Banyak mama papa yang dah tahu tentang kepentingan penggunaan car seat dalam kenderaan. Pelbagai kempen dan aktiviti yang dijalankan bagi memberi pendedahan tentang keselamatan anak ketika travel. Ketika mencari car seat terbaik dan paling penting selamat untuk anak tersayang, banyak kriteria yang dipertimbangkan.
Paling diberikan keutamaan adalah spesifikasi car seat yang bakal dibeli bagi memastikan keselamatan anak dalam kenderaan. Bukan hanya sekadar rekaan yang cantik, tetapi cara pembuatan serta ketahanan car seat itu yang paling penting.
Car Seat ECE R129, Lebih Hebat!
Pernahkah mama papa mendengar tentang ECE R129? Untuk pengetahuan anda, ECE R129 merupakan Piawaian Eropah terkini dan paling selamat yang mengawal proses pembuatan serta ujian ke atas car seat. Ia merupakan standard car seat yang terbaharu dan paling maju di dalam pasaran.
Ia adalah satu daripada dua piawaian ujian car seat dan telah berjalan selari dengan standard lama, ECE R44/04, sejak Julai 2013. Mulai 1 Sept 2023, ECE R129 kini menjadi piawaian tunggal di EU. Di Malaysia, undang-undang tempat duduk kereta akan terus membenarkan car seat diperakui sama ada piawaian R129 atau R44.
R44 vs R129 – Apakah Perbezaannya?
LAMA
ECE R44/04
- Anak boleh menghadap hadapan bermula berat 9kg
- ‘Crash test’ dari bahagian hadapan dan belakang
- Anak patung P digunakan dalam ujian pelanggaran dengan 4 sensor
- Klasifikasi berdasarkan berat anak (dalam kg)
- Dikategorikan mengikut kumpulan (Kumpulan 0+, 1, 2, 3)
BAHARU
ECE R129
- Anak tidak dibenarkan duduk menghadap hadapan selagi tidak mencapai ketinggian minimum 76sm dan usia 15 bulan.
- ‘Crash test’ dari bahagian hadapan, belakang dan sisi
- Anak patung Q digunakan dalam ujian pelanggaran dengan 32 sensor
- Klasifikasi berdasarkan ketinggian anak (dalam sm)
- Tiada kategori mengikut kumpulan
Namun, sekiranya mama papa dah belikan car seat dengan piawaian ECE R44 jangan risau. Ia masih selamat dan dijamin boleh digunakan untuk anak anda. Sebenarnya piawaian untuk car seat ECE R44 sentiasa diperbaharui dan diuji secara kerap, jadi ia tetap SELAMAT untuk si manja tersayang!
Perlu Ke Saya Beli Car Seat R129?
Tak dinafikan memang kadang-kadang susah untuk mama papa mencari car seat terbaik untuk anak. Apabila anak semakin membesar, jadi makin buntu memikirkan waktu terbaik untuk menaiktaraf car seat yang baru. Objektif terbesar ECE R129 adalah untuk memudahkan mama papa memilih car seat yang lebih baik dengan pelbagai spesifikasi yang telah ditambahbaik.
5 Kebaikan ECE R129 adalah:
- Tempoh anak menghadap belakang lebih lama – Kajian menunjukkan bayi tidak cukup kuat untuk menyokong kepalanya sendiri sehingga usia 15 bulan. Dengan memilih R129, leher bayi mempunyai masa yang cukup untuk berkembang sepenuhnya
- Impak sisi yang diperakui – Untuk perlindungan pada kepala, leher dan seluruh tubuh
- Ujian pelanggaran anak patung yang diperbaharui – Teknologi sensor yang telah dinaiktaraf untuk dan lebih sensitif kepada bahagian kepala, leher, tulang pinggul dan banyak lagi
- Formula untuk anak lebih selesa di dalam car seat yang diperbaharui – Mudah dipasang dan disesuaikan dengan ruang dalam kenderaan
- i-size Fit yang lebih sempurna – Bagi memastikan i-Size car seat dapat dipasang dengan betul dalam kenderaan i-Size.
Tahniah! Joie merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Car Seat Terbaik Pilihan Pa&Ma.
Jangan susah hati, sama ada anda bakal mama papa yang sedang menanti kelahiran cahaya mata ataupun sedang mencari car seat terbaik untuk anak, Joie adalah pilihan terbaik! Setiap rekaan car seat Joie bukan sahaja unik tetapi dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang diuji secara ketat.
Paling menarik, pilihan car seat terbaharu dari Joie turut didatangkan dengan piawaian ECE R129 yang terbukti dapat membantu melindungi bayi atau anak di dalam kenderaan. Menurut undang-undang keselamatan jalan raya di Malaysia, penggunaan car seat bermula sejak bayi baru lahir sehingga mereka mencapai ketinggian 136sm, berat 36kg atau berusia 12 tahun.
Wow, Hebatnya i-Spin 360!
Mengambil serius tentang soal keselamatan anak dalam kenderaan, Joie banyak melakukan kajian dan ujian keselamatan bagi memastikan kualiti setiap car seat keluaran mereka terjamin. Salah satu model car seat terbaik keluaran Joie adalah i-Spin 360.
Ia merupakan car seat yang boleh berpusing 360º sama ada ke depan, belakang, mahupun ke kedua-dua arah. Dicipta khas untuk ibu ayah yang mementingkan keselamatan dengan adanya ciri i-Size yang mematuhi Standard Keselamatan Car Seat Eropah terkini, R129 dan memperolehi penilaian skor ADAC yang baik iaitu sebanyak 1.8. Dengan menggunakan sebelah tangan sahaja, mama papa boleh memusingkan car seat 360° dengan mudah dan senang untuk meletakkan anak ke dalam car seat kerana adanya fungsi “Simple Swivel™”!
Ianya juga memenuhi kriteria R129 dengan adanya “Smart Ride™ lock off” yang berfungsi untuk memastikan anak berada di dalam kedudukan rear facing sehingga sekurang-kurangnya anak berusia 15 bulan dan ke atas.
Namun dinasihatkan untuk menggunakan kedudukan rear facing selama mungkin iaitu sehingga 105sm. Tidak lupa, panel “Guard Surround Safety™” juga akan terbuka secara automatik apabila tali pinggang dipasangkan yang memberikan perlindungan tambahan di bahagian sisi.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://joiebaby.com/my atau media sosial Facebook: Joie Baby Malaysia, Instagram: joie_malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI