Hati wanita mana yang tak gembira bila akhirnya disahkan hamil. Lebih-lebih lagi selepas 10 tahun menunggu keajaiban itu datang semula. Itulah yang dirasai oleh Bella Park, bila akhirnya doa panjangnya dimakbulkan Tuhan. Namun di sebalik rasa syukur yang tak terucap, terselit juga ujian yang menguji jiwa seorang ibu  kehilangan salah satu daripada bayi kembar yang dikandungnya.

Kisah Bella Park Hadapi Vanishing Twin Syndrome

Vanishing Twin Syndrome: Kisah Bella Park Redha, “Bukan Kehilangan Tapi Memulangkan Hak Yang Satu”

Dalam satu perkongsian di Threads, Bella berkongsi kisah sebenar yang jarang didengar  dia disahkan mengalami Vanishing Twin Syndrome, satu keadaan di mana salah satu janin dalam kandungan kembar ‘hilang’ atau tidak berkembang seperti sepatutnya.

“Pernah dengar tentang Vanishing Twin Syndrome? Itu yang Bella sedang hadapi. Bella mengandung baby kembar tapi sayangnya satu dah tak ada. Bella redha. Alhamdulillah satu lagi baby tu dalam keadaan baik-baik sahaja. Apa saja yang jadi pasti ada hikmah. Allah lebih mengetahui. Kita bukan kehilangan tapi memulangkan hak yang satu. Moga Allah pelihara hingga ke kelahiran. Amin 🤍”

Ayat itu cukup membuat ramai yang membaca tersentuh. Bayangkan selepas bertahun menanti, akhirnya dapat merasa dua nyawa di dalam rahim  namun takdir Allah menentukan hanya satu yang terus kekal.

Ads

Ketabahan Bella Park Dalam Ujian

Vanishing Twin Syndrome: Kisah Bella Park Redha, “Bukan Kehilangan Tapi Memulangkan Hak Yang Satu”

“Ya, kita doa minta kat Allah nak anak. Allah bagi rasa dua jap dalam rahim tapi tak ada rezeki dua-dua. Allah jaga satu lagi, syukur dah. Saya memang okay. Dua-dua kami laki bini memang happy yang baby satu lagi tu sihat. Tu ja.”

Walaupun kata-katanya kedengaran tenang, jelas dalam setiap baitnya ada rasa ikhlas yang dalam. Bella memilih untuk bersyukur, bukan berduka. Kerana baginya, setiap takdir Allah datang dengan hikmah yang mungkin belum difahami sekarang  tapi akan terjawab di kemudian hari.

Apa Itu Vanishing Twin Syndrome?

Vanishing Twin Syndrome berlaku apabila salah satu janin dalam kandungan kembar ‘lenyap’ atau diserap oleh tubuh ibu atau janin yang satu lagi pada peringkat awal kehamilan. Ia biasanya dikesan semasa pemeriksaan ultrasound, bila pada awalnya terdapat dua kantung kehamilan, tetapi kemudian hanya satu janin yang kekal berkembang.

Ads

Pakar menjelaskan bahawa keadaan ini sebenarnya lebih biasa daripada yang disangka, berlaku kepada sekitar 30% kehamilan kembar. Puncanya boleh berpunca daripada masalah kromosom, perkembangan janin yang tidak sempurna, atau faktor lain yang di luar kawalan ibu.

Kehilangan Yang Tak Terlihat, Tapi Tetap Dirasa

Vanishing Twin Syndrome: Kisah Bella Park Redha, “Bukan Kehilangan Tapi Memulangkan Hak Yang Satu”

Ads

Biarpun tidak sempat mendakap, kehilangan itu tetap dirasa oleh setiap ibu. Ia bukan sekadar tentang janin yang hilang, tapi tentang harapan yang sempat mekar sekejap di hati. Namun seperti kata Bella, “Kita bukan kehilangan, tapi memulangkan hak yang satu.”

Dalam setiap air mata yang jatuh, ada kekuatan baru yang lahir. Dalam setiap detik sujud dan doa, ada rasa syukur yang makin dalam  kerana masih ada satu nyawa kecil yang sedang membesar dengan sihat di dalam rahimnya.

Doa & Harapan

Hari demi hari, Bella dan suami terus menatap masa depan dengan penuh harapan. Mereka percaya, rezeki itu tak pernah salah alamat. Walaupun satu jiwa telah kembali kepada Pencipta, satu lagi sedang terus berjuang untuk lahir ke dunia.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Semoga Allah terus pelihara kandungan Bella hingga ke saat kelahiran nanti. Dan buat semua ibu yang pernah kehilangan tanpa sempat mendakap  ketahuilah, kasih itu tidak hilang. Ia hanya berpindah, dari rahim ke syurga.

Sumber: Bella Park

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI