Semalam, tular di FB, klip video berdurasi satu minit 33 saat seorang wanita mendera bayi perempuan ketika mahu menukar pakaian bayi malang berkenaan.
Lebih menyedihkan, bayi itu turut dipukul pada bahagian kaki, belakang badan dan ditekan pada bahagian perut berulang kali selain ‘dijerut’ menggunakan baju.
Polis meminta kerjasama orang awam mengesan seorang wanita dipercayai terbabit dalam insiden mendera dan pukul bayi yang tular di media sosial.
Kerjasama Orang Ramai Diperlukan
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.
“Sehubungan itu, PDRM memohon kerjasama daripada orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Ads
Belum Ada Laporan Polis Diterima
“Setakat ini, belum ada sebarang laporan polis diterima mengenai kejadian terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.
Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat menerusi inbox Facebook (FB) Rasmi PDRM:https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/, Twitter Rasmi PDRM: https://twitter.com/PDRMsia, WhatsApp Jabatan Siasatan Jenayah di talian: 019-3019930 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.
Video tersebut turut tular di twitter dan mendapat kecaman dari warga twitter.
Ads
Bukit Aman is urging anyone who has information on this lady seen abusing a toddler to come forward and assist the police. You can WhatsApp the Criminal Investigation Department at 019-3019930 or just head to the nearest police station to lodge a report. pic.twitter.com/eDRUzTMug8
Beberapa hari lagi kita bakal menyambut Hari Raya Korban, mungkin dalam kegembiraan nak menyambut hari raya ditambah dengan rasa teruja nak bertemu sanak-saudara jangan kita lupa untuk menjaga SOP lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak kecil.
Kisah ini hanyalah sebagai pengajaran dan peringatan buat semua pihak agar lebih berhati-hati jika ada bayi kecil di dalam rumah. Seperti perkongsian ibu ini, dia ternyata serik mengenangkan anaknya pernah sakit akibat dipegang oleh tetamu yang berkunjung ke rumah. Akibatnya, anak kecil terpaksa menahan sakit dan dimasukan ke wad.
Ikuti perkongsian ini dan semoga menjadi pengajaran buat semua supaya tidak terleka.
Ingat ye semua para ibu dan bapa.. Memandangkan hari raya bakal menjelang tiba, Biarlah Nia berkongsi sebuah cerita yang menjadi pengajaran buat kalian. Nia dah dapat pengajaran daripada kekhilafan Nia sendiri. Bukan nak menakut-nakutkan korang semua but I get my lesson… Ok straight to point.
Benda ni dah beberapa berlalu. Nia jenis obses nak buat kenduri, nak share kegembiraan dengan ramai kenalan smpai Nia lansung tak ambil kisah-kisah yang pernah orang lain share di Fb..
Pernah tak korg dengar pasal ‘Jgn Bagi Anak Dicium oleh orang lain sebab tak pasti tahap kebersihan orang berkenaan? Dan merbahaya untuk anak korg?’ Sebenarnya bunyi macam mngarut tapi Sebenarnya benda ni memang benar.
Sebab tahun 2018 Nia buat majlis Aqiqah Lawa dan Hari Jadi Qhansa dalam bulan 5, tiba-tib Lawa batuk tak berhentihenti dan macam sesak nafas. Suhu badan naik mendadak, Nia ingat tak de pape yang serius hingga la malam tu Lawa batuk hingga muntah keluar darah… Darah!!!! Darah!!!! Darah!!!
Bukan sikit2 tau… (rujuk gmbar)
Kami suami isteri mase tu panik sangat-sangat bawak Lawa ke Muar, klinik dimana Lawa dilahirkan (swasta). Doktor nak tahan ward tapi Nia tolak sebab bayaran agak tinggi dan kami tak ambil insurans untuk anak pon mse tu.. Doktor bekalkan ubat dan dibenarkan pulang.. Pastu sampai je di rumah.. Lawa sesak nafas lagi.
Kali ni mukanye berubah kebiruan akibat sesak nafas,batuk tak berhenti masa ni.. Suami Nia memang jenis pantas, dia terus bawak kami ke Kecemasan Hospital Besar Melaka.
Masa sampai Doktor memeriksa anak kami dan membenarkan kami pulang kerana katanya tiada apa-apa yang serius, sebab mase checkup Lawa dah tak batuk dan nyenyak tidur. Sejurus kami keluar daripada pintu kecemasan, Lawa terjaga dan sekali lagi diserang sesak nafas, kali ni dia batuk dan darah keluar banyak sangat, sambil berlari masuk semula ke ruang kecemasan, terus ke Zon Merah sebab mmg dah teruk sangat mase ni.. hingga penuh darah atas katil cadar hospital.
