Anak-anak adalah kurniaan rezeki yang paling hebat kepada pasangan yang sudah berumah tangga. Mereka adalah amanah dari Allah SWT untuk ibu bapa didik dengan sebaiknya.
Cabaran mendidik dan membesarkan anak adalah ujian yang mesti dilalui oleh ibu bapa. Semua mengimpikan anak mereka baik dan mendengar kata. Tetapi ada kalanya kita diuji mempunyai anak yang nakal atau degil, sukar mendengar kata menyebabkan tahap kesabaran kita sebagai ibu bapa teruji.
Tetapi apabila kembali kepada radar normal, ibu bapa biasanya berasa menyesal kerana bersikap terlalu keras dan kerap marah anak. Bagaimana hendak menangani atau mengendalikan anak-anak yang bersikap degil ini?
Adakah mereka memang tidak boleh dibetulkan lagi? Bimbang dan risau memikirkan sekiranya tingkah laku degil tersebut tidak berubah semakin mereka meningkat dewasa.
Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membetulkan dan menegur kesilapan atau tingkah laku anak yang tidak betul. Jangan dibiarkan sahaja tanpa teguran sebab itulah orang tua-tua zaman dahulu ada peribahasa yang berbunyi ‘melentur buluh biar dari rebungnya’ yang bermaksud mendidik anak biarlah sejak dari kecil lagi.
Penceramah terkenal Ustaz Syamsul Debat dalam ceramahnya di salah satu Kuliah Dhuha Perdana di Masjid Jamiul Jalal Wal Kamal, Pajak Song, Kepala Batas, Pulau Pinang beberapa tahun lalu berkongsi berkenaan tip dan amalan untuk melembutkan hati anak yang degil.
Ads
Menurutnya secara psikologi kita sebagai ibu bapa jangan asyik komplen sahaja setiap kesalahan anak buat. Sebaliknya ada cara betul untuk menegurnya. Katanya, anak yang sedang membesar bersikap degil itu perkara biasa, ibu bapa yang kena pandai kawal mereka.
“Anak-anak degil ini biasanya cerdik tapi jangan biar dia degil sampai tua. Didik anak kena betul caranya dan nak menegur kesilapan mereka juga kena betul pendekatannya supaya mereka boleh berubah dan tak ulang lagi kesilapan yang sama.”
Ustaz Syamsul turut memberi contoh sekiranya ayah sedang bersolat dan anak memanjat belakang badan ayah, ibu yang melihat janganlah salah tegur anak dengan menyergah dan berkata “Kau pergi main jauh-jauh, kesian ayah tengah solat, Jangan kacau!” Makanya sampai tua nanti budak tu setiap kali solat dia akan main jauh-jauh dan tak mahu bersolat bersama si ayah.
“Dah namanya budak memang begitu kelakuannya. Cuba ibu turunkan anak yang memanjat si ayah tu, lepas tu cakap haa cuba turun, cuba ikut ayah solat ni.”
Cara tegur dan didik anak kena betul kaedahnya supaya ia dapat membantu anak menjadi lebih baik dan mendengar kata bukan sebaliknya.
Ustaz Syamsul berkongsi amalan mudah yang boleh ibu bapa amalkan untuk melembutkan hati anak yang degil.
1. Ibu bangunlah pada sepertiga malam iaitu antara pukul 3 hingga 4.30 pagi, sebab kekuatan doa seorang ibu sangat power dan ibu juga mempunyai hubungan sangat dekat dengan anak. Pergi ke katil anak yang sedang tidur kemudian baca al-Fatihah, selawat tiga kali, ayat kursi, surah al- Insyirah perlahan-lahan kemudian berdoalah “Ya Allah, kau jadikanlah anakku ini (sebut namanya) sebagai anak yang soleh” dan tiup di ubun-ubunnya sebab masa tidur, roh tengah merayau-rayau di kepala. Kalau mata anak berkelip-kelip maknanya dah sampai pada rohnya. Bila roh balik kembali pada badan mudah-mudahan eloklah anak tersebut. Jika ibu amalkan hari-hari amalan ini dengan izin Allah anak yang degil tersebut akan lembut hatinya.
