Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad rupanya sudah mendidik anak sulungnya, Raja Urhan untuk makan sendiri biarpun terpaksa reda bila anak makan bersepah.
Tambah Uyaina lagi menerusi perkongsiannya di Instagram, dia bahagia apabila dapat memberikan yang terbaik buat suami dan anak-anaknya lebih-lebih lagi bila melihat anaknya makan dengan cukup berselera setiap kali memasak hasil masakannya di dapur.
Kata ibu kepada dua cahaya mata, Raja Urhan dan Raja Urayyan ini lagi, dia sebolehnya akan memasak jika mempunyai waktu lapang. Semuanya demi kesayangannya, anak-anak dan suami.
“Harini I tak kerja. Buat some grocery shopping sekejap. And terus masak Chicken Soup Spaghetti favourite @rajaurhan extra carrots 🥕
Ads
“Happiness is bila suami & anak makan apa yang kita masak sampai habis & sehingga menjilat jari & menghirup mangkuk,” ujarnya.
Menurut Uyaina lagi, dia sebenarnya sudah mendidik anak sulungnya, Raja Urhan untuk makan sendiri di kala usianya setahun. Biarpun terpaksa menahan mata kerana bersepah tetapi dia mahu melatih perkembangan anak sulungnya itu.
Ads
“And I memang train Urhan untuk makan sendiri since dia umur setahun.
“Walaupun confirm akan messy, and tumpah sana sini (and kena rajin nak clean up lepas dia habis makan.)
Ads
“Nasib baik I’m a Cool Mama 🥶 So I biarkan je. And it’s actually good for his motor skills & coordination 😊 So takpelah bersepah pun,” kongsinya.
Menerusi entri itu juga, Uyaina turut memuat naik gelagat Raja Urhan yang makan dengan cukup berselera sekali.
Terdahulu, Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran dikurniakan dua orang cahaya mata, Raja Urhan dan Raja Urayyan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gerik, Perak
Dalam tragedi memilukan di Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) Gerik, seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Adib Hazim Halim, 21 tahun, telah menghembuskan nafas terakhir selepas terlibat dalam kemalangan bas yang membawa sekumpulan mahasiswa.
Adib, anak keenam daripada tujuh beradik, ditemui dalam keadaan yang amat menyentuh hati wajahnya bersih dan tenang, seolah-olah sedang tidur. Hanya sedikit calar pada wajahnya, namun takdir telah menentukan pemergiannya sebelum sempat menerima rawatan di hospital.
Ibunya, Ruslinan Abd Razak, 55, menceritakan detik akhir anaknya dengan linangan air mata. Menurut beliau, Adib sempat menyampaikan pesanan terakhir yang kini menjadi luka abadi dalam hatinya.
“Adib cakap… mak sentiasa dalam hati dia. Itu kali terakhir mak dengar suara dia,” luah Ruslinan sebak.
Kata-kata itu menjadi pengubat dalam kehilangan, namun juga tikaman yang tak terubat buat seorang ibu yang kehilangan anak lelaki yang begitu penyayang, rajin membantu, dan sering menjadi penghibur di rumah.
Keluarga Adib kini dalam proses pengurusan jenazah bagi dikebumikan di kampung halaman mereka. Suasana di rumah keluarga bertukar hening, dipenuhi tangisan sanak saudara dan rakan-rakan yang datang menziarahi.
Sementara itu, siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan yang turut melibatkan beberapa pelajar lain. Beberapa mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan menerima rawatan lanjut di hospital berdekatan.
Pemergian Adib bukan sekadar kehilangan buat keluarga, malah dirasai seluruh warga UPSI dan masyarakat yang tersentuh dengan pesanan terakhirnya seorang anak yang sempat menitipkan cinta paling tulus buat seorang ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak ada benda yang lebih buat jantung ibu ayah berdebar daripada tengok anak tiba-tiba demam tinggi. Lagi-lagi kalau tiba-tiba mereka kena sawan memang boleh hilang arah.
Ramai sebenarnya tak tahu, 2–5% kanak-kanak boleh mengalami sawan demam, dan ia adalah antara sawan yang paling lazim berlaku pada anak kecil.
Sawan demam ni biasanya menyerang kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun, terutama golongan toddler yang baru bertatih. Statistik pun tunjuk, 1 daripada 25 kanak-kanak akan kena sawan demam sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Dan dalam kumpulan ini, lebih kurang 30% mungkin akan mengalami sawan yang berulang terutamanya jika mereka ada faktor risiko tertentu.
Sawan demam ialah sawan yang berlaku disebabkan demam panas pada bayi atau kanak-kanak yang sebelumnya normal dan sihat.
