Bapa kepada arwah Siti Sarah yang juga penyanyi dan pelakon era 80-an, Raisuddin Hamzah menerima kejutan daripada isterinya Siti Fatimah Suberi sempena ulang tahun kelahiran yang disambut baru-baru ini.
Kejutan istimewa itu adalah kehadiran seorang wanita persis wajah Allahyarham Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhir akibat Covid-19 pada Ogos tahun lalu.
Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram, Siti Fatimah atau mesra dipanggil Makder berkata, suaminya sudah lama berhasrat untuk bertemu selepas wanita bernama Emy itu tular di media sosial.
View this post on Instagram
“Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing2 sibuk,” tulisnya.
Sempena sambutan hari lahir ke-66 suaminya, Makder berjaya menunaikan hasrat Raisuddin dengan menjemput wanita berkenaan ke rumah bagi meraikan bersama ahli keluarganya termasuk anak-anak arwah Siti Sarah.
“Sempena hari lahir kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua. Terima kasih pada family dan rakan-rakan yang hadir untuk meraikan hari lahir abah (suami).
“Terima kasih jugak untuk Emy & keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” ujarnya yang meneruskan legasi perniagaan Allahyarham.
Video berdurasi hampir dua minit itu memaparkan reaksi terkejut Raisuddin apabila melihat ‘kembar’ arwah anaknya yang membawa sebiji kek selain momen berbual mesra antara kedua-dua belah pihak.
Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak terutama ketika melihat wajah anak sulung arwah Siti Sarah, Uwais Al-Qarni yang merenung lama wajah Emy dan seolah tak percaya seiras muka ibunya.
Jadi dengan kehadiran Emy dapatlah menjadi pengubat rindu buat mereka sekeluarga dan rata-rata warganet juga cukup sebak melihat momen ini.
“Tengok Uwais pun macam tenung je..mesti rindu ibu. 😢”
“Saya nangis masa makder cakap tapak tangan dia sama😢😢”
“Allahurabbi..Uwais tenung lama muka aunty emy tu..rindu ibu..”
Sebelum ini Allahyarham Siti Sarah yang ketika itu sarat hamil tujuh bulan terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi melahirkan bayi keempatnya.
Arwah pergi meninggalkan suami yang juga pelawak Shuib Sepahtu dan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, serta Ayash Affan yang kini berusia sembilan bulan.
Sumber: Instagram Makder
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI