Versi Puding Karamel Tanpa Telur & Tak Kukus. Guna Agar-Agar, Lagi Elok Kejadiannya

Share

Sebut je puding karamel dah terbayang kesedapannya ditambah pula makan sejuk-sejuk. Musim cuaca panas hidangan pencuci mulut inilah yang jadi pilihan ramai. Penyediaan puding karamel ini ada bermacam-macam versi.

Ada yang suka menggunakan telur sebagai bahan utama dan sesetengahnya menggantikan telur dengan agar-agar. Ini kerana sesetengahnya tak suka bau hanyir telur. Apa-apa pun ia terpulang pada citarasa masing-masing.

Bagi anda yang nak cuba puding karamel tak menggunakan telur, boleh guna resipi Disa Za. Resipinya hanya menggunakan agar-agar sahaja tanpa perlu kukus pun. Hanya masak sekejap di atas dapur bahan-bahan utama dan sejukkan dalam peti ais.

Sebelum tu mesti sediakan dulu air gulanya sebelum masak bahan puding ya. Dah cuba resipi ni, anda boleh buat perbandingan sama ada suka yang berasaskan telur atau menggunakan serbuk agar-agar.

RESIPI MENARIK [Percik Ikan Kembung Sedak Dooh! Resipi Ori Kelantan, Kuah Santannya Terbaik]

Bahan karamel

4 sudu besar gula (untuk buat gula karemal tanpa air)

Bahan puding
4 cawan air (1000ml guna jug kecil)
1 tin susu cair
Setengah cawan susu pekat
Setengah cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar tepung kastard
1 paket serbuk agar-agar (pek kuning)

Cara membuat:

Campur semua bahan sampai sebati. Kacau sampai mendidih. Tuangkan dalam loyang  gula karamel yang siap dicairkan tadi.

LAGI RESIPI MENARIK [Buat Sendiri Murtabak Mini Guna Kulit Popia, Lebih Jimat. Memang Puas Hati & Sedap!]

Lepas tu bolehlah disejukkan dalam peti beku 1 atau 2 jam.. Siap. Bila dah keras bolehlah potong ikut saiz yang sesuai.

Selamat mencuba semua.

Kredit: Disa Za

**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy