Anda pernah hadapi ujian anak disayangi sakit teruk? Pastinya ramai yang pernah laluinya kan, sedangkan sakit anak tidaklah teruk sangat tapi kita selaku ibu bapa, risaunya lain macam. Kasihan tengok anak kecil menangis cakap ‘sakit, sakit’…
Menerusi perkongsian Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz, ada waktu tu sampai kita berdoa, ‘Ya Allah, saya tak sampai hati tengok anak saya yang sakit ni. Engkau pindahlah kesakitan tu padaku…’
Tok guru ada tegur, tak wajar berdoa begitu. Eloknya berdoa kesembuhan. Tapi begitulah kasih sayang kita mak abah kepada anak. Dan waktu tu kita rasa lemah sangat. Ada duit, medical card, hospital terbaik, doktor pakar & pemantauan rapi pun belum tentu kesembuhan terjamin.
Sebabnya, sehebat manapun kemampuan manusia, kita tidak mampu mengawal kuman. Cukuplah virus Covid menunjukkan keterbatasan kita. Ketika ini, kita perlukan sangat bantuan Tuhan.
Tok guru sampaikan pesan, selain berusaha, jangan lupa berdoa sebab kuman, virus dan lain-lain ni hakikatnya makhluk Allah juga. Mereka belum tentu taatkan kita, tetapi mereka pasti taatkan Tuhan. Kita boleh berusaha mengubati, ambil antibiotik, ubat & sebagainya tetapi asasnya tetap sama :
Ads
— pergantungan kita terhadap Tuhan As-Syafi (Maha Penyembuh) wajib diperkuatkan. Dia yang mencipta kuman. Pasti Dia juga berkuasa mutlak datangkan penyembuhan. Dalam rangka kita berusaha mengubati penyakit berlandaskan ‘sunnatullah’ (makan ubat, pergi hospital, jumpa doktor dll), jangan lupa untuk gandingkannya dengan ‘qudratullah’ : kuasa mutlak Allah Ta’ala.
Bahasa mudahnya, dalam usaha makan ubat, usaha juga berdoa. Kita kuatkan ikhtiar & dalam masa sama, keyakinan tetap dibulatkan kepada Allah Ta’ala. Keyakinan yang kita pelajari dari Nabi Ibrahim a.s :Dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku. (Surah AS-Syu’ara, ayat 80)
AMALKAN DOA INI UNTUK SEMBUHKAN ANAK SAKIT TERUK
Ads
Maka dalam perkongsian ini saya kongsikan doa yang saya amalkan. Doa ini saya anggap ‘gred A’ kerana ia datang dari Mahaguru terulung, Rasulullah s.a.w. Hadithnya sahih, riwayat muslim. Caranya ialah :
1. Baca Al-Fatihah 2. Baca 3 Qul 3. Pegang bagian tubuh yang sakit lalu membaca : بِاسْمِ اللَّهِ (3 kali) أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِن شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحاذِرُ (7 kali)
Maksud : Dengan menyebut nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya dari keburukan yang tertimpa padaku & yang aku khuatirkan.
Cubalah amalkannya. InsyaAllah mujarabnya cepat. Cuma dalam teknik di atas, saya menambah bacaan Fatihah and 3 Qul. Surah Fatihah bagus sebagai pembuka kepada kesembuhan. 3 Qul pula bermanfaat sebagai ihktiar akidah kita untuk meletakkan anak dalam naungan & penjagaan Tuhan.
Ads
Dalam masa sama pesan ulama, perbanyakkan bersedekah. Saya ada mendengar kisah, ada seseorang yg anaknya ditimpa penyakit kronik. Lalu dia bersedekah sejumlah xxx setiap hari dan ditakdirkan Allah, anaknya sembuh.
MasyaAllah. Benarlah pesan ulama, dengan bersedekah, banyak urusan hidup jadi mudah. Apabila kita berkongsi kasih-sayang dengan orang lain (via sedekah), Tuhan lebih mudah kongsikan rahmatNya kepada kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Hari ni buat apa? Ke tidur je?”… “Anak dah tidur tu, pergi la buat apa yang patut. Kemas dapur ke, sapu rumah ke”.
Ini antara dialog yang biasa tapi jika selalu sangat keluar dari mulut pasangan, kadang terguris juga hati.
Menjadi suri rumah sepenuh masa ini adalah keputusan dari persetujuan suami dan isteri. Apabila seorang suami sudah membenarkan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa yang sebelum itu mempunyai kerjaya, si suami perlu redha dengan kelebihan serta kekurangan yang terhasil dari keputusan itu.
Ramai yang tidak faham apa yang dilalui oleh seorang suri rumah. Dari permulaan menjadi suri rumah dengan kehilangan punca pendapatan sendiri, sehinggalah waktu mempunyai anak yang ramai. Suri rumah ini tidak sama dengan orang bekerja. Kita bekerja dengan gaji beribu, mereka bekerja tanpa gaji sebanyak itu.
Jangan kira penat anda seorang sahaja. Celik sahaja mata isteri tu, dia sudah mula bekerja. Malah, tengah tidur pun anak masih ganggu nak menyusu bagai. Isteri suri rumah ni menyediakan semua benda yang anda terlepas pandang.
Bilik tidur siap teratur, cadar bantal semua. Baju kerja siap bergosok. Seluar dalam siap bersih. Kasut siap tersusun. Rumah siap kemas. Lauk siap masak. Dapur siap bersih. Anak siap bersih mandi dan pakai baju, yang pergi sekolah dah ke sekolah, yang di rumah sudah siap berpakaian. Semuanya siap makan dan tidak kelaparan. Baju kotor siap berbasuh dan tandas siap bercuci bersih.
Yang kita nampak itu hanya yang “siap”. Kita buta akan prosesnya. Itu sebab ramai yang masih tak berpuas hati dengan isteri suri rumah. Masih ada yang rasa tidak adil. Kerana kita tak buka mata. Semua yang dah siap itu ada orang siapkan, iaitu isteri kita. Ada beberapa kerja yang perlu dilakukan sebelum siapnya semua benda itu.
Anak yang siap makan prosesnya bermula dari menyediakan bahan mentah untuk masak lagi. Kemudian baru proses masak tu, menghidang, memberi makan, mengemas dan membasuh. Itu baru satu benda pun dah banyak prosesnya. Kalau dicampur dengan benda lain, memang tersangat sibuk. Siapa yang buat semua tu? Isteri la.
Jadi, tolong buang segala tanggapan negatif mengenai isteri sendiri. Jangan ada perasaan tidak puas hati apabila anda perlu bangun pagi dan isteri masih lagi tidur. Kerana apabila anda tidur tadi, dia berjaga menguruskan anak tanpa anda sedar. Dan apabila anda ke tempat kerja, dia juga bekerja di rumah, bukan hanya tidur sahaja seharian.
Tanggapan yang tidak baik ini bukan hanya hadir dari suami sendiri, tetapi mentua juga. Ada juga mentua yang merasakan menantunya pemalas hanya kerana melihat menantunya tidur tengahari atau pada petang hari. Sedangkan mentua juga sepatutnya tahu yang sebelum dia tidur, banyak urusan telah dia selesaikan dahulu.
Akhir sekali, bayangkan anda berada di satu tempat dan sibuk buat kerja dan terperap sahaja di rumah. Boleh jadi gila tahu tak? Hati isteri itu akan mati dengan kepenatan, kebosanan dan rutin harian. Itu sebabnya penting untuk suami menjaga emosi isteri dan membawa isteri keluar dari rumah untuk menyegarkan semula fizikal dan mental mereka.
Mula ubah mentaliti kita, mula cakna akan keperluan serta kesihatan emosi isteri. Tanya bagaimana keadaannya, tanya apa yang diperlukannya dan bukannya mempertikaikan apa yang dibuatnya di rumah. Kenapa? Kerana orang di hadapan kita itu ialah isteri kita dan bukannya orang suruhan atau orang gaji.
Kepada para isteri yang dilayan sebegini, anda perlu cakap dengan suami apa yang anda rasa. Suami perlu tahu. Kadang kala, mereka bukan semuanya kejam, ada yang terlepas pandang walaupun bertahun-tahun lamanya terlepas itu. Jangan berdiam diri. Anda bukan orang gaji, anda adalah isteri.
