Buat setiap ibu, detik menanti kelahiran adalah saat yang penuh dengan debaran. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad, yang kini sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata ketiganya. Namun, berbanding rasa teruja, Uyaina mengakui hatinya sarat dengan ketakutan kerana perutnya bakal dibedah untuk kali ketiga melalui proses pembedahan caesarean.
Tiga Kali Perut Dibedah
Dalam perkongsian di Threads, Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, mengimbas kembali pengalaman melahirkan anak sulung secara caesarean kecemasan, manakala anak kedua pula melalui pembedahan yang dirancang. Kali ini, sekali lagi dia perlu menempuh laluan yang sama.
“Bila duduk sorang-sorang, teringat ketakutan nak bersalin. Saya dah dua kali caesar. Pertama sebab kecemasan, kedua sebab dah rancang, sama seperti yang ketiga. Tiga kali perut akan dibedah.
“Bila ditolak atas katil, itu adalah momen tawakal paling tinggi untuk saya. Rasa macam nak pergi berperang,” kongsinya.
Ads
Ketakutan Bersalin Itu Benar
Menurut Uyaina, setiap kaedah melahirkan sama ada normal mahupun pembedahan tetap mempunyai risiko tersendiri. Justeru, sebagai seorang ibu, dia hanya mampu berdoa agar proses yang bakal dilalui nanti berjalan dengan lancar.
“Bersalin ini, tak kisah cara normal atau bedah, ianya 50/50. Dan ketakutan itu adalah benar. Hanya mampu berdoa dan berserah semoga segalanya berjalan lancar. Itu saja yang boleh dilakukan,” katanya lagi.
Ads
bersalin czer : Sumber gambar: Unsplash
Realiti Ibu-Ibu Caesar
Hakikatnya, apa yang diluahkan Uyaina adalah realiti yang dialami ramai ibu di luar sana. Perasaan takut, cemas dan bimbang menjelang pembedahan adalah sangat normal, apatah lagi jika ia melibatkan pembedahan berulang.
Doktor biasanya akan memantau tahap kesihatan ibu, kedudukan rahim serta parut lama sebelum meluluskan pembedahan kali ketiga atau lebih. Namun, ibu tetap memerlukan kekuatan fizikal dan emosi yang besar untuk melalui proses ini.
Ads
Sokongan Keluarga, Doa Yang Menguatkan
Dalam situasi seperti ini, sokongan suami dan keluarga amat penting. Kata-kata semangat, doa serta kehadiran insan tersayang mampu memberi ketenangan kepada seorang ibu. Uyaina sendiri sebelum ini pernah berkongsi bagaimana doa dan sokongan daripada suaminya, Raja Syahiran, menjadi penguat semangat untuknya.
Setiap kelahiran adalah perjuangan besar seorang ibu. Sama ada melalui jalan normal atau caesarean, pengorbanan yang dilalui tidak pernah kecil nilainya. Semoga proses kelahiran Uyaina Arshad kali ini dipermudahkan Allah, dan menjadi inspirasi buat ibu-ibu lain bahawa ketakutan itu bukan kelemahan, sebaliknya tanda seorang ibu itu begitu tabah.
💖 Pa&Ma percaya, bila ibu kuat, anak-anak juga akan membesar dengan penuh kasih dan kekuatan.
Rokok berbahaya pada anda, sama juga lah, berbahaya pada bayi dalam kandungan. Tak kira perokok tegar atau perokok pasif, kesannya sama. Kenapa bahaya tu?
Rokok akan merencat oksigen dan nutrisi penting sampai ke bayi melalui gangguan pada fungsi placenta.
Merokok dapat meningkatkan risiko untuk
Keguguran
Kehamilan luar rahim
Bayi meninggal secara tiba-tiba dalam kandungan, atau sejurus sahaja lepas dilahiran ( sepertiga baby yg meninggal sejurus selepas dilahirkan dikaitkan dengan ibu yg merokok )
Bayi dilahirkan dengan kecacatan – biasanya masalah sumbing bibir atau lelangit
Masalah tumbesaran dalam rahim – baby kecil dan bermasalah
Uri lekang ( placental abruption )
Risiko kelahiran bayi pramatang ( tak cukup bulan )
Kalau dah lahir pula, baby yang dilahirkan oleh ibu yg merokok berisiko;
Sindrom bayi mati mengejut ( SIDS ) – lebih-lebih lagi mak nya sambung merokok lepas bersalin
Asthma, jangkitan kuman pada peparu
Masalah tingkahlaku seperti ADHD
Prestasi anak anak ni kat sekolah tak memuaskan
Dengan berhenti merokok dan jauhkan diri dari asap rokok, SEMUA risiko yg saya sebutkan dapat dikurangkan.
Tahniah buat pelakon Tasha Shila yang berkongsikan perkhabaran gembira bila mana mengesahkan dirinya kini hamil anak kedua.
Menerusi Instagramnya semalam, ibu kepada Raees Zander ini berkongsi cerita bahagia itu. Malah menurut Tasha, usia kandungannya kini sudah masuk tujuh minggu.