Nia memang panik sangat, sehingga terkeluar bahasa yamg agak kasar buat doktor-doktor di Zon merah. Memang Nia dah tak tentu arah.. Darah keluar macam air.. Anak sesak nafas.. Mujur doktor-doktor itu faham yang Nia panik mse tu, dengan pantas dorang ambil Lawa dan beri bantuan pernafasan.. Nia dah hampir pitam masa ni.
Dan ada beberapa doktor muda mendekati Nia mse tu “Puan jagann panik, kami sedaya upaya bantu. Puan tenang dan cerita kan.. Anak puan ada jatuh ke? Ada apa-apa puan nak kongsi ke dengan kami?” Nia cuma bagitahu tak de pape terjadi hingga la mereka bertanya ada ke anak ini didekati oleh orang-orang yang merokok? Atau demam? Atau kurang bersih?
Terus automatic Nia teringat, Nia buat majlis Aqiqah… Lawa dikerumuni oleh ramai orang.. So memang tak pasti ada yang demam, selsema, perokok atau sapa-sapa je la.. Memang Khilaf Nia.. Memang Nia akui… Salah Nia.. Biarkan ramai orang dukung Lawa, cium Lawa.. Nia tak nak orang kata Nia kedekut anak.. Taknak orang cop Nia ni Acah-acah ibu yang bagus smpai tak nak lansung bagi orang sentuh anak.
Dan selepas semua prosedur kecemasan dilakukan.. Alhamdulillah tiada apa yang kritikal dan Lawa mngalami trauma di bhgian tekak dia sebab mungkin daripada sakit tekak yang teruk (mungkin sebab dia selsema, batuk yang teruk dan bau asap rokok atau bau rokok yang melekat di baju si perokok yang mnyentuh atau mencium dia) dan kemungkinan juga makanan yang disuap ke dalam mulut Lawa yang dia tak boleh makan..
Lawa ditahan wad lebih kurang 2minggu…bukan jangka masa yang pendek ye? Sepanjang 2minggu ni la, para doktor brainwash Nia… Jangan fikir ape org nak cakap pasal kita, anak tu anak kita.. Amanah Allah buat kita, jadi keutamaan kita untuk memastikan anak kita selamat.. Biarlah org nak kata kedekut ke ape..Jangan sesuka hati benarkan orang sentuh anak kita.. Lantak la orang nak judge ape… ANAK KITA, HAK KITA!!!!
Setiap anak berbeza. Even Qhansa pon dia tak sama macam adik dia.. Lawa sangat-sangat sensitif.. Sampai hari ni Nia tak boleh lupe peristiwa ni dan apa-apa yang berlaku pada anak-anak Nia, memang Nia takkan ambil ringan..nia memang serik sangat-sangat..
Saya seorang Ibu yang paranoid..ingat ye semua.. Raya ni tak payah peluk cium anak Nia kalo korang demam, selsema atau baru pas merokok.. Xpayah suap pape makanan dalam mulut anak saya.. Sebab saya ibunya.. Anak saya sakit bukan korang yang tanggung risiko.. Nia Harap benda ni jelas ye??
Kagum sungguh apabila melihat lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh adik Ashraf Haikal bin Hafify Zulhaimy ini. Kemas dan terperinci. Admin pun tak mampu melukis secantik begini. Ketika ditanyakan kepada ibu Haikal iaitu Pn. Adlil Rajiah Mohd Nasir, dia melihat anaknya itu memang gemar melukis sejak usianya satu tahun setengah. Dia dan suami tidak pernah mengajar Haikal melukis, tetapi mereka sediakan ruang khas untuk Haikal explore bakatnya sendiri.
Pn. Adlil turut berkongsi bagaimana dia menggalakkan Haikal untuk melukis dan menjadi lebih kreatif. Jika anda sudah nampak potensi anak dan terlihat potensi mereka ke arah lukisan, beginilah cara terbaik untuk anda tunjukkan sokongan anda.
“Kitorang tak ajar pun. Cuma kitorang SEDIAKAN SUASANA yang boleh galakkan Haikal explore bakat dia sendiri. “Saya pernah baca somewhere: “Doodling will help kids learn to express emotions. So dari dulu memang kitorang encourage Haikal explore pen, crayon, water colour, marker dan bagi je dia doodle around.”
