimaan suami nanti? Apa fungsi seorang isteri? Perlukah diizin suami menikah lagi?
Bagi si suami pula, bagaimana jika terbukti dia tak mampu memberi zuriat? Hancurkah ego seorang lelaki? Hilangkah kejantanannya? Bagaimana harus dijelaskan kepada isteri? Semua ini memerlukan tahap redha dan persediaan mental yang amat tinggi.. Ada juga suami yang salahkan isteri setiap bulan apabila isteri datang haid.. Seolah-olah isteri itu yang menentukan dia mahu hamil atau tidak.. Tak semua pasangan mampu duduk bertentang mata untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini..
Hati isteri mana yang tak tersentuh melihat suami mendukung anak orang lain? Hati suami mana yang tak terkilan melihat isteri membelek-belek dan merenung pakaian bayi yang comel-comel ketika keluar shopping bersama?
Anak angkat. Memang mudah untuk dilafazkan tapi tak semua pasangan mampu melakukannya. Ada suami yang berkeras hanya mahukan zuriat daripada bakanya sendiri.. Ada pula yang memikirkan masa depan anak itu nanti. Bagaimana nak hadapi waktu untuk menjelaskan status anak itu nanti bila dia sudah dewasa.
Satu lagi yang ramai terlupa.. Anak angkat juga merupakan rezeki anugerah Allah. Bukan semua pasangan ALLaH hadiahkan anak angkat.. Ada kes yang bertahun-tahun mencari anak angkat tapi ada je halangannya.. Duit dah keluar, tapi akhirnya si ibu ubah fikiran.. Ada juga yang memohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi proses itu tidak semudah ABC.. Banyak prosedur dan saringan yang akan dilakukan.. Akhirnya penantian itu jadi terlalu menyiksakan..
Kepada pasangan yang ALLaH uji tanpa zuriat lagi, kuatkanlah semangat kalian.. Mungkin ALLaH nak bagi masa untuk kalian kuatkan ikatan perkahwinan. Mungkin ALLaH nak kalian enjoy honeymoon lama sikit.
Bersangka baiklah kepada ALLaH. Jangan putus berdo’a dan cubalah cari masa yang sesuai untuk berbincang suami isteri. Pilihlah jalan terbaik. Jika nak ikhtiar, biarlah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bagi keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, hentikan soalan-soalan yang boleh mengguris perasaan. Ini semua hak mutlak Allah.
Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada’ dan Qadar ALLaH.. Hati-hati jangan sampai jatuh kufur.. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.
Kita tak tahu nasib anak kita nanti macam mana. Apa jadinya dia bila dewasa. Betul, anak yang soleh/solehah boleh membantu ibu bapa di Akhirat.. tapi anak juga mampu menarik tangan ibu dan bapa ke neraka. Jangan sibukkan hal orang lain sehinggakan hal mendidik anak itu kita abaikan.
KEPADA YANG MASIH MENCUBA, AMALKANLAH DO’A NABI ZAKARIA A.S. IAITU AYAT 89 DARIPADA SURAH AL-ANBIYA’
Pastikan isteri ambil EPO, Acid Folic dan Vitamin E 400 secara berterusan dan suami pula makan Multivitamin (apa-apa brand pun boleh).. Boleh beli di farmasi untuk stabilkan hormon dan sihatkan sperma.
Pastikan “bersama” di antara hari ke-9 sehingga hari ke-21 daripada hari haid pertama dan mesti “bersama” setiap 4 hari sekali dalam tempoh 13 hari ini.. Ini waktu subur wanita dan tempoh 4 hari sekali memastikan sperma suami berada dalam keadaan kualiti yang paling optimum.
Ramai lelaki berpendapat air mani yang tersimpan lama adalah lebih baik, tetapi ianya SALAH! Menurut pakar perubatan, air mani lelaki berada dalam keadaan yang paling sihat adalah ketika ia minimum 3 hari dan maksimum 5 hari. Selepas hari ke-5, sperma di dalam air mani mula bertukar menjadi sperma yang tidak berkualiti lagi. Para suami semua sila ambil perhatian!
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Mungkin ada mama yang berhajat nak beli kasut anak secara online namun tidak tahu cara untuk mengukur saiz kasut anak. Sebenarnya ada cara untuk mengukur saiz kasut anak dengan lebih mudah kalau nak beli secara online.
Selalunya yang menjadi kerisauan mama ialah saiz kasut yang diberikan salah dan akhirnya kasut yang sampai tidak muat atau terlebih besar. Sayanglah bila kasut yang dibeli tidak boleh dipakai oleh si anak.
Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, anda oleh cuba tip ini bagi mendapatkan saiz yang tepat.
Cara Ukur Saiz Kasut Anak Sebelum Beli Online:
Ini antara 3 langkah mudah untuk ukur kaki anak anda.
1. Lukis kaki anak di atas kertas
Letakkan kaki anak atas kertas kosong dan selepas itu kita tekapkan sahaja.
2. Ukur
Bila sudah dapat lukisan, barulah kita ukur guna pembaris. Dekat mana nak ukur? Ambil ukuran pada jarak yang paling panjang. Tak ada tali tape guna pembaris pun boleh.
3. Tambah 1 sentimeter
Selepas itu kita tambah 1 sentimeter daripada ukuran itu. Jangan tambah lebih-lebih ye. Inilah ukuran kaki anak kita yang paling tepat.
4. Rujuk Carta Saiz
Akhir sekali, kita rujuk carta saiz ini. Dari ukuran sentimeter ke inci, ada ukuran saiz US, UK dan EU. Boleh ‘save’ dalam telefon bimbit terus supaya mudah bila hendak digunakan nanti.