Categories: Kesihatan Kanak-Kanak

Vaksin Pneumokokal Bakal Diwajibkan Untuk Kanak-kanak Bawah Umur 2 Tahun: Dr Dzulkefly

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly menjelaskan vaksinasi Pneumokokal dijangka bakal tersenarai dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) di bawah kerajaan baharu.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya turut berkata pihaknya akan membawa cadangan itu kepada Bahagian Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan. Jika kajian mendapati memang ada keperluan, KKM akan memasukkannya ke dalam NIP.

Hal ini juga adalah seiring dengan manifesto mereka iaitu kerajaan Pakatan Harapan berjanji untuk menyediakan vaksin pneumokokal bagi semua kanak-kanak di bawah umur dua tahun.

Malah, pakar kesihatan juga berpendapat vaksin Pneumokokal ini adalah PENTING. Terutamanya untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah untuk mencegah rangkaian jangkitan Pneumokokal dan pelbagai jenis jangkitan kritikal seperti:

  1. Jangkitan atau radang paru-paru.
  2. Meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak).
  3. Sepsis (jangkitan dalam darah).
  4. Sinusitis (jangkitan pada sinus).
  5. Otitis media (jangkitan telinga tengah).

 

Selain itu, ia juga mampu menjejaskan upaya seorang kanak-kanak normal dalam jangka masa yang panjang sehingga mengalami terencat mental, pekak, lebam dan paralisis.

Malahan, ia juga mampu membawa maut jika tidak dirawat dengan kadar yang segera.

Setakat bulan Mac 2018, lebih 136 negara sudah memasukkan vaksin Pneumokokal ke dalam senarai Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), manakala Malaysia adalah satu daripada 54 negara belum menyenaraikan vaksin PnD dalam jadual NIP.

Ibu bapa boleh mendapatkan vaksin Pneumokokal secara berasingan di mana-mana klinik swasta.

Harga yang akan dikenakan adalah sekitar RM200-300 bergantung kepada bilangan dos mengikut usia.

Bukan setakat itu sahaja, untuk pengetahuan ibu bapa, selain vaksin Pneumokokal ini, antara vaksin tambahan yang boleh didapatkan adalah Rotavirus dan Influenza.

Boleh rujuk jadual Imunisasi Tambahan seperti di bawah:

Sumber: Google

Menurut laporan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya juga menasihati ibu bapa untuk memastikan setiap anak mereka menerima imunisasi lengkap bagi mengelak dan melindungi kanak-kanak daripada jangkitan sebarang penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin.

“Orang ramai tidak perlu bimbang untuk memastikan anak-anak mereka menerima imunisasi kerana dapat mencegah kejadian penyakit berjangkit dan mencegah wabak yang serius malah semua vaksin yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan adalah halal,” katanya.

Permintaan Khas Bajet 

Dr Dzulkefly  berkata, beliau telah meletakkan vaksin Pneumokokal ini sebagai ‘permintaan khas’ dalam belanjawan seterusnya, dengan peruntukan RM180 juta bagi kohort (kumpulan) kira-kira 500,000 setahun.

Diharapkan bajet ini dapat diluluskan dan lebih ramai kanak-kanak mendapat perlindungan serta manfaat kesihatan yang terbaik.

Sumber: The Star, Free Malaysia Today

 

This post was last modified on November 1, 2018 5:50 pm

Wan Amy

Recent Posts

“Habis Basah Lencun” Ajar Anak 3 Tahun Ambil Wuduk, Comelnya Gelagat Anak Mila Jirin!

Orang kata mendidik anak biarlah ketika anak masih kecil kerana di ketika inilah anak mula…

2 hours ago

“Iman Jumpa Papa, Papa Pesan Be Strong”. Anak Mangsa MH370 Mimpi Jumpa Ayahnya

Sudah 7 tahun berlalu, misteri kehilangan MH370 pada tahun 2014 masih segar dalam ingatan semua.…

3 hours ago

“Hanya Setahun Ibu Dapat Lihat Sofea Gembira. Kini Doktor Cakap Adik Tak Ada Harapan..”

Tiada apa yang diharapkan oleh seorang ibu melainkan dapat melihat anak-anak  membesar dengan sihat

4 hours ago

Tak Dapat 5 Waktu, Cari Masa Untuk Maghrib & Isyak. Solat Bersama, Kuatkan Rasa Cinta Suami Isteri

Dengan hanya menghabiskan masa lebih kurang lima ke sepuluh minit sebanyak lima kali sehari (jika

5 hours ago

Gara-Gara Lintah Ketika Mandi Sungai, Darah Keluar Tak Berhenti! Anak Terpaksa Operate

Kegembiraan ibu membawa anak untuk beriadah sambil mandi sungai berdekatan rumah nenek bertukar tragedi yang

7 hours ago

Bebola Ayam Homemade Sedap & Mudah, Air Tangan Istimewa & Ringkas Untuk Anak!

Bebola ayam sememangnya cukup enak kala digandingkan bersama sup atau hanya digoreng ringkas. Ragu-ragu membeli…

8 hours ago