APA YANG PN. ADLIL DAN SUAMI BUAT:
Tampal kertas mahjung banyak-banyak kat dinding rumah yang anak boleh capai, dan bagi dia conteng guna pensel warna, chalk, or anything yang senang padam (just in case anak terconteng dinding/perabot).
Kalau pergi kedai makan, bentang kertas manjung tu jadi alas meja, dan keluarkan pen warna warni. Sementara tunggu makanan sampai, ajak anak lukis sama2.
Bila balik kampung, bawak kertas mahjung dan tampal kat satu corner. Ajak anak dan sepupu sepapat dia doodle kat situ. Bila nak balik, jangan lupa bukak balik. Kang menyirap pulak neneknya.
Everytime pergi pantai atau kawasan berpasir, beri anak doodle around guna ranting atau jari. Ini salah satu cara effective jugak untuk latih anak menulis alphabet & numbers.
Bagi anak conteng lantai car porch guna arang atau sidewalk chalk. Don’t worry, simbah air je hilang la. Tak buruk pun rumah kau.
Beli mug atau mangkuk warna putih plain, beli glass colour marker, dan bagi anak lukis atas mug dan mangkuk tu. Ini paling saya suka, sebab ia beri nilai sentimental bila tengok balik cawan yang Haikal lukis.
Beli plain tshirt dan fabric marker, dan bagi anak lukis atas tshirt tu. Ingat lagi tak saya dan Haikal pernah bagi papa Haikal tshirt yang kami lukis dan warna sendiri sempena birthday papa dia beberapa tahun lepas?
Bila travel dalam kereta, bawa glass marker untuk Haikal conteng pada tingkap kereta. Saya terima banyak kecaman masa share pasal benda ni dulu. Tapi ah, pedulik apa aku.
Beli drawing block atau buku lukisan khas supaya anak bersemangat melukis dan kumpul koleksi lukisan dia.
Beli Lookisslah Tablet. Since Haikal umur 2 tahun, sampai lah sekarang, ini lah senjata yang sentiasa ada dalam handbag dan dalam kereta saya. Senang nak bawa, mess-free dan boleh buat anak occupied dalam apa pun keadaan.
“Thank you for reading. Dan selamat meraikan kelebihan anak masing-masing. Kalau kita tak tahu apa kelebihan anak, that means kita belum beri enough exposure dan experience kepada anak. Limit their screen time, and let them explore the world!”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang bapa tidak sanggup melihat video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memperlihatkan anak lelakinya ditendang, ditampar dan ditarik rambut didakwa dilakukan pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Penampang.
Malahan lebih memilukan apabila kanak-kanak berusia empat tahun itu ditampar dan dipukul guna pembaris di bahagian muka dan kepala berkali-kali ketika hendak makan.
Tak Pernah Perlakukan Anak Seumpama Itu
Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, dia sendiri tidak pernah memperlakukan anaknya seumpama itu dan tidak sanggup menyaksikan rakaman anaknya didera.
Katanya, anaknya sudah dua kali menjadi mangsa dera bermula pada Mac lalu dengan kejadian pertama berlaku dua minggu lalu selepas isterinya mendapati ada kesan lebam di bahagian tangan.
Sudah 2 Kali Didera
“Mulanya anak saya mengatakan dipukul oleh guru (pengasuh) tetapi mengubah mengatakan kawan-kawan pukul.
“Bagaimanapun, isteri melihat kesan lebam lain di bahagian dada anak kami seminggu kemudian sebelum bertanya kepada pihak taska dan mereka menyatakan mungkin bergaduh sesama rakan.
Tambah lelaki itu, kejadian terbaharu apabila anaknya mengadu sakit di bahagian kepala dan setelah diperiksa mendapati terdapat kesan luka.
Buat Laporan Selepas Tengok CCTV Taska
Katanya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru selepas melihat CCTV yang menyaksikan anaknya ditampar, ditendang dan rambut ditarik.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima tiga laporan polis mengenai kejadian itu daripada ibu mangsa, pengusaha taska termasuk daripada pengasuh didakwa dikasari bapa mangsa.
“Setakat ini, dua kertas siasatan dibuka iaitu mengikuti Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara setahun atau denda tidak melebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi kenyataan media.
Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 12 saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditendang, ditampar dan rambut ditarik oleh pengasuh di sebuah taska di Luyang sejak petang semalam.
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.