Ads
2. Buat solat hajat dalam bilik anak. Ini amalan paling berkesan hendak lembutkan hati anak. Bentang sejadah dan solat berhampiran anak yang sedang tidur. Berdoalah bersungguh-sungguh “Ya Allah Ya Tuhanku, kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk mendidik anak-anakku ini. Jadikanlah anak-anak ini (sebut nama anak) sebagai anak yang soleh dan solehah. Bantulah hambamu ini Ya Allah.”
3. Basuh beras ikut arah tawaf dan berdoalah “Ya Allah Kau lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) ini sepertimana kau lembutkan beras ini menjadi nasi.” Mintalah pada Allah banyak-banyak dan bersungguh-sungguh. InshaAllah lembut hati anak dan mudah dengar kata.
Apa pun usaha kita lakukan itu semuanya atas kuasa Allah SWT jua. Sebagai ibu bapa janganlah kita mudah berputus asa dengan kedegilan dan kenakalan si anak. Pendek kata semuanya terserah kepada kita untuk berusaha dan mencorakkannya.
Benarlah kata orang, apa yang kita ada hari ni sebenarnya rezeki anak-anak. Bukan saja senang dari segi kewangan tetapi kesihatan yang baik juga dianggap rezeki. Hargailah kehadiran cahaya mata yang dikurniakan kepada kita kerana setiap mereka membawa rezeki tersendiri.
Instafamous yang juga merupakan ahli perniagaan, Asyalliee berkongsi gambar dia dan keluarga ketika bercuti di Cameron Highlands. Asyalliee dan suaminya membawa anak-anak mereka bersiar-siar menaiki motorsikal.
Melalui gambar-gambar yang dikongsikan di laman instagram ibu cantik ini, jelas kelihatan kebahagiaan mereka sekeluarga. Paling menyentuh perasaan follower yang melihat koleksi gambar tersebut adalah kapsyen yang ditulis Asyalliee;
“Kita tumpang rezeki anak-anak. Rezeki yang kita ada sekarang adalah rezeki dari mereka, merekalah pembawa rezeki kepada kita.
That’s why I nak anak-anak I always happy, and I nak sentiasa ada masa dengan mereka. Sebab I tahu masa ni takkan lama, masa berjalan dengan pantas. Jadi I nak cipta moment yang indah dan happy dengan mereka.
Terima kasih anak-anak sebab bagi mommy daddy tumpang rezeki hampa.”
Katanya, anak-anaklah pembawa rezeki. Oleh itu, dia mahu mereka semua sentiasa gembira. Asyalliee juga mengatakan yang dia ingin selalu ada masa untuk anak-anak untuk mencipta memori terindah.
Di pengakhiran tulisannya itu, Asyalliee turut melahirkan rasa terima kasih kepada tiga orang anak mereka yang membawa rezeki dalam kehidupan mereka.
Setiap kali kita membahagiakan anak-anak, percayalah Allah SWT akan memberikan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Rezeki yang ada, usahlah lokek untuk dikongsikan dengan anak kerana sebenarnya kitalah yang ‘menumpang’ mereka.
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Anak-anak lelaki kita sebenarnya cukup istimewa. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang mempunyai anak lelaki ramai, teramatlah beruntung. Sama seperti anak perempuan, anak lelaki juga punya kelebihan.
Pun begitu dalam mendidik anak lelaki, janganlah dibezakan dengan anak perempuan. Didikan perlu sama rata supaya baik anak lelaki mahupun perempuan menerima didikan yang sama bila mereka besar kelak.
Menurut Dr Taufiq Razif, jangan tersalah mendidik anak lelaki. Biar anak lelaki kita kental dan kuat jiwanya untuk membesar kelak. Beberapa kesalahan kita dalam mendidik anak lelaki ini mak ayah perlu tahu. Elakkan!
5 kesalahan terbesar dalam mendidik anak lelaki
1. Ingat emosi anak lelaki lebih kuat daripada anak perempuan
Kajian menunjukkan otak bayi lelaki lebih terkesan dengan tekanan ibunya ( maternal depression) di dalam rahim dibandingkan bayi perempuan
2. Ingat kemas rumah dan kerja rumah bukan tugas anak lelaki
Anak lelaki atau perempuan dua duanya wajib dilatih untuk membuat kerja rumah sejak daripada kecil.
Anak yang disuapkan semuanya akan menjadi raja tetapi anak yang dilatih menjadi hamba akan menjadi manusia yang bertimbangrasa
3. Tak bagi anak lelaki menangis dan tunjuk emosinya sama sekali
” Eh awak kan anak lelaki. Mana boleh menangis! ”
Jangan tuan puan. Anak lelaki atau anak perempuan ada hak untuk ekspresikan emosi yang dirasakan. Jangan sampai emosi itu terpendam dan makan anak kita daripada dalam!