Tasha berkata dia tidak menyangka akan hamil sekali lagi apatah lagi anak sulungnya, Raess Zander baru berusia 10 bulan.
“Assalamualaikum whbth. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Khabar gembira buat kami sekeluarga ialah kehamilan yang kedua buat saya.
“Pada hari Jumaat yang mulia ini saya harap kalian doakan semoga semua berjalan dengan lancar dan baik In shaa Allah.
“Take care semua, stay healthy dan semoga berjaya dunia akhirat .
“Saya dan keluarga juga turut mendoakan pada pasangan yg masih menanti , semoga pada masa yg akan datang dihadiahkan amanah Allah SWT. Aaaminnn Yaa Rabbal Alaminnn,” tulisnya.
Tak sedar hamil
Malah Tasha yang berehat lama selepas kelahiran anak sulungnya berkata dia sendiri tidak menyedari yang dirinya hamil.
“Saya tidak sedar pun hamil. Tetapi sebelum ini saya ada terlepas cakap ‘hamil juga’.
“Suami pun pelik kenapa saya cakap ‘juga’? Mungkin anak dalam kandungan pun seakan memberitahu dia sudah ada.
“Saya sendiri pelik terlepas cakap sebegitu. Jadi kami beli alat pengesan kehamilan dan kemudian buat pemeriksaan di klinik,” katanya.
“Ada juga orang yang mula perasan anak pertama saya asyik gigit ibu jari kaki. Kata orang itu petanda nak dapat adik,” katanya.
Semoga kehamilan kedua Tasha ini dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Tasha mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq pada Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raess Zander kini berusia 10 bulan.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Watie Hanifiah, isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal Shuib, kembali menjadi perhatian selepas timbul dakwaan bahawa dirinya kini sedang hamil. Namun, Watie memilih untuk tidak mengesahkan mahupun menafikan berita tersebut, sebaliknya memohon agar semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Watie Hanifiah Mohon Doa, Enggan Sahkan Kehamilan
Watie atau pemilik nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, menjelaskan bahawa dia masih berhati-hati untuk berkongsi sebarang berita gembira selepas melalui pengalaman pahit keguguran pada Mei lalu.
“Saya mohon semua pihak untuk mendoakan yang terbaik. Selepas melalui fasa yang menyayat hati sebelum ini, saya mohon semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat saya.
Apa sahaja yang anda nampak pada tubuh saya ini, doakanlah saya sihat. Saya tidak menidakkan apa-apa dan jika mengiyakan pun, doakanlah yang baik-baik,” katanya ketika ditemui portal OhBulan!.
Trauma Keguguran Buat Watie Lebih Berhati-Hati
Menurut Watie Hanifiah, pengalaman kehilangan kandungan beberapa bulan lalu memberi kesan emosi yang mendalam dan membuatkannya lebih berhati-hati serta trauma untuk mengumumkan sesuatu terlalu awal.
“Ia sentiasa membuatkan saya teringat dan trauma setiap hari. Ada kalanya saya tertanya-tanya, ada ke rezeki saya lagi selepas ini? Sebab itu saya berasa takut untuk berkongsi ketika ini.
Saya juga tidak mahu menidakkan kerana kata-kata itu juga satu doa. Kalau kita cakap tiada, takut Allah betul-betul ambil nanti,” luahnya dengan penuh sebak.
Watie Hanifiah Simpan Harapan Bergelar Ibu
Namun, di sebalik ketakutan itu, Watie tetap menyimpan harapan besar untuk bergelar seorang ibu.
“Jika kandungan ini menjadi, saya harap dapat menjadi ibu yang lebih baik, sama ada untuk anak kandung mahupun anak-anak tiri,” ujarnya penuh harapan.
Sebelum ini, spekulasi mengenai kehamilan Watie semakin hangat apabila Shuib memuat naik gambar isterinya yang sedang tidur dengan perut kelihatan sedikit menonjol, hingga ramai peminat mengucapkan tahniah dan doa buat pasangan ini.
Perjalanan Cinta Watie dan Shuib
Untuk rekod, Shuib dan Watie Hanifiah mendirikan rumah tangga pada Jun 2023, selepas dua tahun Shuib bergelar duda susulan pemergian isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin, pada tahun 2021.
Kini, ramai peminat dan pengikut media sosial pasangan ini tidak putus-putus menitipkan doa agar Watie dikurniakan kesihatan yang baik serta rezeki zuriat yang dinanti-nantikan.
✨ “Jika benar ada rezeki kali ini, semoga segalanya dipermudahkan dan Watie menjadi ibu yang penyayang buat semua anak-anaknya.”
Nota Pa&Ma: Kekuatan Ibu Selepas Keguguran
Buat ibu yang pernah melalui pengalaman keguguran, ketahuilah bahawa anda tidak berseorangan. Ambil masa untuk pulih secara fizikal dan emosi, dan teruslah berdoa kerana setiap ujian itu datang bersama harapan baharu. Allah tidak pernah menutup pintu rezeki bagi hamba-Nya yang sabar dan terus percaya. ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.