Apa salahnya suami memahami isteri. Kepenatan isteri menguruskan rumah tangga perlu diambil kira. Seorang isteri rasa cukup dihargai bila pasangan memberi peluang untuk berehat. Tak jatuh pun maruah suami jika bantu isteri buat kerja rumah atau jaga anak.
Perkongsian dari seorang suami, Abu Hurairah Asifa ini membuktikan suami kena faham isteri dalam semua aspek. Bukan setakat kita nak jadikan isteri sebagai pengurus rumah tangga tapi lebih dari itu lagi.
Berikut antara perkongsiannya:
Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai.
Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai.
Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.
Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai.
Itu rambut isteri kita.
Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?
Tekanan.
Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.
Hormon yang tidak stabil.
Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.
Pengambilan ubat-ubat yang tertentu.
Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.
Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul.
Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak kena diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.
Produk rambut
Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.
Ini saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya faham. Andai salah dan tak betul, komen dan tambahkan saja.
Kita nak semuanya baik kan?
InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita.
Bagi ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah, tip simpan sayur penting kerana ia boleh mempercepatkan kerja-kerja di dapur. Jika baru nak masak, baru nak cari dan sediakan ia akan mengambil masa yang lama menyiapkan satu hidangan.
Persoalannya, ibu jadi malas nak simpan stok sayur ini sebab ia akan kecut dan kering serta akhirnya terpaksalah dibuang begitu saja. Membazir saja!
Bagi anda yang ingin memastikan ketahanan sayur seperti daun kunyit, serai, halia, lengkuas, daun kunyit dan beberapa lagi, bolehlaah cuba tip yang dilakukan oleh Puan Hani Mynis. Bestnya, cara dipraktikkan ini boleh tahan sehingga 3 hingga 4 bulan!
Tip simpanan sayur beku
Apa benda yang sekarang nampak bersepah kat supermarket tapi bila sehari dua hari lagi nak raya tetiba dia ”hilang”?
Sekarang kita tengok dia tak ada nilai kan? Biasa-biasa je orang cakap haha ha tunggu lah sehari dua nak raya sok. Ini lah benda paling bernilai dan berharga.
Untuk orang yang macam Hani tak ada bercucuk tanam kat flat ni, nak jumpa daun kunyit kemain lah susahnya bila nak raya. Belajar dari pengalaman tiga tahun lepas, dua tiga hari mengagau si Alif mencari daun kunyit kat kedai-kedai sampai ke taman sebelah mencarinya.
Iyo rondang takdak daun kunyit bukan rondang namo eh ayang oii. Tahun ni nak mengagau lagi? Idok ler
Dah dua kali raya lah Hani praktikkan bekukan sayur-sayur berharga macam ni.
✅daun kunyit
✅serai
✅lengkuas
✅halia
✅kunyit hidup
✅bunga kantan
✅daun pandan
✅daun kesum
Tapi ada cara dan syarat dia kalau nak simpan sayur-sayur kat atas guna kaedah sejuk beku ni:
‼️ mesti kena bersihkan dan basuh bersih-bersih dahulu
‼️Tengok macam mana nak guna sayur tu, potong siap-siap terus, macam daun kunyit tu kan kalau masak rendang kita hiris halus-halus, hiris siap-siap terus.
‼️nak guna, keluarkan sikit dari bekas atau plastik, yang lebih terus simpan dalam peti beku balik, jangan nanti-nanti, nanti lupa terus, lembik sayurnya.
‼️ nak guna, takyah basuh dah, terus campak je dalam kuali , periuk, tak perlu defrost/thaw dulu. Beku-beku tu masuk je dalam kuali/periuk
‼️kalau daun sup, Hani suka masuk dalam bekas-bekas kecil asing sekali penggunaan, tambah air sikit paras daun, biar dia jadi air batu daun sup.
‼️daun ketumbar Hani tak suka bekukan sebab hilang kerangupan dia. Hani suka daun ketumbar yang rangup
Ketahanan? Selagi tak habis insyaAllah 3-6 bulan. Ha petang ni balik kerja singgah jap kedai Acheh borong siap-siap daun kunyit ya, jangan cakap kak Hani tak payung. Semoga bermanfaat.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.