4. Letak harapan dan bebanan terlalu besar pada anak lelaki
Anak lelaki juga ada ‘limit’ nya. Walaupun mereka harapan keluarga mereka juga boleh ‘patah’ jika terlalu dibebankan dengan tanggungjawab yang keterlaluan.
5. Selalu berkasar dan terlalu berkeras dengan anak lelaki
Anak lelaki memang perlukan ‘playful aggression’ seperti bertinju dan bergomol dengan ayahnya sebagai salah satu cara untuk perkembangan emosi dan otaknya.
Cuma jika mak ayah terlalu berkasar dan keras seperti menengking, menjerkah dan mendisiplinkan dengan cara yang terlalu keras, anak lelaki pun boleh patah!
Siapa yang tak nak anak cerdik dan berjaya dalam pelajaran kan. Kejayaan anak sebenarnya bukan daripada kehebatan anak-anak itu sendiri tetapi didorong dan disokong kuat oleh kedua ibu bapanya.
Begitu kata Datuk Dr Sheikh Muszaphar di majlis Anugerah Kecemerlangan Kumon baru-baru ini. Malah bapa kepada empat orang anak ini turut berkongsi tip untuk membolehkan anak-anak berjaya dalam pelajaran. Paling menarik perkongsiannya ketika berada di ruang angkasa amatlah memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk kekal berjaya sepertinya suatu hari nanti.
Datuk Dr Syeikh Muszaphar sempat berkongsi 5 tip untuk berjaya dalam hidup.
1. Punya Impian – Setiap anak-aank perlu ada impian dan cita-cita sejak kecil supaya ada usaha untuk mencapai cita-cita yang kita inginkan. Jadi semua orang perlu ada impian dan hala tuju untuk mencapainya. Ibu bapa perlu ingatkan dan sokong apa cita-cita anak-anak.
2. Mesti Berani – Awak mesti berani. Berani dalam semua perkara. Kena belajar atasi rasa ketakutan dalam diri. Kalau takut pada ketinggian, cabar diri untuk buat aktiviti melibatkan ketinggian. Misalnya saya takut pada ketinggian, setiap tiga bulan sekali saya cuba buat bunjy jumping untuk atasi rasa takut dalam diri. Siapa yang takut pada kegelapan, takut pada lipas, takut cicak dan sebagainya, beranikan diri pegang lipas dengan tangan sendiri. Mesti belajar atasi ketakutan dalam diri.
3. Berani Kedepan – Jangan takut, jangan malu-malu. Angkat tangan bila soalan diajukan pada kita. Mesti belajar untuk mengekpresikan minda kita.
4. Kuasai English – Bahasa Inggeris sangat-sangat penting dalam kehidupan kita. Pastikan anak-anak mahir dan cukup lancar berbahasa Inggeris. Penting ni!
5. Usaha Genggam Ijazah – Bagi anak-anak yang mengambil SPM, pastikan ada impian untuk sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Pastikan anak ada impian untuk pegang dan kejar segulung ijazah dalam hidup mereka. Kena ada impian dan usaha keras untuk capai matlamat yang satu ini. Mesti sekurang-kurangnya ada ijazah!
Ingat bahawa setiap anak adalah berbeza. Anak pertama kita takkan sama dengan anak kedua dan ketiga. Ibu bapa kena ambil peluang untuk memaksa mereka pada tahap maksimum.
Jangan biarkan anak tak buat apa-apa, hanya menonton tv di rumah ketika mereka membesar. Ini adalah peluang untuk mereka belajar semua perkara, seperti yang saya lakukan pada Bella dan Tasya. Bawa mereka ke kelas renang, menunggang kuda, mengaji al-Quran dan sebagainya.
Biarkan anak-anak enjoy dan suka dengan apa yang mereka nak buat. Dan ingat anak-anak kecil kita tak pernah penat. Jadi ibu bapa di luar sana kena paksa anak-anak untuk belajar banyak benda dalam hidup.
Kalau tak mahir, hantar anak-anak ke pusat yang dirasakan wajar dan boleh membantu anak kita untuk belajar banyak perkara.
Kredit: @drsheikhmuszaphar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.