Doktor hanya akan mengesahkan sawan demam selepas memastikan tiada punca lain yang mencetuskan sawan selain suhu badan yang tinggi (lebih 38°C).
-Anak tiba-tiba tak sedar diri atau tak respon bila dipanggil.
-Kejang atau tersentak pada kedua-dua kaki dan tangan.
-Mata mungkin terbelalak ke atas.
-Ada kes kekejangan hanya berlaku pada sebahagian tubuh, contohnya satu tangan atau satu kaki.
-Sawan selalunya berhenti sendiri dalam masa 2–3 minit, jarang lebih daripada 10 minit.
-Jika sawan lebih 5 minit, bawa anak ke klinik atau hospital segera.
-Semasa sawan, anak boleh tercedera jika jatuh atau boleh tercekik air liur/makanan.
-Kebanyakan kanak-kanak ada demam tinggi melebihi 38.5°C.
-Anak yang kena sawan demam tidak semestinya ada epilepsi.
-Selalunya sawan berlaku pada hari pertama demam.
-Anak yang masih terlalu kecil (kurang 15 bulan) masa serangan pertama.
-Sawan berlaku sejurus selepas demam bermula atau masa suhu masih normal.
-Ada sejarah keluarga yang pernah kena sawan demam.
-Ada ahli keluarga yang menghidap epilepsi.
Majoriti besar kes sawan demam tidak membahayakan. Kajian menunjukkan:
Sawan demam tidak menyebabkan kerosakan otak. Kanak-kanak yang pernah kena sawan demam mempunyai prestasi akademik normal dan kecerdasan setanding adik-beradik lain.
Walaupun dalam kes yang sangat jarang, sawan berlarutan lebih sejam kanak-kanak ini biasanya pulih sepenuhnya.
Dalam kalangan kanak-kanak yang pernah mengalami sawan demam, kira-kira 3% akan mendapat epilepsi. Risiko ini lebih tinggi jika:
-Sawan demam panjang, melibatkan satu bahagian badan sahaja atau berulang dalam masa 24 jam.
-Ada perkembangan lambat.
-Ada ahli keluarga yang mengidap epilepsi.
-Bagi kanak-kanak yang tiada faktor risiko—hanya 1% akan menghidap epilepsi, sama macam populasi umum.
1. Tindakan Kecemasan
Ikut langkah dalam protokol “Rawatan Kecemasan Semasa Sawan” (biasa diajar oleh doktor).
2. Kawal Sawan
Kebanyakan anak tak perlukan ubat. Tapi jika sawan lebih 5 minit, doktor biasanya akan bekalkan diazepam (Valium) rectal untuk digunakan di rumah.
3. Kawal Demam
Beri paracetamol atau ibuprofen. Lap badan anak dengan air suam untuk bantu turunkan suhu. Elakkan pakaian atau selimut yang terlalu tebal.
Doktor mungkin bagi rectal diazepam untuk anak yang pernah mengalami sawan berulang.
Tapi setakat ini tiada kaedah yang benar-benar berkesan untuk mencegah sawan demam daripada berulang.
Yang lega sikit: bila umur anak makin meningkat (5–6 tahun), kekerapan sawan biasanya akan berkurang sendiri.
Bersemut habis ucapan hari lahir Almy Nadia buat suami tercinta. Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz lahir pada 22 Oktober 1979.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh isterinya, Datin Almy Nadia, ucapan hari lahir oleh Almy itu menarik perhatian warga maya. Padat, romantik dan ‘bersemut.’
Berikut perkongsian Almy Nadia di laman Instagramnya.
Today is your day sayang.
Selamat hari jadi sayang @fizzfairuzofficial ,mama sentiasa doa untuk sayang.. semoga sayang panjang umur,sentiasa murah rezeki..
Sayang no 1 in my heart(ckp omputih wei). Mama sentiasa doa apa saja yang sayang nak dimakbulkan ok… mama dan anak-anak. 5A(Arianna/Aurora/Ayra/Aisyah/Alisya) love you so much tau…. Maaf mama tak dapat kasi hadiah sebab mama tak work work..
Mama kasi hadiah anak baru laa yerk alisya…thank you love sebab dah buat yang terbaik untuk mama dan anak-anak, sentiasa dahulukan mama dan anak-anak dalam apa segala hal, sentiasa ada dengan mama dan anak-anak.
Fizz Fairuz mendirikan rumah tangga bersama pelakon Almy Nadia pada 26 April 2014. Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Balik Pulau, Kampung Pondok Upeh.
Pasangan ini dikurniakan lima anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3 dan Nur Alisya yang dilahirkan pada 18 September lalu. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.